Followers

Kenapa Kasut Sekolah Pallas Menjadi Pilihan Setiap Tahun Untuk Anak Anak

8:37:00 AM

Sedar tak sedar anak anak kita dah sampai ke pengakhiran sesi pembelajaran untuk tahun 2017 kan. Tahun depan meningkat lagi satu umur. Abang long akan naik ke darjah 5 dan abang ngah pula akan naik ke darjah 2. Dan dihujung hujung tahun ni, mesti ramai ibu bapa yang mula beransur untuk menyediakan persiapan anak untuk sesi persekolahan 2018 betul tak?

Dah ada yang mula untuk membeli kasut sekolah, baju sekolah dan juga peralatan sekolah lain seperti bag, alat tulis dan sebagainya..Macam kak fink sendiri, dah mula untuk beli secara berperingkat. Macam biasa setiap tahun, kasut sekolah yang sentiasa menjadi pilihan hati semestinya daripada jenama Pallas. Keselesaan dan ketahanan kasut Pallas sebenarnya yang buat kak fink setia sampai sekarang.. 


Untuk tahun ni kasut sekolah Pallas yang menjadi pilihan hati adalah berbeza daripada tahun lepas. Tahun ni kak fink pilih yang mempunyai ciri ciri cepat kering dan pengudaraan yang baik untuk keselesaan kaki anak anak. Yang paling penting cepat kering dan anti bau tu lah. Kenapa ciri cepat kering bagi kak fink sebab anak anak bersekolah pagi dan petang. 

Jadinya memang tak ada masa nak jemur keesokan hari nya. Kalau kata hari tu kasut mereka basah terkena air, balik rumah malam tu, kak fink hanya perlu anginkan jer di bawah kipas. Esok dah boleh boleh pakai macam biasa.


Kod yang abang long pakai ni adalah daripada Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0181. Korang boleh refer website Pallas untuk tengok dulu kasut ni sebelum ke kedai atau pasaraya yang menjual kasut sekolah Pallas ni ok. Untuk kasut yang ni korang boleh klik jer LINK ni dan lihat sendiri spesifikasi kasut tersebut.


Kasut sekolah Pallas tahun ni pun kak fink pilih yang mempunyai foam yang mencukupi untuk melindungi kaki anak. Tak de lah nanti bila setengah tahun, dah tak boleh pakai lagi disebabkan kasut mudah terkoyak. Maklum jer lah anak lelaki ni, ada perangai lasak diaorang tu kan. Bila kasut tu mempunyai foam yang mencukupi, tahan la lama sikit. Tamhahan lagi rasa gebu je bila anak anak pakai setiap hari ke sekolah. Selesa kan!


Untuk abang ngah pula sebenarnya agak susah tau nak cari kasut sekolah dia. Kaki tu comel sangat. Kalau ada pun mesti terbesar sangat saiz tu. Tapi nasib baik lah ada saiz abang ngah dengan Pallas ni. Untuk kaki abang ngah yang comel ni, kak fink pilih daripada kod Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0186


Kalau diikutkan kod kasut sekolah Pallas ni dengan kasut sekolah abang long tadi, ciri cirinya mempunyai Gerbang Sokongan dan Extra Light. Kasut sekolah Pallas yang kod 205-0186  ni, ianya mempunyai ciri X-Light. Ini bermakna kasut ni lebih ringan. Bayangkan macam anak kak fink sekolah sesi pagi dan petang. Kalau kasut tu berat, kesiannya lah nak berjalan. Dah la kelas selalunya di tingkat atas. 

Dengan bag lagi berat. Fuhh boleh bayang tak kepenatan anak tu nanti. Jadinya ibu bapa kena lah pandai membuat pilihan untuk anak anak. Pilih lah kasut yang mampu memberikan anak keselesaan dan berkualiti untuk anak ke sekolah. Jangan lah asal murah tapi tak ada kualiti, terus kita rasa nak beli. Tapi nanti anak pakai setengah tahun jer, dah rosak. 

Ataupun anak asyik mengadu kaki sakit setiap kali sarung kasut sekolah. Ini boleh mengganggu mood dan kosentrasi diaorang nak belajar. Untuk pengetahuan korang, tapak kaki kita ni tak rata setiap orang. Bila pakai kasut yang tak mempunyai gerbang sokongan yang baik, ia akan menjadikan otot kaki meregang dan cepat penat.


Oh ya kak fink masih mengekalkan pilihan kasut sekolah anak dengan kasut yang mempunyai Velcro Strap. Senang betul tak kalau kasut strap ni. Tak perlu ambil masa yang lama. Sarung dan strap je.Tak makan masa yang lama pun. Kalau korang berminat dengan kasut ni, boleh klik LINK yang kak fink highlight kan dengan warna biru tu ya..


Untuk makluman semua, kasut Pallas juga boleh dibeli secara online tau. Hanya perlu ukurkan tapak kaki anak dengan betul. Kalau korang tak tahu macam mana, boleh refer website Pallas macam mana nak ukur tapak kaki tu. Kak fink pun pilih secara online jer. Tiap tiap tahun memang melalui online. Yang penting lebih kan saiz tadi sebanyak 1 cm. So far, memang tak salah saiz. Memang kena dengan kaki anak anak..

Tapi kalau korang tak nak beli secara online, boleh jer ke kaunter kaunter Pallas Back To School yang ada di pasaraya AEON dan juga Tesco ok. Ada masa lagi ni untuk cari kasut sekolah yang berkualiti untuk kaki anak.

abang long dan abang ngah selalu cakap kaki tak melecet bila pakai Pallas ni
fuhh lega mama dengar diaorang selesa



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Thanks Kak Fink utk perkongsian, boleh cuba beli Pallas ni, sebelum ni beli kasut jenama Bata aje

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!