Followers

Rahsia Cantik Ifa Raziah Dengan Diva's Secret

3:47:00 PM

Ni pertama kak fink berjumpa secara in person dengan Ifa Raziah. Biasa tengok dia dekat TV macam berisi kan. Tapi hari tu masa bertentang mata, ya Allah cantiknya Kak Ifa ni. Yang buat lagi suka bila masa kami sampai tu, dia yang tegur kiteorang dulu. Peramah sangat. Terus rasa mesra je walaupun ni pertama kali kenal secara dekat..

Kagumnya la dengan semangat Kak Ifa dalam menurunkan berat badannya. Semangat dia memang kuat. Yer la nak turunkan berat badan ni bukan boleh hangat hangat tahi ayam kan. Kena sungguh sungguh..Kecil betul tengok tangan Kak Ifa. Makin cantik lah dia. Terinspirasi tengok orang orang yang mampu capai berat ideal ni..Terus rasa semangat nak turunkan berat badan juga kan..


Tapi hari tu, perjumpaan kami bukan lah semata mata nak tahu kenapa Kak Ifa berjaya turunkan berat badan tapi lebih kepada mengenali produk yang dikeluarkan sendiri. Artis sekarang ramai yang mengeluarkan produk mereka sendiri kan. Sama juga seperti Ifa Raziah. Yang buat aku suka tentang produk Kak Ifa, dia sendiri menggunakan produk tersebut. Bukan hanya untuk golongan wanita jer. Tapi golongan lelaki pun boleh guna ya..

Produk yang dikeluarkan Kak Ifa adalah Diva's Secret Mist dan juga Diva's Secret Miracle Nano Lift. Mula mula tertanya juga apa yang menariknya kedua dua produk Diva's Secret ni. Bila Kak Ifa sendiri buat demo dan explain secara menyeluruh baru faham. Ok meh kak fink pula kongsikan dengan korang kegunaan dan kebaikan yang akan korang dapat melalui Diva's Secret terutamanya mereka yang mengalami masalah kulit muka tu..


Diva's Secret Nano Lift
Ianya adalah sejenis pencuci muka yang mengandungi kandungan stem cell daripada bunga ros alpine dan beberapa bahan seperti  Chamomile, Vitamin C dan juga menggunakan teknologi Nano Lift yang mampu membersihkan kulit wajah dan mengecutkan jerawat jeragat yang ada di muka kita ni. Yang penting kekusaman yang ada pada wajah dapat diserikan dengan penggunaan yang berterusan.

Cara Penggunaan Diva's Secret Nano Lift:
Korang hanya perlu pump kan 2x di tapak tangan dan terus sapukan di muka. Jangan gosok dulu dekat tangan tu tau. Bak kata Kak Ifa, dia ada stem cell, so terus jer sapu dekat muka. Barulah muka rasa tegang dan halus jer. Sebab memang tujuan kita nak bersih kan muka kan. Bukannya tangan. Setengah orang dia dah terbiasa gosok dekat tangan sampai berbuih baru nak letak dekat muka. Haaa salah tu. 


Diva's Secret Mist
Lepas jer korang cuci muka dengan Diva's Secret Nano Lift tadi, korang boleh teruskan sembur Diva's Secret Mist ni untuk menutup semua pori pori yang terbuka tadi. Dia macam toner juga lah. Tapi banyak sangat kebaikan pada Diva's Secret Mist. Kegunaannya bukan hanya untuk muka, tapi untuk pada seluruh badan. 

Kalau rasa satu hari dekat luar dan badan dah rasa masam, haa spray jer lah dekat kelengkang, kaki, leher. Semua boleh ya..Lepas make up, nak bagi make up kita tahan pun boleh jer spray terus ke muka.. Senang mak bawa pun sebab botol dia tak besar mana. Letak dalam handbag jer.. 

Cara Penggunaan Diva's Secret Mist
Pastikan mata dan mulut ditutup rapat masa korang nak semburkan mist ni ya. Kalau tak nanti rasa macam pedih sikit bila termasuk dalam mata. Menurut Kak Ifa, kandungan Vitamin C tu yang membuatkan mata terpedih sikit kalau disembut dalam keadaan mata terbuka. Bau dia macam bau rose. Tenang jer..


Selain dari tu, bukan hanya dua produk ni tapi Ifa Raziah juga ada mengeluarkan 8 warna Lip matte dan bulu mata palsu yang menggunakan human hair. Ok Kak Fink kongsikan dulu tentang Lip matte lah eh. Lip matte keluaran Kak Ifa mempunyai minyak argan yang mampu untuk merawat bibir yang pecah. Bukan hanya boleh digunakan di bibir tapi juga boleh digunakan sebagai eye shadow dan blusher juga tau.


Maklumlah zaman sekarang ni, kadang kadang kita tak sempat nak berhias dalam masa yang agak lama kan. Macam aku ni lagi lah dengan anak anak lagi. Senang jer guna lip matte tu di bibir dan juga naik kan seri sikit letak lah dekat mata dan pipi. Jangan sapu banyak banyak pula. Sapuan nipis dah memadai daripada muka nampak pucat jer..


Ni la antara warna warna keluaran Diva's Secret Lip Matte. Daripada warna nude, gelap dan terang semua ada. Antara warna yang dikeluarkan adalah Sand, Saga, Shanella, Spice, Surreal, Sweetheart, Showgirl dan juga Seduce. Eh baru perasa semua start dengan S hikhik..Kak fink paling suka warna Surreal tu. Gabungan antara warna pink dengan purple. Nice color. Kita pun dah ada satu tau..

Lagi satu bulu mata palsu keluaran Diva's Secret ni adalah menggunakan human hair. Maknanya tak kejung macam kebanyakan yang ada dipasaran mereka menggunakan bahan daripada plastik. Lepas tu rasa macam gatal gatal jer kan sebab asyik tercucuk jer dekat mata. Yang ni dia lembut dan bila dipakai tu rasa terletak jer. Boleh digunakan sebanyak 10 kali ya. Jimat duit korang..


Kak fink sendiri berpeluang ditatarias oleh Kak Ifa sendiri hari tu. Dia cakap dia memang suka muka jenis berminyak minyak macam aku ni kof kof kof. Lagi senang nak tunjuk magik kata nya. Kita pun dah lama orang tak make up kan wak. Jadinya rela hati jer lah bila Kak Ifa sendiri nak jadi MUA kan..Memang nampak berbeza la sebelum dan selepas. Semuanya menggunakan produk daripada Diva's Secret by Ifa Raziah. Terima kasih Kak Ifa sudi serikan muka kita ni..


Diva's Secret Mist: RM69.00
Diva's Secret Miracle Nano Lift: RM59.00
Diva's Secret Lip Matte: RM38.00
Diva's Secret Eyelashes: RM15.00

Kalau korang berminat juga nak menggunakan produk ni, boleh lah terus PM or DM social media links seperti di bawah ni ya:
Instagram: @divassecretss

selamat mencuba!



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!