Followers

Hadiah Untuk Arwah Papa Sempena 22 November

4:49:00 PM

Hari ni sepatutnya hari jadi papa yang ke 37 tahun tapi Allah sayang papa. Dia jemput papa sebelum masuknya umur papa yang ke 37 tahun. Patut lah hari tu masa mama nak tengok jam untuk papa, papa cakap hari jadi papa tak payah bagi apa apa. Ya Allah rindunya dekat papa. Nak sangat dengar suara papa. Terkejut tu masih ada dalam diri..

Mama tak de peluang nak minta maaf ataupun cakap kata kata akhir dengan papa..Tapi semalam aku  termimpi kan arwah. Orang cakap mimpi tu mainan tidur. Tapi aku rasa lega sikit sebab walaupun mimpi tu singkat sangat tapi aku berpeluang cakap dengan suami tersayang. Walaupun dia hanya diam. Aku sempat cakap, mama rindu papa sambil lentukkan kepala dekat bahu dia..

Sekejap sangat. Lepas tu hilang. Allahu. Tak pe lah walau dalam mimpi tapi aku dapat sampaikan apa yang aku rasa. Hari ni dari pagi aku cuba tahan air mata. Ni yang papa nak. Nak tengok sangat anak naik pentas. Kalau dia ada mesti dia akan ambil cuti untuk anak. Tapi macam papa selalu cakap, perkataan 'kalau' jangan guna dalam hidup ma..Pesanan dia je mampu aku ingat sekarang ni

Orang yang paling sebak mesti abang long. Dari petang semalam cakap, abg long dah buat apa yang papa nak. Orang selalu cakap dia matang. Tapi aku jer tahu di sudut lain, abang long sebenarnya masih budak 10 tahun yang masih harapkan papa dia ada. Kecil lagi. Tak kenal lagi cabaran hidup ni macam mana..


Mama dan adik adik datang hari ni untuk abang long. Walaupun adik demam sampai muntah muntah. Sampai tertidur dekat kerusi. Tapi tak pe, kiteorang tunggu. Biar abang long rasa semua ada. Alhamdulillah, mama pun tak sangka ada rezeki abang long untuk anugerah cemerlang tahun ni. Teruskan usaha nak. Jauh lagi perjalanan abang long dan adik adik..Mama tahu abang long mampu


Balik jer dari sekolah, dia minta nak ziarah kubur papa. Walhal dah panas terik masa ni. Maklumlah majlis habis dalam pukul 12.00 tengah hari. Tapi alhamdulillah masa sampai tanah perkuburan cuaca mendung jer. Berangin. Selesai jer mengaji, dia duduk dekat tepi, diam. Semua diam masa ni. Kadang kadang ada benda yang kita tak boleh nak luah untuk orang faham


Tapi sebagai ibu, aku faham apa yang abang long rasa. Dia nak papa ada. Nak papa tahu dia dapat anugerah cemerlang hari ni. Walaupun mama dan adik adik ada, tak kan sama kalau papa ada. Mungkin baru cukup satu keluarga. Tapi dia sendiri tak boleh nak minta lebih. Sebab ni qada' qadar Allah. Siapa lah kita nak lawan perancangan Allah..Pasti ada sebab yang tak terbayang oleh akal kita yang sempit ni

Moga abang long mampu jadi ketua keluarga ni dengan baik. Dapat jaga adik adik dan mama bila dah besar nanti. Sayang mama selalu macam mana mama sayang dan perlukan anak anak dalam hidup mama. Dugaan yang abang long dan adik adik lalui insyaAllah menguatkan lagi anak anak mama bila besar nanti..


Memang rasa emosi sangat hari ni korang. Mungkin sebab hari yang sama adalah harijadi arwah. Moga Allah gantikan air mata kami dengan berjumpanya kami di syurga nanti. Mahalnya syurga Allah..Kalau itu lah yang perlu kami anak beranak lalui untuk satu kemanisan di alam sana, kami redha. Ini ujian kami. Ujian untuk menguatkan hati yang selama ni lemah..

Doakan ya korang supaya anak anak ini membesar dengan sempurna. Cukup ilmu yang boleh aku berikan buat 4 beradik ni. Kehilangan mengejut ni memang susah untuk kita fahamkan. Tapi insyaAllah aku cuba. Walaupun aku tahu, tak mudah. Doakan lah. Moga urusan aku dipermudahkan. Doa doa kalian yang aku perlukan saat ini..Semoga kebaikan yang kalian berikan, digandakan ganjarannya..

Tahniah Miqail Darwisy Bin Zamri. Alhamdulillah untuk rezeki ini
Doa dan restu mama bersama awak selalu.



You Might Also Like

17 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Tahniah Bng Long. Aunty NeyNey doakan Bang Long berjaya dunia akhirat utk jaga mama dan adik adik.

    ReplyDelete
  2. Allahu..sebaknya baca entry nih...tahan2 air mata tp jatuh jua... pernah rasa kehilangan tiba2 camtu masa arwah kakakk pergi pada penciptanya 2 thn lepas..

    semoga sis tabah yer... kuatkan semangat demi anak2. Semoga murah rezeki sis juga utk besarkan anak2. Insyaallah abang long akan jadi anak yang soleh, jadi imam utk keluarga sis..amin2...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Abg Long.. Smoga menjadi contoh pd adik2 ..sebak tgk video...be strong diya

    ReplyDelete
  4. Allah.. Semoga Allah terus kuatkan hati PM dan anak-anak.. aaminn

    ReplyDelete
  5. Tahniah abang, semoga kena berjaya dalam bersekolah. InsyaAllah akan tercapai semua cita-cita abang.

    Peluk dari jauh dari Omnduut :)

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar.. sebak baca entry ni. Teruskan be strong. Leh bayangkan..betapa seronoknya bila dpt mimpi arwah. Walaupun sekejab jer. Allah beri peluang jumpa dlm mimpi... congrats abg long. .. arwah papa sure bangga

    ReplyDelete
  7. tahniah abang long.. semoga dipemudahkan urusan diya dan anak2

    ReplyDelete
  8. Tahniah abang long. semoga sentiasa maju dan berjaya dalam hidup. dan semoga semua urusan pinkymomma dipermudahkan.

    ReplyDelete
  9. Semoga abg long angah dan kembar berjaya dunia dan akhirat nya and jaga mama sampai bila bila amin >.<

    ReplyDelete
  10. Tahniah abang Long.
    Moga Diya, abang Long dan adik2 sentiasa di bawah lindunganNYA.

    ReplyDelete
  11. Abg long baru 10 tahun tapi serius kalau tgk die nmpak mcm matang sgt... tp matang mcm mana pun die tetap bebudak kannn... semoga terus sukses...

    ReplyDelete
  12. Allahu.. sebak baca entry ni.. walaupun dah baca kat ig tp smlm tp tetap sebak lagi.. semoga kak Diya dan anak2 kuat hadapi dugaan ni.. Tahniah buat abglong.. InsyaAllah, abglong akan jadi ketua keluarga yg baik utk mama & adik2.. Dilah doakan semoga segalaa urusan akak dan anak2 dipermudahkan dan dimurahkan rezeki selalu.. aminn.. hugs kak diya..

    ReplyDelete
  13. Tahniah Abang Long...perjalanan abg long jauh lagi..ingat satu je...apa2 jua halangan jangan lupakan mama..tanggungjawab abg long jaga mama dan adik2..belajar rajin- rajin jadi somebody...bantu mama bila dah besar nanti..ok?

    ReplyDelete
  14. tahniah abg long.. sebak acu tengok video tu.. semoga mama kuat ya.. dan anak2 mama diya berjaya di dunia & di akhirat.. aamiin...

    ReplyDelete
  15. tahniah banglong. mamajue tak leh tahan tgk video tu.. meramu air mata.. jaga mama dengan adik baik2 tau..

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. Tahniah abang long. Anak soleh yg bijaksana. Membahagiakan keluarga insyaAllah.

    ReplyDelete
  17. air mata laju ja baca entry nii....semoga akak kuat n tabah ye...tahniah abg long...

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!