Followers

Sebab Kenapa Korang Kena Tempah Kitchen Cabinet Dengan Intech Kitchen

8:00:00 AM

Siapa dekat sini masih mencari dan tengah survey untuk buat kitchen cabinet? Aku percaya ramai wanita dekat luar sana yang mengimpikan dapur yang tersusun dan kemas kan? Kalau ada kitchen cabinet ni, sedikit sebanyak mood tu seronok jer nak duduk dapur lama sikit. Siapa yang tak suka dapur nampak kemas betul tak?


Sebenarnya aku pun dah lama teringin yang amat amat nak ada kitchen cabinet dekat rumah ni. Haih antara wish list yang tak dapat dapat lagi ni korang. Tapi hari tu ada la kawan share tentang kitchen cabinet daripada Intech Kitchen. Rupanya ramai juga bloggers dah pernah guna khidmat Intech Kitchen ni. Cuba korang google. Kenapa la aku tertinggal keretapi ni



Kalau recommendation dan review ramai yang cakap puas hati, maknanya memang kerja daripada Intech Kitchen ni bagus la kan. Biasa la kita semua mesti nak survey dulu untuk kepastian sesuatu barang atau servis tu bagus ke tidak..So aku tergerak la tengok sendiri design design yang ditawarkan Intech Kitchen ni

Bukan hanya menyediakan kitchen cabinet tapi mereka juga ada tawarkan perkhidmatan untuk wardrobe dan kabinet TV juga tau. Dah lama sebenarnya Intech Kitchen ni bertapak. Bermula dari tahun 2005 lagi sebenarnya. Ianya adalah sebuah perniagaan keluarga dan kini makin berkembang dan mempunyai kepakaran dalam menghasilkan kabinet dapur dan juga pakaian. Siap boleh cover seluruh Malaysia ya



Kalau kata korang nak tengok sendiri depan mata antara design yang ada di Intech Kitchen ni, boleh lah pergi terus ke showroom mereka yang terletak di Semenyih. Nanti aku kongsikan di bawah entry ni alamat penuh untuk korang ke sana. Tapi jangan risau kalau korang berada di luar kawasan Selangor. Sekarang ni kan dah mudah. Boleh je tengok design tadi di Facebook ataupun website Intech Kitchen


Kalau kata korang tak tahu nak design macam mana yang sesuai dengan keluasan dapur tu tadi, haaa tak pe. Jangan stress, korang boleh berikan ukuran dapur dan nanti pihak Intech Kitchen akan buatkan lakaran kasar rupa bentuk kitchen cabinet yang bersesuaian. Kalau susah sangat nak cakap melalui telefon, minta je pihak Intech Kitchen datang rumah dan tengok dapur korang tu. 


Tak ambil masa yang lama pun untuk pihak Intech Kitchen keluar dengan lakaran kasar yang bersesuaian dengan keluasan dapur korang dan yang penting mengikut bajet juga la kan. Kita kena lah ada bajet betul tak. Tapi jangan risau lah. Harga yang ditawarkan berpatutan. Kalau rasa ngam, baru korang proceed. Kalau tak ngam pun tak pe. Yang penting as customers, korang happy..

Antara material pintu yang ada di Intech Kitchen adalah daripada melamine, 3G Glass Door, 4G Glass Door dan yang agak mahal sikit adalah daripada Solid Nyatoh Door. Nyatoh semua orang sedia maklum ketahanan nya macam mana kan. Kayu keras tu uii..Dan bagi material table top pula adalah dari Wood Top, Concrete Top, Solid Surface Top, Granite Top dan Quartz Top. 


Untuk pengetahuan korang, sepanjang belasan tahun Intech Kitchen menjalankan perniagaan ni, kejayaan terkini mereka apabila pada tahun 2017 ni Intech Kitchen dianugerahkan dengan SME & Entrepreneur Business Award dalam kategori Top Homegrown Potential Company. Bukan syarikat biasa biasa ni. Nak dapatkan kepercayaan bukan senang kan? 



Tapi bila ramai yang puas hati, maknanya servis yang mereka berikan memang terbaik diantara yang terbaik. Tahniah Intech Kitchen. Tunggu i cukup modal ya. Allahu perasaan nak ada kitchen cabinet tu membuak buak bila tengok design daripada Intech Kitchen ni. Dah la style modern tu antara wish list kita wak. Bila agak agak nya dapat tu? Doa kanlah tabung cepat penuh ya


Kalau korang teringin juga, boleh lah check it out links yang aku kongsikan di bawah ni ya. Carilah syarikat kitchen cabinet yang boleh dipercayai dan mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan yang terdahulu macam Intech Kitchen ni. Sekarang ni, ada yang tawarkan harga yang tak setanding dengan kualiti. Kadang tu masa lakaran harga lain. Dah pasang jadi harga mahal lagi. Macam mana tu? Kena pandai pandai survey ok



Alamat: 47, Jalan Mega 1A, Taman Industri Mega, 43500 Semenyih
Telefon:  Jessica (012-667 0706) / Jeff (012-6252528)

selalu berangan nak kitchen cabinet warna hitam..smart nyer kan



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!