Followers

Kenapa Air Buah dan Dessert Hui Lau Shan Malaysia Berbeza Dengan Yang Lain

5:54:00 PM

Hari tu kak fink berkesempatan ke cawangan Hui Lau Shan (HLS) yang terletak di One Utama, Petaling Jaya. Macam entry aku yang sebelum ni, ada aku kongsikan dengan korang apa tu Hui Lau Shan ni kan. Bagi yang tak tahu lagi apa tu Hui Lau Shan ni, ianya adalah pencuci mulut ataupun dessert yang terbesar dari Hong Kong.

HLS tu sendiri membawa maksud "Health, Leisure and Style". Memang kalau korang tengok, pilihan yang ditawarkan daripada Hui Lau Shan ni adalah daripada buah buahan segar. No preservatives ya. So pada sesiapa yang mengamalkan gaya hidup sihat tu, boleh lah singgah di mana mana cawang Hui Lau Shan Malaysia untuk merasainya sendiri. Nanti kak fink kongsikan antara yang menjadi pilihan hati kak fink di bawah ni..


Untuk makluman semua, pada bulan November lepas Hui Lau Shan telah memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Salty Coconut Milk, Fruity Gotcha & Grab Dessert. Sebagai pakar dalam mencuba menu menu baru, Hui Lau Shan juga mengeluarkan minuman di mana bahagian atasnya (topping) ada santan masin. Haa korang pernah cuba tak? Kak fink dah cuba dah hari tu. Memang unik sangat ni. Ada teknik tau untuk minum air tu..


Haa ni la yang kak fink maksudkan tadi. Korang nampakkan ada pekatan santan masin di atas permukaan air tu? Yang ni diberi nama Coconut Milk Blocha Series. Air tu adalah air teh. Atas tu santan. Cara nak minum air ni korang kena sengetkan cup tu pada sudut 45 darjah supaya air teh tersebut masuk serentak bersama dengan santan tadi. So baru boleh rasa manis, masin dan berlemak serentak


Mula mula kan aku tak tahu cara minum tu. Asal rasa pelik jer terminum santan je kofkofkof..Lepas diaorang explain, ooo kena sengetkan 45 darjah. Baru la rasa sedap lemak lemak tu. So kalau korang order daripada set Coconut Milk Blocha Series ni sila minum dengan cara yang betul ya hikhik. Nama nama minuman tersebut seperti dalam gambar di bawah.


Yang ni pula daripada Fruitpucino Coconut Milk Series. Sama juga korang. Ada santan di bahagian atas. Tapi bawah tu air buah pekat. Fuhh kenyang betul minum ni. Kalau tadi teh kita rasa ringan sikit rasa dia. Yang set ni rasa kenyang. Kalau lapar lapar, pilih jer set ni. Confirm kenyang lepas minum. Sama juga tau, kena minum dengan sengetkan cup tu 45 darjah.


Untuk Fruitpucino Coconut Milk Series ni aku suka yang rasa Mango dan juga Dragon fruit. Kaw betul rasa dia. Nanti bila bila nak cuba yang tembikai pula. So far baru cuba dua buah tu jer. Highly recommended yang mangga la. Sebab manggo tu ada campuran rasa mint sikit.


Yang ni pula set daripada Mystery Gotcha Series. Haa yang ni kan kalau korang rasa haus, aku prefer korang cuba yang ni. Rasa dia macam air detoks tau. Tapi sedap! Sebab dia ada campuran pelbagai jenis buah dalam satu cup tu. Untuk aku, jujur aku suka rasa Rosemary Garden Gotcha. Dia wangi sikit rasa air tu. Rosemary tu yang 2 dari kiri dalam gambar di bawah ni. Segar sangat lepas minum.



Yang bawah ni pun Rosemary Garden Gotcha tu. Best sangat. Yang sebelah warna macam purple sikit sebelah Rosemary tu pun sedap juga. Yang tu nama dia Butterfly Pea Gotcha. Ada banyak campuran buah juga dalam satu cup. Tapi tekak aku lebih suka Rosemary sebab wangi rasa air tu..


Haaa ni paling melampau sedap dia haha. Dalam banyak banyak ni carta paling atas aku akan pilih kalau datang ke Hui Lau Shan ni. Kalau tadi air kan? Haa yang ni dari Grab Dessert Series. Korang boleh pilih 5 jenis dessert yang korang suka. Kalau tanya aku, aku suka yang ada sagu tu. Nama dia Mango Sago & Sago Duet. Lemak dia serba cukup uii..Dia macam rasa smoothie pun ada juga..Kalah lah rasa coconut shake. Ni lagi sedap. Kena cuba ok!



Terkenyang kenyang kiteorang duduk dekat Hui Lau Shan hari tu. Minum sajer. Sampai terik rasa perut. Yer lah kena la rasa serba sikit untuk nak kongsikan dengan korang kan. Kalau tak macam mana nak tahu rasa dia betul tak. Pada sesiapa pencinta dessert, memang kena cuba pilihan dessert yang ada di Hui Lau Shan Malaysia ni ya..


Hari tu pun kiteorang sempat cuba Mango Crepe dengan Mango Mochi ni. Ok lah not bad tapi aku suka lagi dessert dia yang aku kongsikan di atas. Puas makan yang tu. Mangga dia memang pekat dan cukup rasa lemak dalam satu cawan.



Kalau di cawangan One Utama, Petaling Jaya ni korang boleh lepak lepak di situ. Ada meja dan kerusi disediakan untuk para pelanggan Hui Lau Shan. Cawangan lain tak pasti sebab tak pernah pergi. One utama ni dekat Old Wing, terletak di Tingkat Satu.

Mesti nak tau harga berapa kan? Tak mahal pun korang. Dengan rasa buah yang pekat tu, memang berbaloi dengan duit yang korang keluarkan. Hanya RM11.00 ke RM12.00 untuk korang pilih minuman dan dessert yang ingin dicuba. 


Dan berita baik untuk Disember ini, Hui Lau Shan mengadakan promosi "Butterfly Pea Gotcha" khas di cawangan terpilih pada setiap hari Khamis.

Bagaimana untuk mendapatkan cawan PERCUMA Butterfly Pea Gotcha?
1. LIKE Facebook Hui Lau Shan dan Mango Cottage
2. Lawati salah satu cawangan berikut pada masa yang ditetapkan untuk menebus cawan percuma korang:

7 Dis: Sunway Pyramid (3pm - 8pm)
14 Dis: Queensbay Mall, Pulau Pinang (3pm - 8pm)
21 Dis: Aeon Tebrau City, Johor Bahru (3pm - 8pm)
28 Dis: Cottage Mango oleh Hui Lau Shan, Sri Petaling (6 petang - 10 malam)

* Hanya terhad kepada 100 pelanggan sahaja
* Diskaun 50% untuk cawan 101 ke atas


Hui Lau Shan Malaysia Fan Page

Mango Cottage by Hui Lau Shan Fan Page
Instagram: @mangocottagehls

ooh lupa nak kongsikan, Hui Lau Shan ni mendapat sijil Halal dari Jakim
so boleh minum tanpa was was ya..selamat mencuba..



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!