Followers

Keriangan Yang Ada di Sunway Lagoon

12:08:00 AM

Sunway Lagoon antara taman tema yang anak anak takkan bosan nak datang dan datang lagi kan. Nak nak pula sekarang ni dalam tu macam macam ada. Nak mandi boleh, nak main boleh, nak masuk rumah hantu boleh dan nak bermain dengan haiwan pun boleh. Pendek kata satu hari memang tak kan cukup kan waktu tu. 


Hulubalang kalau ke Sunway Lagoon memang tak pernah cukup sehari. Masuk pagi, keluarnya petang huhu. Biarlah dah berapa kali pergi pun tetap rasa nak pergi lagi. First stop kami semestinya ke Wild Life Park dulu. Boleh dikatakan macam mini zoo lah. Dekat Wild Life Park ni, korang boleh tengok haiwan secara dekat. Kecuali yang bahaya tu, tak boleh lah la. Kang kena ngap pula kan hihi


Untuk yang belum pernah lagi ke Sunway Lagoon, boleh la korang ke sini bawa anak anak sebelum mandi tu. Mana tahu hujung minggu tak ada apa nak buat kan. Yang penting dalam satu tempat semua ada. Berbaloi lah masuk sebab confirm anak anak happy dekat sini. Jangan kata anak anak jer happy, mak pak pun happy..



Dekat sini banyak tempat untuk anak anak mandi. Pilih jer nak yang mana. Korang boleh pilih nak pergi dekat Nickelodeon, Surf Beach ataupun beberapa tempat lagi kolam untuk anak anak enjoy mandi ya..Di setiap tempat pastinya tak sama keseronokan tu kan? Macam aku hari tu, dari Wild Life Park tu, paling dekat adalah Nickelodeon..



Lepas tu dia sibuk nak main pasir pula wak. Haa ye la..ye la..Jom main pasir dekat Surf Beach. Dekat sini macam pantai buatan. Anak anak memang suka main dekat sini. Padahal masa ni tengah panas terik sangat. Kemain diaorang suka. Dah tak kisah dah tentang cuaca masa ni. Memang keluar dari Sunway Lagoon tu, masing masing berkilat haaa..


Ooo ya korang juga boleh bergambar dengan maskot maskot yang ada di Nickelodeon tu tau. So sila take note pukul berapa untuk korang tak terlepas waktu nak Meet & Greet dengan Ninja Turtle, Dora The Explorer dan juga Sponge Bob and The Geng..Ooh ya dekat sini juga disediakan surau untuk mereka yang ingin menunaikan kewajipan.. Selesaaa!



Waktu Meet & Greet:
Sponge Bob: 12.00 - 12.20 tengah hari / 5.30 - 5.50 petang
Dora: 2.00 - 2.20 petang / 2.30 - 2.50 petang
Ninja Turle: 12.30 - 12.50 tengah hari / 4.40 - 5.00 petang



Selain daripada aktiviti mandi mandi ni, korang pun boleh bawa anak anak tengok pertunjukan haiwan haiwan yang cerdik pandai dekat sini. Memang terhibur sangat tau. Sekali lagi jangan lupa waktu pertunjukan ni tau. Kalau tak silap pukul 11.00 pagi. Sebelum korang mandi tu, datang tengok show ni dulu tau. Kang terlepas anak anak nak tengok. Korang pun kena tengok sebab memang terhibur dengan kecerdikan haiwan haiwan dekat sini.



Sebelum balik tu sempat la bawa anak anak main permainan yang ada dekat Sunway Lagoon ni. Sebenarnya masing masing dah letih sebab berendam lama kan. Tapi bila tengok mainan ni rasa hilang penat haaa..Yang seronoknya, kembar dapat main boleh dikatakan semua permainan. Yayy baru puas hati betul tak?



Untuk lebih lanjut, boleh terus ke media sosial Sunway Lagoon untuk update terkini ya:
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan,
 Telefon: 03-5639 0000

nanti ada rezeki lagi, kita pergi ya hulubalang..



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. bestnya lahai...anak dah besar sikit nak bawak lah pi sini...

    ReplyDelete
  2. Budak2 la paling seronok datang sini...kan. Parents pun tumpang happy je :)

    ReplyDelete
  3. Sunway Lagoon memang best! Si kembaq 3 ni pun enjoy sgt pi sana

    ReplyDelete
  4. wahh bestnya..Tnggu baby besar sikit boleh pegi , mesti anak2 enjoy

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!