Followers

Nisan Untuk Papa

12:16:00 PM

Entry ni sekadar simpanan dan kenangan untuk aku dan anak anak. Alhamdulillah genap 2 bulan hari tu kami dapat naikkan nisan untuk arwah suami tersayang. Kawasan suami ni memang kena naik sebab tempat laluan air bila hujan. Tanah selalu sangat mendap dekat sini. Aku perasan setiap kali ada pengebumian mesti, tukang gali kubur tu akan tambah kan tanah dekat kubur suami..

Kami buat seringkas yang mungkin. Asalkan bertanda. Senang untuk aku, anak anak, family dan kawan kawan yang nak datang ziarah kubur arwah nanti. Atas permintaan ayah mertua, dia nak satu satunya nisan anak lelaki dia, dapat gunakan batu sungai. Aku setuju jer. Lagipun memang aku pun niat benda yang sama juga.


Alhamdulillah abang yang buat nisan ni tak de masalah nak guna batu sungai. Masa diaorang pasang ni, aku dekat rumah. Tapi abang yang buat ni whatsapp gambar. Terus hantar gambar ni dekat family Terengganu. Seperti yang ayah nak. Rasa sebak tu makin kuat bila baca nama arwah dekat nisan tu. Terbayang bayang muka dia korang. Terbayang bayang masa dia senyum dekat kedai Sony masa birthday aku tu..

Haih ntahlah. Bila ntah aku nak kuat sepenuhnya. Kadang korang mampu tengok aku senyum. Tapi ada waktu waktu yang akan buat aku rasa sebak tu datang. Kadang kadang tengah drive rasa tu datang. Yer orang boleh cakap sabar la diya. Tapi bila rasa tu datang, automatik korang akan rasa sayu yang amat sangat..


Sebelas tahun Allah pinjamkan dia. Banyak sangat perancangan yang kami nak buat. Arwah pernah cakap, nanti kita tua kan ma, kita pergi sini jalan sama sama naik motor. Masa tu anak anak dah besar. So kita ada lah masa nak jalan sama sama. Aku pernah cakap, kenapa mesti naik motor? Dia cakap cita cita papa nak beli motor besar. Naik dengan mama. Jalan sama sama. Allahu.

Sekarang ni, aku sorang sorang jer. Harap bila hulubalang dah besar nanti, dapat selalu ada dengan aku. Kalau tak semua pun, at least ada 2,3 orang yang temankan mama. Sekarang ni pun aku cuba sibukkan diri aku dengan kerja. Tak nak duduk sorang sorang. Sebab nanti aku akan rasa nak jerit. Susah sangat korang berperang dengan perasaan sendiri ni..Susah..


Korang doakan aku kuat ya. Doa dari semua yang aku perlukan sekarang ni. Moga ada yang sudi doakan dari jauh. Di fasa sekarang ni, aku cuma rindu nak dengar suara dia. Hari hari tengok instagram dia. Kadang boleh tersenyum sorang sorang. Kadang air mata jatuh bila dengar suara dia. Nasib lah ada juga video yang di upload walaupun tak banyak. Jadilah buat hilang kan rasa rindu

tak kan ada orang yang faham aku macam mana suami faham.
moga Allah jaga dia dan tempatkan dia di satu kedudukan yang terbaik.



You Might Also Like

15 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. menangislah diya kalau itu yang mampu legakan hati, rawat hati diya.. tak semua orang akan paham apa yang kita tengah struggle sekarang..

    nanti jumpa nak peluk diya kuat kuat.. masa event sabtu lepas tak sempat..toleh toleh, diya dah balik ..huhuuuu..

    aini selalu doakan semoga Allah berikan diya kekuatan yang tinggi untuk diya handle hulu balang2 diya.. alhamdulillah Allah kurniakan hulu balang yang sangat baik/behave utk bersama mamanya..

    take care diya.

    xoxo,
    Ainie Zubir

    ReplyDelete
  2. kak.. 😭😭 hugs.. Jue doakan akak kuat dengan hulubalang..

    ReplyDelete
  3. Moga entri ni tersimpan rapi sebagai kenangan . 4 hulubalang yang kian membesar kekuatan kak diya .

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum diya...in sha Allah Diya...semoga Diya akan terus kuat menghadapi situasi ini...hanya anak2lah tempat mencurahkan kasih dan sayang...semoga Allah menempatkan arwah ditempat yg terbaik dan di dlm golongan org yg dikasihiNYA...sha Allah...
    Al-Fatihah buat arwah...:(

    ReplyDelete
  5. semoga Kak Pink akan terus kuat demi anak-anak. ya betul, memang kita orang sekeliling boleh cakap sabar, tapi diri sendiri yang tanggungkan.

    Al-Fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  6. Sebak sy baca. Semoga Kak Diya terus kuat.

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar... sama jer cita2 diaorang. arwah suami Ayu pun pernah cita..bila tua nanti, nak beli motor besar..dia still nak pakai suar short (takat lutut tu) so nampak mcm atok rugged. but now..semua jadi kenangan. moga kita2 sama diberikan kekuatan utk hadapi semua ni. in sya Allah..

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar. Peluk cium dari Dieyana utk awk dan anak2. Walaupun sy tk pernah bersua dgn awk, saya akan doakan awk terus kuat di samping anak-anak. al fatihah

    ReplyDelete
  9. Betul tu Diya.. takde siapa yang faham kite macam mana dia faham kite.
    Moga Diya dan anak2 kuat dan terus kuat demi masa depan.

    ReplyDelete
  10. menitis airmata mama baca. semoga terus tabah. memang ammbil masa untuk sesuaikan diri selepas kehilangan. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya

    ReplyDelete
  11. Sebak Kak Sue baca.. semoga Diya terus kuat ya, semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang soleh.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  12. Ya Allah..bergenang jugak baca entry ni....semoga k.diya terus kuat menghadapi hari2 yg mndatang...

    ReplyDelete
  13. Sebak...sedih..semoga sis terus kuat dan tabah yaa...

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!