Followers

Murtabak Maggi Berkeju: Guna Pemanggang Ajaib jer

9:00:00 AM


entry ramadhon ya yang ni hahahaha..biasalah entry bandung pun ada lagi
peram sampai nak habis syawal dah ni..kita tinggal dulu entry raya yang banyak
sambung entry makanan yang dimasak dek kerana teringin sangat masa ni
yer la walaupun orang cakap..eh tak elok makan maggi..aku teringin pedulikan


nak pergi param memang malas..malas nak cari parking..malas nak angkut anak
makanya kita buat murtabak je la..tengok bahan bahan pun ada je dekat rumah
lets start memasak..rumah aku tak de oven..ada pemanggang ajaib jer..boleh jer
asal boleh membakar..dah kira jadi la tu..sediakan bahan bahan tak susah pun


korang hanya perlu maggi perencahnya kari..telur..daging kisar kalau nak
aku tak de daging kisar..guna isi ketam jer yang ada masa ni..ikut suka la
nak letak sayur ke..seafood ke..rumah aku tak makan sayur..so tak de sayur
aku gantikan dengan cheese sebab anak anak suka cheesy cheesy sikit..


pecahkan telur dan kacau bersama perengah maggi tadi sampai sebati
maggi tu korang rebus dan toskan sampai kering..sejukkan la dulu..
kalau kata guna maggie 2 bungkus..telur biar 4 biji..aku gandakan gitu
sebabnya baru cukup salutan tu nanti..kalau kurang telur nanti tak jadi..


lepas tu panaskan pemanggang ajaib dengan minyak or butter..ikut suka
masukkan telur sikit..kemudian masukkan maggi dan bahan bahan tadi
last sekali aku letak cheese yang dah di potong kecil...atas tu letak telur lagi
sebab tu aku cakap telur kena lebih baru maggi tu tenggelam dan tersalut..


tutup pemanggang ajaib tu tadi dan biarkan selama 15-20 minit..api kecik jer
besar kalu dia akan jadi murtabak rentung hahahahaha..sabar sikit ok..
bila dah siap dia akan jadi begini..potonglah 4 segi..buat jadi mini murtabak
pastu dah boleh cicah dengan sos..tak nak cicah pun boleh..ikut suka ya..

sekejap jer aku letak atas meja..lepas berbuka settle..bagusss tak membazir
 dah lepas ramadhon ni tak de pulak teringin nak makan hahaha..



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Akk pun pnh buat guna pemanggang ajaib ni tapi x pernah ltk keju..lenkali boleh la cuba :)

    ReplyDelete
  2. byk jg kegunaan pemanggang ajaib ini ye. yong biasa guna panggang ayam n ikan je :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya.. ok, balik ni buat. hehe

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!