blogger food review
Me'nate Steak Hub: 4 Menu steak terbaru yang super lembut dan air FREE flows sepanjang Ramadhan!
1:50:00 PM
Dah lama sebenarnya kak fink teringin nak rasa steak di Restoran Me'nate ni..Ramai cakap sedap dan steaknya lembut..Alhamdulillah hari tu kak fink dapat juga jejakkan kaki ke Restoran Me'nate yang terletak cawangan Setapak.. Mula mula masuk sini terkejut dengan sambutan yang ada di Me'nate..Makin malam, makin ramai orang..Wowww betul punya hot rupanya steak dekat sini..Full house wei!
Cawangan lain kak fink tak pasti, tapi di setapak hari tu memang full house..Terus jenguk jenguk dalam peti tu ada apa yang menarik..Korang boleh pilih kambing, daging dan ayam mengikut citarasa korang ya..Dan ada juga menu baru sempena Ramadhan ni..Menarik kan..Jom kak fink kongsikan menu menu baru yang akan disediakan sepanjang Ramadhan ni..
Ada 4 jenis menu yang korang boleh pilih secara set untuk korang nikmati bersama sama ahli keluarga yang lain..Antaranya:
1. Heavenly Lamb
Haaa peminat peminat kambing tu mesti suka sebab set ni didatangi dengan nasi..Yang istimewanya, beras yang digunakan adalah beras basmathi yang diimport khas dari luar..Untuk set kambing ada 2 set yang korang boleh pilih..Ianya adalah:
Lamb Shank
Sesuai untuk 4-6 orang makan..Harganya cuma RM350.00..Bahagian ni memang lembut dan padat dengan isi..Kena cuba ok
Lamb Shoulder
Sesuai untuk 4-6 orang makan..Harganya juga RM350.00..Kak fink memang tak makan kambing tapi hari tu rasa juga sikit, eh sedapppp sebab tak bau pun macam kita makan kambing dekat tempat lain..Yang dekat sini korang tak kan perasan pun tu kambing hahahaha..Sila cuba..
2. Heavenly Beef
Disebabkan kak fink memang peminat daging lembu..Maka nya set ni yang paling ditunggu tunggu..Ada 2 set untuk daging..Sama juga setiap set akan dihidangkan dengan nasi..Memang mengenyangkan bila korang makan untuk waktu berbuka tu..Tak beza banyak pun dengan set kambing tadi..Meh kak fink kongsikan set yang ada untuk Heavenly Beef:
Short Ribs
Sesuai untuk 4-6 orang makan..Harganya RM300 untuk 1 set tu..Setiap set yang korang pilih ni, sama ada kambing atau daging..Korang akan diberikan sos untuk korang dip steak tadi..Bukan kosong macam ni jer tau..Sos dia memang sedap! Bahagian ribs ni memang lembuttttt..Tengah taip ni pun terbayang lembutnya masa kiteorang potong dengan pisau hari tu..
Wagyu Spare Ribs
Sesuai untuk 4-6 orang makan..Harganya RM400..Ni pertama kali kak fink cuba..Sebelum ni dengar orang cakap sedap jer Wagyu ni tapi tak pernah cuba pun..Sekali cuba perghhhh..Apehal sedap sangat ni..Makan Wagyu tu jer dah boleh buat korang lupa nak makan nasi yang disediakan hahahaha..Lembut ke tak? Of course semua steak dekat Me'nate yang kak fink rasa hari tu semuanya lembut lembut je dagingnya..
3. Heavenly Chicken
Ni kalau anak anak ada ni..Mesti set ni paling diaorang suka ..Maklum lah budak budak kan memang suka makan ayam..Hanya RM99 sahaja untuk set..Sesuai di makan untuk 4-6 orang juga..Sama juga seperti kambing dan daging, Set ayam ini didatangi lengkap dengan nasi..
Group Steak
Kalau kata korang nak berbuka tanpa nasi pun ada..Korang boleh terus pilih set Group Steak..Haaa pilih lah nak steak apa..Kambing, daging dan ayam..Dalam set ni juga akan disediakan adalah Sos, Salad, Coleslow, Mashed Potato, Aglio Olio ataupun Nasi Me'nate..Tapi kak fink suka Aglio Olio diaaaaaa..Sedappp sangatttt..Tak perlu makan nasi pun dah kenyang..Harga RM80.00 per pax dan minumum order adalah 4 pax ya..
Paling kak fink suka juga dekat sini adalah air dia hahahahaha..Wahhh pilih lahhh korang nak air apa..Air sejuk ke air panas ke..Ambil sendiri jer..Pergilah ulang ulang minum kalau korang mampu nak minum banyak banyak..Air panas dia banyak pilihan ok..Cappucino, Chocolate, Teh, Kopi..Haa suka tak..Air sejuk pun sama ada Peach, Ribena, Lemon Tea..Fuhh suka betul..
Me'nate Setapak
Starpac point
Jalan Taman Ibu Kota
Off Jalan Genting Klang
53300 Kuala Lumpur
Parking Rate: After 6.00pm [Flat Rate RM5.00 jer]
RSVP: 019-391 1047 / 019-477 1047 / 019-261 1047