Followers

Honda Family Road Trip 3: Kenangan bersama Honda City dari KL ke Utara

11:20:00 AM

12 & 13 september 2015 hari tu kak fink diberi peluang oleh Honda Malaysia
untuk sama sama terlibat dalam Honda Family Road Trip 3 yang menuju ke utara..
sungguh kak fink bersyukur sangat diberi peluang ni..serius teruja sangat sangat..
terima kasih PR dan Honda Malaysia yang sudi memilih blog pinkymomma.com..


kami berkumpul di Rail Canteen bersama sama dengan 8 lagi bloggers lain..
sarapan dulu sambil menunggu semua sampai..breakfast je dah sedap huhu..
selepas je breakfast semua bloggers diberi keterangan lanjut mengenai kereta..
haaa kereta apa? haruslah Honda City yang akan dipandu sendiri oleh bloggers..


apa yang menariknya Honda City ni? 1st sekali kalau untuk kak fink ialah..
boot keretanya besarrrrr..tengok 2 orang masuk pun masih ada ruang ya..
sesuai sangatlah untuk mak anak 4 ni..tu belum lagi di bahagian dalam kereta..
The Power of Space and Comfort gituuu..dalam dia besar..selesa nak duduk..


terutama kaki orang orang yang tinggi dan panjang tu kan..dont worry! selesa!
ada 8 cup holders..ada 2 usb ports..ada armrest with cup holders..3 power sockets..
ada mobile pockets dan glovebox..masa bawa hari tu memang rasa lega dalam tu..
kalau korang nak tau lebih lagi kehebatan Honda City ni kenalah terjah showroom..


kak fink jadi driver kedua..so masa pandu tu..cuba jugak la button yang ada..
yang bestnya..bila kita dah selesa dengan kelajuan kita..contohnya 140 km/j..
just tekan button cruise control yang ada berdekatan stering dan control break je..
just layan je tahap kelajuan yang korang selesa tadi tu..bila rasa nak slow..break!

kalau dekat hi-way ni memang terbaik..tak de la sibuk nak tekan paddle minyak..
masa drive tu..1st stop kami di hentian rawang..boss belanja Starbucks..yayy
sweetnya boss tu belanja semua kopi..terus bersemangat nak drive sampai Penang
seronok sangat sebab kami konvoi 10 buah kereta honda bersama sama masa ni..


best giler perjalanan kami ke penang hari tu..tak terasa jauh perjalanan tu ok..
lunch time kami di Nasi Ganja yang terkenal di Ipoh..perghhh ramai nya orang
tapi tak perlu susah hati..park jer kereta di tepi jalan..makanan dah terhidang..
ko tinggal nak duduk dan menikmati nasi ganja tu dengan penuh rasa nikmat..


terima kasih honda untuk layanan ni..nasi dihidang bersama kari yang pekat..
ada ayam..ada kambing..ada telur masin..perghhh berpeluh makan masa ni..
tak habis dengan nasi ganja jer..kami diberi karamel dia yang lembut dan manis..
tak terasa telan ditekak sebab sedaaapp sangat..makan sambil pejam mata oii...


selesai semua makan..kami berhenti di Masjid untuk solat Jamak di sini..
sebelum meneruskan perjalanan ke Juru Auto City..sempat la bergambar di sini..
mentang mentang perut dah kenyang..kak fink lompat tak berapa nak tinggikah?
eh berat sangat ke aku ni? hahahhaha..haishh..salah setting time ni rasanya..


kami teruskan perjalanan ke Juru Auto City..di sini macam macam aktiviti ada..
ada pameran honda..sempatlah kami cuba props yang disediakan untuk bergambar..
yang penting..kak fink dapat test drive bersama Awi Rafael..gelak berdekah dekah..
bawa Honda CRV lagi tuuuuu..oh peluang sangat niiii..terima kasih honda!



sporting sangat Awi Rafael..siap nyanyi nyanyi masa bro framestone bawa kereta..
oo bro jadi driver kiteorang hari tu..hahaha...kak fink jadi mak incik duduk belakang..
dan kak fink juga cuba mewarna keychain telur menggunakan warna cat honda..
siap ada warna metalic tu ya..berkilat kilat telur tu..susah jugak la nak warna tu..


sambutan memang sangat menggalakkan..ramai orang penang yang turun..
plus malam tu..ada konsert untuk para pengunjung yang datang ke Juru Auto City
 kami para bloggers juga sempat bergambar bersama Honda City yang dipamerkan
ni adalah warna terbaru untuk Honda City iaitu Dark Ruby Red Pearl..hots sangat!


selesai kami di Juru Auto City..kami teruskan perjalanan untuk makan malam..
di mana? perghh makan seafooddddd ok..banyakkkk sangat makan malam tu..
ni memang dah macam jalan jalan cari makan honda dah ni..hahahahaha..
dari mula perjalanan sampai la malam..makanan yang disajikan tip top meletop..


kami makan di Restoran Makanan Laut Bagan Prawn Village..halal ya restoran ni
setiap bulan akan ada pegawai dari jabatan agama yang buat pemeriksaan..
even chef dia pun melayu..once korang masuk akan nampak sijil halal di kaunter..
nak tengokkkk ke kak fink makan apa malam tuuu..meh sini nak tunjuk meh..


ni lah menu menu yang ada..antaranya ketam..sotong..ikan..sayur..udang..
dan rasa setiap menu tu memang terbaik sangat..cukup rasa..cukup sifat..5 bintang
semuanya seafood yang fresh fresh..terasa manis masa makan setiap seafood tu..
rasanya semua tidur dalam kekenyangan kot malam tu..memang puas hati lah..



setelah selesai menternak lemak dengan hidupan laut yang lazat lazat tu..
kami terus di bawa ke hotel untuk aktiviti free and easy..hotel 5 bintang uols..
The Light Hotel menjadi penginapan kami pada malam tu..serius cantik hotel ni..
hotel ni baru lagi dibuka..yang buat lagi rasa terharu tu bila blogger sorang 1 bilik


alalala sweet sangat honda ni..kesat air mata kita tengok bilik tu wak...hati tisu..
meh la kak fink tunjuk serba sedikit ruangan hotel dan bilik dapat malam tu..
badan dah cukup penat..bila tengok keadaan bilik yang bersih dan luas ni..
memanglah tak rasa nak keluar lagi dah..rasa nak golek golek dalam bilik jer..



cantikkan bilik yang kami dapat..rezeki sangat ni..terima kasih sangat honda..
layanan VVIP sangat rasanya kami sebagai bloggers dapat sepanjang 2 hari
Honda Family Road Tour 3 ni berjalan..malam tu semua mimpi indah hahaha..
seawal pagi kami semua dah turun untuk breakfast..sebab lepas tu nak ke Gopeng


hari kedua masih padat dengan aktiviti..bukan aktiviti chill macam hari pertama..
kali ni sangat mencabar fizikal dan mental..nak nak mak anak 4 macam aku ni..
berani ke tidak kak fink nak join water rafting..tak tidur malam fikir benda ni..
serius aku takut..takut sampai sakit kepala fikir betapa ekstremnya aktiviti tu..


perjalanan kami pagi tu menuju ke gopeng melalui kebun kebun getah..
betul betul kampung ni..tak de line ya dalam ni..serius jauh ke dalam kawasan tu..
kami disambut dengan masakan masakan lauk kampung..eh makan lagi hahaha..
bahagia ikut trip dengan honda ni..makan sajer..sedap pula lauk lauk kampung tu..


kami masih mampu tersenyum masa ni..makan di tepi sungai..rasa tenang jer..
dah lama tak berkawan dengan alam semulajadi..bila dapat peluang ni rasa bahagia..
hilang sekejap masalah di kota..ewahh kemain ayat di kota..hahahahaha..
selesai makan..kami semua kena naik lori nak ke puncak..woahh teruja kakak...


seronok juga perjalanan nak ke puncak naik lori tu..dalam setengah jam juga la..
masa sampai tu..kami diberi penerangan tentang safety dan risiko..aku takuttttt..
rasa nak tarik diri hahahaha..tapi nanti rugi pulak tak cuba..haihh keliru betul..
at last aku cuba! sebab sekali seumur hidup kan..ko kena cuba dan rasa kak fink!


dah pakai life jacket dan helmet..ok mari kita teruskan misi menempuh sungai..
main main ke..level 3 oiii aku main water rafting ni..seram sejuk duduk dalam bot..
bot belum pergi jauh lagi..aku dah jerit jerit dalam tu hahahaha..adoii takutnya..
air dah la laju..berbatu batu pulak tu..sila bayangkan betapa seramnya aku disitu..


dan perkara yang paling paling aku tak suka terjadiii..bila mana bot terbalik..
korang nak tengok tak saat bot kiteorang dimasuki air yang deras tu..OMG sangat..
aku dah jerit sampai tak keluar suara masa ni..serammm gile kakak masa ni..
pastu black out! tak nampak apa..sebab aku duduk bawah bot..tertelan air..hehh

dah la tak pandai nak berenang..tenggelam timbul..tenggelam timbul dalam air..
aku nampak ada bot yang cuba hulurkan padle..aku sambut dan pegang padle tu..
tapi diaorang tak dapat nak tarik aku yang berat ni hahahahaha..kelakar betul la..
last last aku pasrah jer lah..hanyut lagi..eh macam drama sangat aku hari tu..


akhirnya diselamatkan oleh guide dari bot depan..dia tarik aku ke dalam bot..
terus aku muntah air sungai kampar yang aku telan bergelen gelen tadi..choiii..
tengok air dah macam traumaaaaa..hahahahaha..scary giler oiii..tak tipu ni..
satu kejayaan besar untuk mak anak 4 akhirnya dapat sijil water rafting..


walaupunnnn...hahahaha ok tak perlu sambung..nanti terjadi drama lagi..
terima kasih honda bagi kami rasa peluang ni..rasa kena karam tu camner..
disebabkan team karam..Honda Family Road Trip 3 jadi lebih meriah kan
hahahaha giler nak puji team sendiri..peduli apa kak fink...hidup team karam!


selesai kami berwater rafting..balik naik lori dan makan lagiiii...hahahaha.
makan sesajer dengan honda ni..bagus betul la..perut tak sempat lapar ok..
siap semuanya dah bersihkan diri..maka kami pulang ke kuala lumpur..
alaaaaa..tak nak balikkkk..tak puas lagi berjalan dengan honda city yang best ni!


kami sampai di damansara malam..walaupun badan letih tapi kami happy..
kami pulang dengan seribu kemanisan yang tak dapat beli di mana mana..
rasa berat nak berpisah dengan team honda..bloggers..PR dan crews yang terlibat..
percayalah korang semua hebat..terbaik..walaupun baru pertama kali jumpa..


moga tuhan izinkan kita berjumpa lagi..honda jangan lupa jemput lagi ya..
eh tuju dekat PR juga hahahahaha...terima kasih untuk layanan yang VVIP ni..
rasanya semua terharu dengan layanan yang diberikan..terima kasih daun keladi..
terima lah video yang retake dekat 10 kali untuk semua..till we meet again..


kak fink sudahi dengan serangkap pantun khas buat semua yang terlibat..
 bawa honda city bersama cik siti..
 berhenti sebentar nak makan maggi..
Honda Family Road Trip 3 sentiasa di hati..
semoga ada rezeki kita berjumpa lagi dan lagi..


sepanjang kak fink memandu 2 hari bersama Honda City..memang rasa:
The Power to Keep You Safe
The Power to Customise
The Power to Stay in Style
The Power of Great Specifications
The Power to Control
The Power of A Vision
The Power of Space and Comfort

We love you Honda! eh macam tak boleh move on lagi...
teringat lagi trip yang best bersama honda tu hukhuk..helppp!




You Might Also Like

10 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. HAHAHAHHAHA mmg nmpk la xble move on tu kak nk ending tp x ter end end kan PANTUN siap omg! hahahhaha btw sy pon xle move on lagi Warghhhhhhhhhhhhhh rindu semua (T.T)

    ReplyDelete
  2. Fuyoo..bestnya kamu adik pink...akk teruja baca citer nij..syiokk..esp bab water rafting tu

    ReplyDelete
  3. Great write up Kak Fink!! Memang susah la nak lupa semua kenangan dekat sana kan.. nanti kita jumpa lagi yer kak fink.. Muahhh!

    ReplyDelete
  4. Perghhhhhh menarik... cerita dekat tv1 tue

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  5. Trip best.. kete pun best. Nasib baik dia x bagi bawak balik terus kete tu. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Cayalah kak pink berjaya buat water rafting! Hidup pinky momma.... cantiknyaaa stylo habis Honday City ni... nk gesek andi tukar kereta lah cenggini hahhahahaa...

    ReplyDelete
  7. Wowwwww pada akak yg berjaya water rafting... WALAUPONNNNNN.....

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum diya...wah happening nyer dpt join event mcm ni...mmg best...;)

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!