anak bijak mak menang
Dutch Lady Anak Bijak Mak Menang: Kak Fink berpeluang sepentas bersama anak anak dan pelakon cilik Mia Sara
9:37:00 AM
Huwargh sepatutnya publish entry ni minggu lepas tapi perlu dulukan entry yang lain..is ok janji dikongsikan minggu ni..jangan tidak tidak ahahahaha sebab entry kenang kenangan yang paling manis untuk aku dan anak anak..ingat tak hari tu kak fink cakap, kak fink kena rehearsal bersama pihak PR dan Dutch Lady untuk kempen Anak Bijak Mak Menang? haaa ini lah ceritanya..bergabung bersama pelakon cilik Mia Sara umpama satu penghormatan untuk kak fink sepanjang bergelar blogger ni..
Kiteorang kena ada dekat Mydin USJ Subang seawal pagi ya..7.30 pagi dah kena ada sana untuk final rehearsal bersama Mia Sara..kalau hari tu rehearsal depan client dan PR je..tapi kali ni terus di atas pentas sebenar..bayangkan lah aku kena handle kembar seawal pagi huhuhu..tak mudah tapi peluang bukan datang selalu..so mama gigih juga bawa kembar dan abg ngah sorang sorang ke sana..sempatlah bergambar dengan Mia sebab Mia pun datang awal hari tu..abg ngah malu malu pula padahal dia yang suruh panggil nak amik gambar dengan kakak Mia hahahahaha..ngader angat iyer tu..
Mia ni baik sangat ok..dia peramah..hormat orang..suka betul dia duduk dekat kembar..siap layan kembar main main lagi..aloh sweet sangat kan..kembar pun suka main dengan dia..siap gelak gelak bila Mia agah agah dari luar hahahahaha..abg ngah tu tengok dari jauh jer..pemalu sangat bang ngah time ni..hishh tak paham mak..
Lepas dah rehearsal dekat 4-5 kali..aku di bawa untuk breakfast dan menunggu waktu untuk naik pentas dan acting jer..ni goodies untuk media yang hadir hari tu..eh serius goodies dia bestttt ok..besar gila hahahahaha..sesuai untuk anak anak kita main sambil belajar sebab dalam tu ada banyak set kad pintar untuk anak korang bermain..
Jualan susu Dutch Lady juga dijual pada hari berkenaan..semua yang dijual tu siap dengan FREE kad pintar yang membolehkan korang join contest dan menang wang tunai berjumlah RM500,000..mohon pengsan ya mak mak semua..macam kembar dia memang minum susu Dutch Lady ni..nanti kak fink pun nak join lah..mana tau menang wang besar kan hahahahaha..aminnn..
Aku ingatkan persembahan pentas tu dah akhir akhir program rupa rupanya di awal program ok..nervous terus bila crew cakap ok mama stand by please...adoi ketar lutut..macam macam fikir dalam kepala ni hahahaha..boleh ke 2 hulubalang tu bagi kerjesama pada mama nanti..berpeluh peluh mikirkan hal atas pentas tu..
Dan akhirnya kak fink masuk pentas dengan penuh keyakinan di dada kahkahkah..apa pun terjadi, aku kena tenangkan anak anak kalau diaorang mula buat hal..alhamdulillah abg ngah bagi kerjasama yang sangat baik..dia ikut jer macam rehearsal sebelum ni tapi abg chik ada buat hal sikit hahahaha..dia tak nak dipegang..nak lari sana sini..oohh maiiii..penat nak pegang dia berat beratkan badan tu..tapi akhirnya berjaya juga..
Yang penting, muka mama tetap ceria ya walaupun masa ni abg chik dah start nak buat hal sendiri hahahaha..pandai mama cover perasaan tau..tapi aku bersyukur juga walaupun sebenarnya anak anak terpaksa bangun awal pagi tapi bila time kena acting tu tak de buat hal sangat..aku masih mampu control 2 orang dalam masa yang sama..
Dan peluang ni yang seronoknya bila aku dapat bersama sama dengan Mia Sara di atas pentas..tak dilupakan juga bersama sama anak anak bloggers yang lain iaitu Josiah Lu dan juga Jia Rye..segalanya berjalan dengan baik dan seperti yang dirancang..eh tak sangka semua berani di atas pentas dan berlakon depan client serta para media yang hadir hari tu..hebat anak anak ni!
Bergambar kenang kenangan bersama Marketing Manager Dutch Lady, Ms Karen Yeo..cuba tengok abg chik hahahahahaha..suka camera juga rupanya..nasib baik tak meragam sangat..ok jer orang ajak bergambar..macam paham jer tu...thanks sangat pada abang dan kakak PR yang berpenat lelah menjaga kembar lagi sorang..sweet sangat korang ni..thanks juga sebab sudi select kak fink dan anak anak dalam kempen ni...thanks guys..
Sampai hari ni kak fink rasa berbesar hati diberi peluang bersama dengan Dutch Lady dan mereka mereka yang hebat ni semua atas satu pentas..ni memang antara kenangan termanis sepanjang 2015 dan bergelar blogger..yang buat lagi best sebab Dutch Lady memang susu yang kembar minum dari dulu dan sekarang..bukan kembar jer..tapi dari zaman abg long dan abg ngah..memang aku setia dengan Dutch Lady sebab tak de masalah sepanjang diaorang minum susu ni..
next entry nanti kak fink share macam mana korang boleh menang wang besar..
melalui kempen Anak Bijak Mak Menang ni..stay tune!
melalui kempen Anak Bijak Mak Menang ni..stay tune!