Followers

Hello Kitty Town: Dekat mana nak shopping dan makan makan?

10:30:00 AM

Ok ni last entry untuk segala info yang korang perlukan untuk ke sini..kalau sebelum ni kak fink dah share journey kak fink dari KL ke Johor ikut laluan mana..apa yang ada dalam Sanrio Hello Kitty Town..apa yang ada dalam rumah Hello Kitty dan apa tarikan terbaru dalam Hello Kitty in Oz..harga tiket..jumlah tol dan kesemua all in budget yang korang perlukan..details kan..so dah boleh rancang percutian bersama sama anak anak ke sini..mesti diaorang sukaaaaaa!

Kali ni kak fink nak share dengan korang sekiranya korang nak makan atau membeli belah di sini..yer la sekali sekali datang kan..mesti nak beli buah tangan sebagai kenang kenangan dan nak cuba feeling comel comel makan di Hello Kitty Red Bowl Cafe ni..senang jer...cafe ni terletak depan sekali dekat pintu masuk..nak makan sebelum main main pun boleh..selepas pun boleh..


Selain tu, kalau korang memang hunting barang barang Hello Kitty..dekat sini semua adaaaaa..patung dia, bag dia..alat tulis dia..eh banyakkk sangat barang barang..tinggal nak pilih mana yang korang berkenan jer ok..kalau kak fink nak ambil gambar memang banyakkkkk...apa kata korang sendiri datang dan tengok sendiri barang barang yang korang berkenan..tempat ni luas ya..


Disebabkan anak anak kak fink semua boysssss..tak kan lah diaorang nak tengok Hello Kitty tu kan..diaorang suka lagi tengok Thomas and Friends hihihi..ada t-shirt pelbagai size dan warna..ada alat tulis..ada soft toys..serius banyak pilihannnn..abg long dan abg ngah berkenan sandal Thomas tapi tak de size hukhuk..kesian diaorang..


Ni dah boleh prepare untuk persiapan sekolah tahun depan kan..semua ada dekat sini..memang gerammm je anak anak tengok ahahahahaha..bukan barang barang sekolah ni jer ada..tapi barang barang permainan pun ada dekat sini..kalau korang suka kumpul Fridge Magnet, pergi terus dekat cashier..depan tu ada diletakkan pelbagai jenis Fridge Magnet untuk korang pilih untuk koleksi..


Untuk yang terlepas entry entry sebelum ni..korang boleh klik jer entry entry di bawah ni tentang Sanrio Hello Kitty Town..semuanya dah kak fink terangkan di setiap entry untuk korang refer bila ke sini..jemput datang tau!

1. Sanrio Hello Kitty Town: Perjalanan dan All in Budget untuk ke sini
2. Hello Kitty in Oz: Tarikan terbaru di Sanrio Hello Kitty Town
3. Sanrio Hello Kitty Town: Apa yang ada dalam rumah Hello Kitty?

Korang juga boleh refer segala link di bawah ni untuk korang intai intai gambar gambar yang ada di website, instagram dan facebook Hello Kitty..macam kak fink cakap, hotel yang berdekatan dekat sini adalah Hotel Jen ya..boleh refer link Hotel Jen..kak fink pernah review juga dulu ;)


Address: Persiaran Puteri Selatan, 79100 Nusajaya, Johor 
Landmark: bersebelahan Hotel Jen [Red Building]
Phone: 1300 88 FAMILY [326459]  
Operation Hours: 10am - 6pm [Everyday]

selamat berseronok di Sanrio Hello Kitty Town..ambil gambar banyak banyak ok!




You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!