Followers

Botaneco Garden Trio Oil: Shampoo dan Body Wash dari bahan organik pada harga yang murah hanya di Guardian

8:00:00 AM

Guardian Malaysia sekarang ni dah ada produk baru untuk penjagaan badan dan rambut tau..yang bestnya produk ni dari bahan bahan organik..masa kak fink join event ni, sempat la kak fink cuba bau dan rasa sendiri di tangan..bau dia memang fresh dan walaupun bahan dia daripada minyak, tak rasa pun berminyak minyak sebab ianya water base..siap ada serum rambut lagi..


Yang ni kak fink close up sikit untuk body wash..yang body wash ni juga ada macam skrub tu tau..tapi bukan jenis yang kasar kasar..jenis yang halus halus jer..so kalau korang nak guna secara harian pun boleh..tak de masalah..kenapa nama produk ni Trio Oil? sebab ianya mengandungi 3 rumusan minyak iaitu minyak Babassu dari Amerika Latin, minyak Baobab dari Afrika dan minyak Chufa dari Perancis..


Menariknya, produk Botaneco Garden Trio Oil ni tidak mengandungi Parabens, Silikon, Sabun, Pewarna Tiruan, Lanolina dan DEA.. ianya diperkaya dengan kuasa pelembab tambahan..sebab tu bila lepas korang guna..kulit akan rasa lembab jer..sesuai dengan cuaca di negara kita ni..yang penting bahan bahannya semua dari ekstrak semulajadi dan selamat untuk kulit kulit sensitif..


Kalau korang nak tahu, harga untuk setiap botol tu tak mahal pun..semua orang mampu beli sebab memang mampu milik..bermula dengan harga RM3.80 sehingga RM19.90 termasuk GST..terperanjat kan..mula mula tu aku ingat mahal la sangat produk ni kalau tengok dari segi packaging tu kan..tapi rupanya tak sampai puluh puluh pun..


So lepas ni kalau korang nak cuba produk mandian dan rambut dari bahan bahan semulajadi, boleh lah ke Guardian sebab sekarang ni tengah ada promo tau..sampai Januari 2016 ni..harga memang dah murah, lepas sales lagi bertambah tambah murah..shampoo dan body wash tu aku dah cuba..nanti nak cuba serum rambut dia pulak..wangiiiii ok..


selamat mencuba korang..produk yang memang kak fink suka..
suka sebab bahan dia..bau dia..harga dia ;)



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. menariknya botol ni..rasa macam nak peluk jer tengok color hijau.

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing. kite br tau product ni last month & dah cube body butter dia. Bau dia best sgt terus jatuh cinta setiap kali apply kt badan. Lagi satu dia tak melekit dan cepat absorb kt kulit. Masalah tumit merekah dah xde lagi. Alhamdulillah. Pas ni nk cube mandian, shampoo + hair serum.

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!