Followers

The Parenthood: First London Street Family Park yang menarik untuk anak anak hanya di My Kingdom

12:51:00 PM

Cuti sekolah kali ni banyak aktiviti anak anak dapat buat..yang bestnya semua di sekitar KL dan lembah klang jer..gigih mama bawa semua ke The Parenthood sabtu lepas..papa tak dapat balik..tak pe, jom kita..mama ok jer nak bawa anak anak enjoy di Sunway Putra Mall..parking pun senang..untuk sesiapa yang tak tahu lagi Sunway Putra Mall ni bangunan The Mall dulu..berdepan dengan PWTC..


Terletak di tingkat 2, korang cari jer The Parenthood..dekat sini macam one stop centre..semua ada..boleh shopping..boleh bagi anak main main..boleh makan makan..boleh bersukan..wahhh bestkannn..semua dalam satu tempat..dan konsepnya pula ala ala London Street..aku suka dekorasi dia sebab penuh dengan warna warna ceria..siap dengan bas London tu ya..


Untuk masuk main main ni..dari entrance tu, korang kena ke belakang sekali dan akan nampak My Kingdom..sesuai untuk anak anak yang berumur bawah 12 tahun..yang paling aku suka adalah tahap keselamatan yang ditekankan dalam ni...once anak anak korang dah masuk ke sini..diaorang akan dipakaikan wrist band sama dengan parents..

bila nak keluar dia akan scan wrist band tadi..kalau match dengan kod parents maknanya betul..tapi kalau scan tak sama..maknanya itu tipu..anak tak dibenarkan keluar..so selamat la kalau korang nak tinggalkan anak anak sambil shopping di sini..anak pun boleh enjoy main macam macam dekat sini..nak tengok apa yang menarik lagi? meh scroll bawah meh..


Jangan lupa kalau korang nak ke sini..make sure anak anak dipakaikan stokin ya untuk tujuan kebersihan sebenarnya..kalau kata korang terlupa nak bawa, jangan risau..boleh beli di kaunter sebab di sini juga ada dijual stokin untuk anak anak dan juga untuk korang pakai..tak payah panic nak keluar balik cari stokin pula..


See..dekat sini pun ada wall climbing..abg ngah memang suka area sini..banyak kali aku tengok dia panjat dinding ni..bawah tu ada tilam besar yang lembut..so kalau kata anak anak terjatuh, memang tak merbahaya kan anak anak korang..jangan terjun dari atas pulak ya..kang terseliuh pulak..turun dan naik dengan penuh hati hati ok..


Dekat sini juga banyak slides disediakan..abg long rajin melayan adik adik kembar dia..kalau nak naik slide mesti panggil adik dia dulu..senang kerja mama..thanks abg long banyak tolong mama hari tu jaga adik adik..yer la ada tempat tempat, badan mama tak muat nak masuk hahahhaaha..kena lah harap abg long yang tengok tengok kan adik dia..


Siap ada trampoline untuk anak anak korang melompat..berpeluh peluh budak berdua tu main dekat sini..seronok betul jadi budak budak kan..mainnnn jer kerjanya..dapat abg long burn calories dia hahahaha..memang puas hati la masuk sini..minggu depan grand opening tau..nanti kak fink share harga istimewa dekat bawah..


Si kembar ni pun bukan main suka dapat naik segala kereta dan mainan yang ada di sini..dekat sini untuk umur atas 1 tahun dikira ya..sebab banyak juga mainan untuk budak budak atas 1 tahun boleh main..bawah 1 tahun FREE..so kalau korang nak masuk sini, dah boleh la kira kira bajet dulu..harga nanti kak fink share..



Rasanya slide ni paling mencabar sikit nak naik sebab kena naik ikut jaring jaring..memang memerlukan tenaga..bukan naik ikut tangga hahahahaha..abg long memula tak nak naik sebab dia cakap badan dia berat, so susah nak panjat jaring jaring tu..tapi bila aku cakap...kalau abg long yakin mesti boleh naik..terus dia sahut cabaran dan naik..hahahaha


Kalau boleh juga bagi peluang anak cuba mewarna guna teknik mewarna yang ni..sebab dekat canvas tu ada nombor nombor tau..1 nombor tu mewakili warna yang perlu anak korang guna..tak mahal pun korang..size yang kecik bermula dengan RM16 - RM19 rasanya ..tapi belas belas ringgi jer la..memang menarik sangat..


Nak buat party pun boleh dekat sini sebab ada satu bilik yang comel di sediakan di sebelah My Kingdom tu..memang penuh warna warni bilik ni..untuk birthday party memang sesuai..luas pun luas juga..lebih kurang boleh memuatkan kanak kanak seramai 40 orang..yang penting selesa untuk keluasan bilik ni..



Di sepanjang jalan  di The Parenthood ni korang memang akan rasa seperti di London sebab dekorasi dia tu nampak macam jalan jalan di London..nak pergi London tak tahu bila lagi kan..bawa anak anak happy dekat sini pun jadi la huhuhu..feeling terus rasa macam dekat London..bersih dan penuh warna warni The Parenthood ni..korang tengok rambut abg long tu..basahhhh..betul punya main dia dekat My Kingdom..



Ni antara kedai kedai yang ada dalam The Parenthood..nak masuk The Parenthood ni free jer..tapi nak masuk My Kingdom tempat main main tu jer korang kena bayar..dekat sini pun ada servis memanjakan diri macam manicure, pedicure, massage dan facial tau..barang barang baby juga banyak di jual di sini..ada lebih 33 retailers dengan produk seperti Pigeon, Pureen, Grolier, Fabes Castell, Hasbro dan banyak lagi tau..macam aku cakap di atas tadi, one stop centre..


Dah lapar lapar boleh lah lepak di Cafe yang disediakan..see? senang kan.. semua ada dekat sini..korang tak perlu nak keluar masuk untuk nak makan ke..nak beli barang baby ke..nak tengok anak main ke..semua dekat sini..dari cafe ni pun, anak anak boleh nampak korang dari My Kingdom tu..korang pun boleh monitor anak anak dari CCTV yang boleh dilihat dari cafe ni..plus ada staf staf mereka yang menjaga saat anak korang berada di dalam tu ya..


The Parenthood akan dibuka secara rasmi pada 5 disember 2015 ni..so ada offer menarik tau untuk korang grab bila ke sini..mana la tahu nak bawa anak anak sempena cuti sekolah ni kan..segala details, kak fink share di bawah ni ya..mesti anak korang suka punya lah..anak anak kak fink dekat 4 jam duduk dalam tu hukhuk..seronok betul diaorang:

Admission Rate (1 tahun ke atas):
Weekday: RM35
Weekend, Public Holiday dan School Holiday: RM45

Promo Price:
5 entrance (Buy 4 Free 1)
Weekday: RM140
Weekend, Public Holiday dan School Holiday: RM180

Facebook The Parenthood: www.facebook.com/theparenthood
Facebook My Kingdom: www.facebook.com/jepkingdom

seronok tengok 4 hulubalang enjoy dalam tu masa ni..
dapat mama jalan jalan dengan aman

You Might Also Like

12 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. amboii bestnya.. ni bukan kata bdk2 je suka.. yanie pun cam teruja nk main gak hihi

    ReplyDelete
  2. boleh tahan gak harganya kak.. berpeluh ketiak nak membayar hahahaa

    ReplyDelete
  3. Rasa nak repeat balik kat sana kak..best sgt2....eyyyy happy dapat tgk Qi dengan anak2 sis main sekali...

    ReplyDelete
  4. Mmg best..bebudak ni siap boleh cakap tak puas main. Padahal berjam jam main tu hahhaha. Sonok punya pasal kan

    ReplyDelete
  5. Tempat yang menarik, tak tahu pun sebab baru buka utk public...

    ReplyDelete
  6. My boys enjoy sgt, jenuh nak ajak balik tau hehe

    ReplyDelete
  7. bab melompat dengan memanjat memang anak-anak champion hahahaha ... tapi seronok arr rasa nak repeat je ke sana. Jom mommy kita pulak panjat dan melompat :)

    ReplyDelete
  8. HAHAHHA akkk msti buat drama dpn glongsor tuh! seb beik xd cermin klu x suh abg long tgk cermin dlu yakin kan diri abg long hensem pandai HAHAHAH yakin boleh abg long! XD

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!