Followers

Dettol Mission For Hygiene: Majlis Penyampaian hadiah untuk peserta cabaran sekolah Dettol di Hotel The Averly, Putrajaya

3:18:00 PM

Hari tu kan kak fink berkesempatan bawa abg long untuk join event Misi Kerbersihan bersama Dettol..ramai betul adik adik dari sekolah sekolah yang menang turut sama hadir dalam majlis penyampaian hadiah di Hotel The Everly..aku nak abg long juga dapat info serba sedikit mengenai kebersihan dalam kehidupan seharian dia..

Apa yang menariknya program ni? Menerusi program ni, kanak kanak sekolah belajar mengenai kuman dan bakteria yang terdedah kepada mereka melalui tangan mereka setiap hari dan kepentingan membasuh tangan terutamanya sebelum makan..melalui kempen ini juga dapat memupuk tabiat mencuci tangan yang baik..


Menurut Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan, YB Tuan P. Kamalanathan P. Panchanathan.. Misi Kebersihan Dettol adalah salah satu program sekolah yang selaras dengan keutamaan kebersihan diri dalam Program 3K KPM iaitu Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan.. sebuah sekolah yang cantik bukan sahaja menjadi kebanggaan masyarakat tapi juga dapat melahirkan pelajar cemerlang di samping dapat memupuk hubungan yang rapat dengan ibu bapa mereka..


Ni antara pameran yang disediakan oleh adik adik sekolah yang terlibat dengan program Misi Kebersihan Dettol..banyak info yang kita boleh dapat..terutamanya aku tertarik cara cara mencuci tangan dengan betul..rupa rupanya ada 8 cara untuk kita mencuci tangan supaya lebih bersih..korang boleh refer gambar di bawah ni..


Menurut Pengurus Pemasaran Dettol, RB Malaysia dan Singapura, Encik Rakesh Kumar Singh berkata kanak kanak mempunyai sifat ingin tahu dan mahu menyentuh dan merasa segala apa yang dilihat sebab ianya salah satu proses pembelajaran mereka..sekiranya kita tidak memaklumkan cara yang betul untuk membersihkan diri dari kuman dan bakteria, ini akan menyebabkan mereka mudah dijangkiti selsema, sakit perut dan juga cirit birit..


Malah salah satu kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pelaksanaan kebersihan tangan boleh mengurangkan ketidakhadiran ke sekolah sebanyak 25%..ok lepas ni mama kena pastikan hulubalang semua cuci tangan dengan cara yang betul huhuhu..aku dah try pencuci tangan dari Dettol yang abg long pegang warna ungu tu..bau segar dan ianya dalam bentuk buih..memang best!


Tahniah kepada adik adik yang memenangi Cabaran Sekolah Dettol..wahh bestnya hadiah hadiah yang ditawarkan kepada para pemenang..tersenyum lebar adik adik ni..aku kagum juga dengan segala info yang mereka sediakan..tahniah untuk semua para pelajar dan guru yang terlibat dalam menjayakan Cabaran Sekolah Dettol ni..

Juara: Sekolah Kebangsaan Perpaduan, Ipoh (RM5,000)
Tempat Kedua: Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka (RM4,000)
Tempat Ketiga: Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Negeri Sembilan (RM2,000)


kalau korang nak tahu, pemenang juga dapat pengubahsuaian kantin daripada Dettol
wahhh bestnya sekolah sekarang..tahniah adik adik!




You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!