Followers

KAO Memudahkan Kerja Di Rumah Bersama Anak Anak

8:00:00 AM

Menjadi seorang mama kepada empat orang anak lelaki bukan satu tugas yang mudah. Dari seawal pagi, tugasan kak fink sebagai seorang ibu dah bermula. Dari menyediakan pakaian untuk anak anak ke sekolah, menyediakan sarapan dan juga kerja kerja rumah harian seperti membasuh dan menyidai baju serta mengemas rumah sentiasa menjadikan kak fink seorang ibu yang sangat sibuk..


Selain menjadi seorang ibu, seperti mana yang semua tahu kak fink juga sibuk dengan tugasan seorang blogger. Mana tak nya, menerima jemputan ke events dan kemudian pulang untuk menyiapkan entry tersebut. Ditambah dengan tugasan untuk mengedit gambar sangat menuntut masa yang agak lama..


Kadang kadang perlu berjaga malam bagi memastikan tugasan blog siap mengikut tarikh yang diberikan..Tak mudah tapi ini lah cabaran menjadi ibu bapa pada zaman yang serba moden ni..Masa! Yer masa yang ada kadang kadang tak mencukupi untuk kita selesaikan semunya..Siapa kata duduk di rumah mudah. Tak sebenarnya kerana bila bergelar seorang surirumah, kerja tu sentiasa ada.

Kadang kadang rasa nak nangis sebab walaupun kak fink di rumah tapi masa dengan anak selalu tak cukup. Mujurlah suami memahami, setiap kali dia balik kerja, urusan dengan anak anak memang biasanya dia yang uruskan..Daripada mencuci baju di malam hari. Sidaikan baju baju tadi. Bila urusan kerja di rumah dapat dilakukan bersama sama pastinya akan ada banyak masa bersama kan


Lagipun dengan barang barang daripada Kao, ianya dapat meringankan beban tadi. Kerja rumah menjadi lebih mudah dan dapat dilakukan oleh siapa sahaja sama ada ibu, ayah ataupun dilakukan bersama sama dengan anak untuk "bonding time" setiap hari kan? Hanya perlu tahu cara yang betul jer untuk menggunakan produk tadi. Kalau dah tahu, pasti kerja rumah menjadi lebih cepat..


Antara cabaran pada masa kini pastinya bagaimana cara untuk kita seimbangkan antara kerja dan urusan di rumah seperti memastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan mengembirakan hati anak anak. Pakar penjagaan rumah Jepun iaitu Kao memahami cabaran yang perlu dilalui oleh setiap pasangan moden pada masa kini..

Kini tugas mengemas rumah juga boleh dilakukan oleh papa mereka. Bukan hanya papa jer malah anak anak juga boleh turut serta membantu dengan cara yang mudah, cepat dan menyeronokkan. Dengan mengemas rumah, menjaga persekitaran rumah menjadi lebih bersih dan juga menyeimbangkan tugasan seharian yang perlu dilakukan, kak fink sekeluarga dapat mencipta moment indah bersama keluarga..


Kak fink sempat merasai sendiri lampin pakai buang daripada keluaran Kao iaitu Merries Pants Good Skin yang merupakan jenama Nombor 1 di Jepun. Lembut sangat Merries ni dan ianya mampu memberikan keselesaan kepada anak anak yang memakainya..Anti kebocoran tau..Ini kerana Merries mempunyai daya serapan dan pengaliran udara yang baik dan mampu menjadikan anak anak selesa sepanjang hari..Sesuai dipakai untuk bayi yang berumur 6 bulan ke atas..


Manakala untuk cucian pakaian semestinya Kao Attack menjadi  pilihan keluarga kami. Attack didatangkan dengan sabun serbuk pencuci dan juga pelembut  yang mampu mencuci pakaian yang dipenuhi dengan peluh dan kotoran degil menjadi pakaian yang bersih sebersihnya dan wangi sepanjang hari..Yang penting mampu membersihkan segala bakteria yang melekat di baju dan menjadikan kedutan pada baju berkurangan..Senang lah nak gosok nanti kan? Jimat masa kita.



Tak dilupakan barangan untuk pencuci dapur dan seisi rumah daripada Magiclean..Kak fink suka Magiclean ni sebab ia mampu menghilangkan rasa berminyak minyak yang ada di dapur selepas kita masak tu..Memang hilang terus kekotoran yang melekat di cermin cermin ataupun dapur..Setiap rumah kena ada tau Magiclean ni..Barulah rasa bersih jer..



Magiclean wiper pun ada untuk membantu kita di rumah terutamanya dalam membersihkan segala habuk habuk dan rambut dengan hanya 1 sapuan..Boleh juga digunakan untuk mengelap peralatan elektrik, lampu neon, perabot, kayu, cermin, dinding dan juga permukaan siling..Banyak sangat kegunaannya kan..



Kak fink paling suka bab boleh menjadi perangkap rambut tu..Kalau tak, stress nak sapu rambut yang gugur..Ni memang penyelamat besar dalam rumah. Wajib ada untuk mereka yang selama ni tercari cari produk untuk membersihkan habuk dan rambut yang gugur berterbangan di lantai..


Dengan rangkaian produk Kao, saat manis bersama dengan anak anak dapat direalisasikan sentiasa kerana kita dapat menyeimbangkan rutin harian di tempat kerja dan juga di rumah..Ibu bapa moden kini dapat menyiapkan segala kerja kerja kerja rumah dalam waktu yang singkat. Maka waktu bersama sama keluarga dapat diluangkan dengan lebih lagi..


terima kasih Kao kerana memudahkan hari hari kak fink selama ni
kerja yang susah menjadi cepat dan mudah..korang bila lagi?



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!