Followers

Mamee Fun Squad: Lawatan ke Mamee Jonker House, Melaka bersama media yang penuh dengan aktiviti menyeronokkan!

9:47:00 AM

Minggu lepas kak fink berpeluang sama sama memeriahkan trip media ke Mamee Jonker House yang terletak di melaka..kami berkumpul di kilang Mamee yang terletak di subang..transport dan makanan semua disediakan oleh pihak Mamee..serius dari awal perjalanan kami ke sana memang tak bosan dan tak sempat nak tidur..penuh dengan aktiviti katanya..ni lah staff dari Mamee Fun Squad yang sentiasa hiburkan kami sepanjang perjalanan ke Melaka..thanks Shahrin dan Ayen..


Dalam bas tu, ada cabutan bertuah..tak sangka masa cabutan pertama tu nama aku dah naik huhuhuhu..rezeki sangat ni dapat hamper..eh ni baru permulaan ya..banyak lagi yang Mamee nak bagi hihihi..murah hati sangat Mamee tu..kak fink bawa abg ngah sekali untuk join trip ni..seronok betul dia cuti sekolah ni..


Ada juga pertandingan karaoke dalam bas ni..antara yang terlibat adalah dari Afiq, banana squad..mesti korang kenal dia kan..kalau anak anak tengok banana squad tu mesti korang kenal dengan pengacara dia..afiq ni merupakan salah seorang daripada pengacara banana squad tu..ramai lagi yang join pertandingan karoke ni..yang penting, semua dapat hadiah..seronoknya!


Kami gerak dari subang dalam pukul 10 pagi dan sampai ke Melaka dalam 12 tengah hari..untuk sesiapa yang nak tahu, Mamee Jonker House ni terletak di Jonker Walk..kalau korang nampak dinding beserta cat kuning dengan corak seperti gambar di atas ni, maknanya betul la tu Mamee Jonker House..ni bangunan lama tapi diubah suai menjadi satu bangunan yang sangat cantik di dalam dan di luarnya..


Sempat abg ngah pose di bahagian pintu masuk Mamee Jonker House..disambut oleh Mommee Monster, Mister Potato dan semua staff yang ada di Mamee Jonker House..baru pertama kali jejakkan kaki ke sini dah rasa seronok dengan layanan mesra yang diberikan..dari pengurusan atasan dan pekerja semuanya mesra mesra..


Kami dipecahkan pada 2 kumpulan untuk tour di dalam Mammee Jonker House ni..kumpulan kak fink masuk Galeri Mamee ni dulu..ni macam muzium Mamee la kiranya..korang kalau dah sampai sini, kena masuk ok..dekorasi dalam Galeri Mamee ni memang menarik sangat...disamping dapat mengenali Mamee pada era dahulu, korang juga dapat ambil gambar banyak banyak..anak korang mesti suka! bayaran hanya RM5 sahaja per pax..



Ni Mamee pada zaman dahulu kala..dapat rasa suasana lama tu..props yang digunakan tu memang mengingatkan waktu waktu kak fink kecik kecik dulu masa balik kampung hikhik..kampung kak fink pun dekat melaka jer..tetiba teringat suasana masa balik rumah arwah nenek..korang bebas bergambar yer dalam ni..


Dari zaman Mamee yang dahulunya..korang akan melalui kawasan rumah Mamee Monster..jangan lupa ambil gambar dekat kerusi merah ni ya hahahahahaa..sebab ramai orang akan stop di sini untuk bergambar..yang buat menariknya Galeri Mamee ni, warna warna ceria yang mereka gunakan..kalau tadi zaman era dulu..ni nampak modern nya kan..


Dekat kawasan kawasan cendawan ni adalah kawasan taman sebelum korang masuk ke rumah Mamee Monster tadi..alololo comel sangat ni..dengan ada muzik yang menenangkan dekat sini, memang boleh buat korang feel macam dekat sebuah taman fantasi yang cantik..


Selain rumah Mamee Monster, korang juga akan melalui kawasan Mister Potato yang comel comel ni..dekat sini ada sejarah sejarah dari mula Mamee bertapak dan sehingga kini Mamee masih dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia..memang rasa kagum melihat satu empayar perniagaan yang dulunya secara kecil kecilan, sekarang ni dah besar dan makin mempunyai banyak produk.




Dekat sini juga korang akan dapat lihat produk produk Mamee dari zaman mula mula Mamee bermula sehinggalah ke produk terkini..perghhh banyak sangat kot produk Mamee yang baru kak fink tahu..kalau tak, kak fink hanya tahu snek Mamee dan Mee segera Mamee jer..rupanya banyak snek snek lain keluaran Mamee ni..



Dalam bus Double Decker tu ada Mamee Monster kalau korang boleh tengok..comel kan..aku tak puas nak bergambar dalam ni..kalau mama tak puas, ini kan pulak anak anak korang yang dapat masuk dalam ni..semua comel comel..pandai betul diaorang deko Galeri Mamee ni..diingatkan untuk korang, kalau ke Mamee Jonker House ni..memang mengambil masa ya..bukan masuk kejap kejap jer..ada banyak aktivti disediakan..ni baru dalam Galeri Mamee..tunggu kak fink kongsikan yang lain..


Bila korang keluar dari Galeri Mamee ni..korang akan melalui dinding ni..apa istimewanya dinding ni? dinding ni adalah dinding asal bangunan Mamee yang lama..mereka masih mengekalkannya untuk generasi akan datang melihatnya..depan abg ngah tu perigi tau tapi dah ditutup untuk tujuan keselamatan hihi..


Selesai menerokai dalam Galeri Mamee yang comel comel ni, kiteorang terus ke tingkat 1 untuk workshop Mamee Monster Little Kitchen..nak join workshop ni korang kena bayar RM15 dan mengambil masa selama 1 1/2 jam..dengan RM15 tu juga, korang akan dapat goodie bag dari Mamee Jonker House..di sini nanti korang akan di ajar cara cara untuk membuat snek Mamee dari mula hinggalah ke bahagian pembungkusan..


Bermula dengan menghasilkan doh sampai lah pembungkusan snek, semua tu akan ada dalam workshop ni..kitchen dia cantik dan bersih sangat..kalau korang nak join workshop ni seelok eloknya kena call dulu Mamee Jonker House lebih awal supaya mereka boleh book slot..workshop ni hanya pada hari Sabtu dan Ahad..ada tiga slot untuk korang pilih..bermula dari pukul 11 pagi, 1.30 petang dan 3.30 petang..bayaran per pax seperti yang diberitahu di atas hanya RM15..



Workshop ni bukan mak mak je nak cuba..tapi kalau korang ada anak, bawa anak korang dan cuba ya..masa kak fink masuk workshop ni, baru kak fink tahu bahan bahan yang mereka gunakan..untuk pengetahuan korang, kilang Mamee mengeluarkan beratus ribu snek Mamee sehari..whoaaaa banyakkkknyer permintaan..itu baru permintaan terhadap snek Mamee..belum lagi produk lain..


Dan korang akan diberi peluang untuk mencipta corak korang sendiri pada pembungkusan snek Mamee tersebut..buat lah sekreatif mungkin..abg ngah memang suka lah part ni..dia kan suka mewarna..jangan risau, semua dibekalkan pada korang..korang cuma enjoy jer ya..cuti cuti sekolah ni memang best kalau bawa anak anak cuba kan..


Dari workshop di Mamee Little Kitchen, kami bergerak ke tempat Noodle Doodle..dekat sini kiteorang diberi peluang untuk design sendiri cup noodle mengikut kreativiti masing masing..sekali lagi, abg ngah memang lah suka tempat tempat camni..dia duduk diam jer dekat situ hahahaha..behave sangat abg ngah tu..


Bila dah siap cup tu..korang boleh pilih apa yang ingin di letakkan dalam cup tu..ada 4 bahan dibenarkan untuk korang pilih ke dalam cup nanti..contohnya ada jagung..carrot..chili flakes dan ada lagi beberapa bahan lain..pilih 4 jer tu hahahaha..selesai pilih tu..korang boleh tekan button hijau untuk seal cup korang..tengok tu..abg ngah pun boleh buat sendiri..seronok tau dekat sini..


Ni lah hasil cup cup yang telah kami cantikkan..cantik ke hahahahahaha..habis kreatif dah kak fink mewarna tu..paling kagum abg ngah punya cup pun cantik..kemas je dia warna..bawa la anak anak korang explore Mamee Jonker House ni..memang menarik dan mesti anak anak suka punya..masa aku tunjuk abg long tengok gambar ni, dia pun nak pergi juga huhuhu..ok nanti kita balik kampung, mama bawa yer abg long..maklum kampung dekat melaka jer..


Ni kak fink kongsikan dengan korang video yang sempat kak fink ambil di Mamee Jonker House di bahagian Mini Production Assembly Line..see comel kan? dari mula penghasilan snek Mamee hinggalah di bahagian pembungkusan snek tersebut..ni gambaran sebenar kalau di kilang Mamee..eh teringin nak pergi kilang Mamee lah hahahahaha..harap harap dapat jejakkan kaki ke sana suatu hari nanti..


Selesai je di Workshop dan Noodle Doodle di tingkat satu, kami turun untuk menikmati makan tengah hari yang disediakan di Mamee Cafe..jangan risau cafe ni memang Halal..antara menu signature yang korang kena cuba adalah Hainan Chicken Rice Ball dia..sedappppppp sangat sos dia..mula mula nak kongsi jer dengan abg ngah..tapi tak cukup ok..dia makan sorang je dah sepinggan camner?



Abg ngah ni memang jenis susah makan nasi..tapi kalau dia makan nasi tu habis, maknanya sedap la tuuuu..mama dapat lah menumpang rasa sikit sikit..so kalau korang datang Mamee Jonker House ni, sila la cuba dan order Hainan Chicken Rice Ball dia..sedap! tekak aku memang nasi ayam dia sedap..dari ayam, nasi dan sos tu semua cukup rasa..rasa macam nak tambah lagi sepinggan hahahaha..


Disebabkan mak tak merasa sangat nasi ayam tu, marilah order bihun goreng..masa ni Manager Mamee Jonker House letak sambal bilis sekali dekan mihun goreng..perghhh sedappp sambal dia..kalau korang tak nak makan mihun ni, korang boleh makan Nasi Lemak dia juga..pun ada sambal bilis yang sedap tu..


Ada banyak air dan dessert yang disediakan juga dekat Cafe ni..masa hari tu, kak fink pilih Latte dan ABC sebagai pencuci mulut..senang kan..dah jalan jalan dalam Mamee Jonker House, terus jer makan di situ juga..tak perlu risau nak makan dekat mana..semuanya dalam satu bangunan..atau sambil sambil tunggu anak dalam workshop tu, korang pergi la lepak dekat cafe ni dulu..


Jangan lupa shopping sebagai kenang kenangan di sini..ada Fridge Magnet, T-shirt dan segala produk produk Mamee..pilih jer nak yang mana..kak fink ada sehelai T-shirt Biru Mamee Monster tu..kain sedap tau T-shirt tu..dekat corak Mamee Monster tu baldu..sempat juga beli produk produk Mamee dan Fridge Magnet dia untuk di bawa balik..


Segala details tentang Mamee Jonker House ni kak fink sediakan di bawah ni untuk korang klik ok..saper yang ikut workshop di Little Monster Kitchen sila book dulu slot korang sebab hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja dan ianya mengambil masa selama 1 1/2 jam..so korang boleh plan waktu korang untuk ke sini..

Terima kasih semua staff di Mamee Jonker House dengan layanan mesra yang diberikan..semua humble dan mesra alam sangat..terima kasih juga pada Zany, Shahrin dan juga most favourite staff Ayen yang sudi invite kak fink dan menghiburkan kami sepanjang perjalanan dari Subang ke Mamee Jonker House..tak terasa lama perjalanan kami ke sana tau..sporting gitu..memang best sangat!

Instagram: @mameejonkerhouse
Alamat: No 46 & 48, Jalan Hang Jebat [Jonker Street], 75200 Melaka

Waktu Urusniaga:
Isnin - Khamis [10.00 pagi - 5.00 petang] 
Jumaat, Sabtu & Ahad [10.00 pagi - 7.00 malam]

Hubungi: 
Henry - 012-618 0778
Yap - 06-2867666 / 012-676 8770

lepas ni nak bawa abg long pulak ke Mamee Jonker House..
dia dah excited tengok gambar gambar ni huhuhu..



You Might Also Like

7 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. part buat mamee tu jugak yg best...gagah masing-masing melukis bagai...hahahaha...

    ReplyDelete
  2. wahhh..bestnye :)

    baru tau ada tmpt ni

    ReplyDelete
  3. ohh pls bawak ida sekali kak! hihihihi.. kemain bersewii sewii bangah dapattttt pergi Mamee. sib baik xde auntie ida die, kalau tak diam monyok asik kene nyakatt heeeeeeee~

    ReplyDelete
  4. enjoy sangat tgk abg ngah kat sana! Ni yang acik rasa nak gi sana gak ni hehehe. Meriah sangat .....wowwww! :)

    ReplyDelete
  5. Kenapa Sally tak menang lucky draw? >.<

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!