Followers

Waste To Energy: Pengasingan sampah di rumah adalah perkara asas yang perlu kita buat

11:48:00 AM

Pernah tak korang terfikir..sampah sampah yang kita buang tu ke mana perginya? Lupus kan terus atau boleh dikitar semula..kan seronok sampah yang dibuang mampu menjadi sumber tenaga kepada kita....seperti mana negara Jerman, mereka dah melaksanakannya..mereka menggunakan sampah mereka untuk proses pemanasan daerah..semuanya bermula dari rumah jer..perkara asas yang kita kena buat adalah asingkan sampah..mudah kan..


Macam kak fink di rumah ni sebelum buang sampah sampah ke dalam tong..kak fink akan asingkan dulu kategori sampah sampah ni..bukan main buang jer semua dalam satu plastik sampah..contohnya baru ni kak fink buang semua bekas bekas rempah kaca yang dah berkarat tutupnya..yang tu aku buang semua dalam satu plastik..botol botol minyak dan air buang dalam satu bungkusan lagi dan sampah sampah basah seperti sisa sisa lauk tu, kak fink buang dalam satu bungkusan lagi..
Penting ya korang untuk korang asing asingkan sampah ni dulu..pertamanya kita dah mudahkan urusan pekerja pekerja yang mengutip sampah di rumah ni..keduanya sampah sampah yang dah dikategorikan tu, boleh terus kita kitar semula..kalau korang nak tahu, sampah sampah yang belum bercampur dengan sisa dapur, harga kitar semula akan jadi lebih tinggi..


Itu baru kelebihan kalau kita dapat lakukan asingkan sampah sampah di rumah..kita juga yang dapat pulangan daripada hasil kitar semula tu kan..bayangkan kalau sampah yang kita dah diasingkan tu, dapat digunakan semula sebagai bahan tenaga di negara ni..tak de lah sampah tu dibuang dan dilupuskan sekadar menjadi sampah jer..


Perkataan Waste to Energy memang menarik minat kak fink untuk ketahui lebih lanjut lagi..kalau negara luar mampu lakukannya..mesti kita pun boleh kan..mengikut bacaan yang kak fink buat, di Kilang Berlin, mereka membakar sampah sampah pada suhu 850 darjah celcius dan menghantar tekanan wap wap ni ke Stesen Janakuasa Elektrik untuk pemanasan daerah..hebat kan..
Dengan sampah jer kita mampu hasilkan tenaga yang dapat dibekalkan kepada rakyat setempat..sebab tu pentingnya kitar semula dan pengasingan sampah yang bermula dari rumah..mungkin korang nampak benda ni macam remeh..tapi perkara kecil ni kalau korang praktikkan..kesannya memang besar kepada negara..maka nya lepas ni, korang dah boleh asingkan sampah sampah yang ingin dibuang..sayangi bumi kita..

Kalau tengokkan tempat pelupusan yang lama..ya Allah scarynya tengok timbunan sampah melambak lambak macam tu..korang nak tengok ke tapak tapak pelupusan dulu? dah lah kebanyakkan sampah di Malaysia ni sampah yang basah dan lembab..sebab tu lah pentingnya pengasingan sampah dari rumah ya..

 

Ok itu yang lama..bila kak fink google google lagi..ada tapak pelupusan yang baru di Taman Beringin..lebih cantik, kemas dan tersusun..yang penting selamat untuk penduduk penduduk berdekatan..nak tengok contoh pembinaan Loji Rawatan Sisa ke Tenaga di sana? ni kak fink kongsikan bersama dengan korang..suka nya tengok..cantik, bersih dan lebih sistematik kan..yang penting lebih selamat untuk penduduk setempat..



Mungkin kalau sorang jer yang buat tak kan nampak kesannya..tapi kalau kita bergabung sama sama mengasingkan sampah yang ingin dikitar semula mesti cepat nampak kesannya..dengan sampah sampah yang diasingkan tu kita dah bantu negara kita untuk menghasilkan tenaga dari sampah yang dibuang tadi..mungkin tenaga dari segi elektrik, haba dan juga diesel..yang penting displin asingkan sampah..untuk anak anak pun dah boleh diterapkan amalan ni..

teringin nak tengok proses pelupusan sampah di Loji Pelupusan tu..
barulah betul betul boleh nampak gambaran sebenar Waste to Energy kan..



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Akk malas nk letak dlm plastik klu botol sabun tu. besar sgt rugi plastik. Akk letak je kat dlm tempat smpah tu sbb lori sampah tu pekerja dia mmg asing2 kan siap2 sampah kita bila dorang ambik. So bila nmpk botol terus je dorang campak dlm guni tu. yg tin2, atau botol kaca biasa mmg letak dlm plastik lain. Tak yah la dorang nk kirai2 dlm sampah basah2 sisa makanan tu kan? Mudah kan kerja dia dan sian nk bg dorang kirai dlm sisa makanan tu. sisa makanan tu dh letak elok2 dlm plastik ikat kemas. X la melepek kotor. Huhu

    ReplyDelete
  2. baiklah kak pink.. ida mengikut perintah heee ~

    ReplyDelete
  3. aida memang da amalkan ni sejak diwar-warkan ari tu.
    just takde la asingkan byk2 plastik.
    semua letak dlm satu plastik besar ~ botol ke, tin ke, plastik ke, kaca ke...
    semua siap cuci bersih, if not nanti semut merayap!
    then letak kat luar tong sampah as instructed.

    kena sokong!!!

    ReplyDelete
  4. Saya menyokong usaha untuk mengasingkan sisa sampah dan kitar semula. Pelaksanaan Akta 672 adalah tepat kerana nak dibandingkan peratusan kitar semula di negara ini masih rendah pada kadar 10.5% dan sisa pepejal yang di janakan mencecah sehingga 33,000 tan sehari didalam masa setengah dekad berbanding 17,000 tan sisa pepejal purata 17,000 tan sehari pada tahun 2005.

    Teknologi WtE antara teknologi alternatif yang perlu diterokai didalam penjanaan tenaga perbaharui menganti tenaga fosil seperti arang batu(yang semakin mahal) dan gas. 95% hingga 97% daripada sisa pepejal yang dikutip di Semenanjung Malaysia dibuang ke tapak pelupusan begitu sahaja, manakala sekadar 3% hingga 5% dikitar semula. Berbanding di negara maju pula seperti Switzerland antara negara yang mencapai kadar kitar semula 52%, Austria 49.7%, Jerman 48%, Netherlands 46% dan Norway berada di kedudukan kelima 40%.

    Negara maju seperti Denmark, loji Waste to Energy telah menyumbang 80% tenaga haba dan 20% tenaga elektrik untuk penduduk sekitar tempat loji. Negara jiran kita Singapura mempunyai loji WtE yang terbesar mampu mengendali lebih kurang 3,000 tan sisa pepejal dan menjana 150 MWh tenaga elektrik setiap hari,

    Banyak usaha perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan NGO untuk mengadakan kempen kesedaran dan penerangan kepada masyarakat.

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!