Followers

Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0181: Kasut yang mempunyai pengudaraan yang baik dan cepat kering!

9:58:00 AM

Hi korang mesti ramai mak ayah sekarang ni dah ada bajet untuk persiapan anak ke sekolah tahun depan kan..sama juga macam kak fink..dah kira kira dah berapa perbelanjaan abg long untuk naik ke darjah 3..kasut sekolah, baju sekolah dan juga alat alat tulis yang perlu dibeli untuk tahun depan..kena kira awal awal kan..supaya nanti tak de lah pening kepala nak keluar duit untuk anak anak naik sekolah hehehehe..


Macam untuk kasut sekolah, kak fink dah buat survey dah..kali ni kami nak cuba kasut dari Pallas Jazz..apa yang menariknya sampai kak fink tertawan sangat ni? Haaa mesti korang suka juga sebab kasut ni anti bau sebabnya dia ada sistem pengudaraan yang baik dan tak panas kaki bila anak anak pakai..yang penting kasut ni cepat kering sekiranya basah..best ke tidak? Lagipun jenama Pallas Jazz ni aku pakai dari zaman aku sekolah lagi..sampai lah sekarang untuk anak, aku tetap setia dengan Pallas Jazz..


Tapi Pallas Jazz yang mana yang kak fink pilih untuk abg long? Sebab banyak kan design dari Pallas Jazz ni..ok meh sini nak share, kak fink pilih design yang ni..Pallas Jazz Single Velcro Strap..kod kasut ni adalah 205-0181..selain daripada anti bau dan SELESA untuk anak anak pakai, kasut ni juga dibuktikan sangat ringannnnnn..pergh ni memang best..bila kasut ringan..anak anak nak bergerak pun senang kan..


Dan salah satu lagi ciri ciri yang ada pada kasut ni, ianya direka khas dengan lapisan foam yang gebu supaya anak anak sentiasa selesa masa memakainya..tahan lama kan..tak de lah nanti pakai sekejap jer dah koyak sebab kasut tu nipis sangat kan..so masa beli, korang kena pastikan lapisan kasut tu agak tebal sikit supaya nanti tak cepat koyak..nak nak kalau anak korang tu lelaki..lagi kena cari yang tebal sikit..


Semestinya yang terakhir, kasut ni adalah sejenis kasut yang strap jer..senang..macam untuk umur umur abg long ni memang aku prefer kasut yang strap jer sebab cepat dan mudah nak pakai..tak de la mengambil masa yang lama untuk pakai..terutama di waktu pagi yang memerlukan waktu yang singkat untuk bersiap ke sekolah..


Sekali lagi kak fink letakkan di sini spesifikasi kasut Pallas Jazz yang berkod 205-0181 ni:
- Velcro strap design                                                                                                       
- Cooling feet with the unique ventilation system designed upper made by mesh combined with PVC
- Proven "Superlight" weight
- Foam lining for extra comfort protection

Kalau korang pun berminat, boleh juga beli secara online tau kasut Pallas Jazz ni tau..ukur tapak kaki anak korang dalam ukuran sentimeter (cm)..senang jer..refer table ukuran di bawah ni untuk lebih jelas ukuran kasut untuk anak anak korang nanti..sekarang ni dah senang..semua klik klik online je dah dapat shopping untuk anak anak sekolah kan..kak fink pun order via online je tau..

Website: www.pallas.com.my                                          
Facebook: www.facebook.com/PallasMalaysia                 
Harga: RM35.99
 
lepas ni tak perlu risau kalau musim hujan sebab kasut ni cepat kering..



You Might Also Like

8 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Cantik...akk pun suka kasut yg cpt kering kan?

    ReplyDelete
  2. aida da selamat jugak beli kasut skola anak2 berdua :)

    ReplyDelete
  3. teringat dolu dolu punya kasut sekolah pallas jugak..tp bertali hihi bunga2 hati dpt pakai taww!

    ReplyDelete
  4. Anak2 cik nad mmg pakai kasut pallas thn ni..utk next year rasanya kena carik pallas velcro la lepas baca review diya ni..part cepat kering tu yg best..;)

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!