Followers

Pallaz Jazz Single Velcro Strap 205-0186: Kasut Ekstra Ringan dan Mudah Lentur

1:10:00 PM

Ok kalau dulu kak fink dah kongsikan tentang kasut sekolah Pallas Jazz Single Velcro Strap kod 205-0181 kan..tapi kali ni nak kongsi dengan korang kasut sekolah Pallas Jazz Single Velcro Strap kod 205-0186.. nampak macam sama tapi tak sama tau..cuba korang tengok tapak dia..ok meh kak fink kongsikan perbezaan tapak antara kasut 205-0181 dengan kasut 205-0186..


Tapak kasut Pallas Jazz 205-0181 ni rata sikit kan..tapi untuk 205-0186 pula lebih bergerigi..sesuai untuk anak anak korang yang aktif dan bersukan ke sana sini..tapak kasut yang lebih bergerigi tu akan grip permukaan lantai yang licin..memang sesuai untuk anak melompat dan berlari apabila waktu pendidikan jasmani nanti..kalau kod 205-0181 dah super ringan kan..yang kod 205-0186 ni extra superlight weight..abg long sendiri cakap ringannnnnyer mama kasut ni..



Ciri ciri lain kasut ni ianya mudah lentur…tak percaya? Jangan susah hati, kak fink kongsikan tapak dalam kasut ni supaya korang nampak dengan lebih jelas gambaran maksud mudah lentur tu..seperti yang korang nampak permukaan lapik dalam kasut ni ianya mempunyai lengkungan kan? Tak sama dengan kasut kasut sekolah lain yang ada di pasaran..Bila anak pakai, ianya akan mempunyai sokongan pada otot kaki dan menjadikan tapak kaki anak korang selesa dan tidak sakit walaupun berjalan ke sana sini di sekolah..ini memang pilihan pertama kak fink sebagai seorang ibu..



Pallas Jazz 205-0186 juga dilengkapi dengan lapisan foam yang tebal dan gebu untuk keselesaan kaki anak anak korang seharian di sekolah..ada juga PVC dikelilingnya..bila kasut kotor je..lap lap jer dekat PVC tu dah bersih balik..tak perlu beriya nak berus berus lagi..sangat memudahkan anak anak..boleh tahan lama terutama sesuai untuk anak anak lelaki macam anak aku yang aktif tu..yang penting, kasut Pallas Jazz 205-0186 ni juga adalah kasut yang cepat kering dan mempunyai pengudaraan yang baik apabila anak memakainya..


Pemilihan kasut sekolah yang ringan dan tidak menyakitkan tapak kaki anak memang ciri ciri utama yang akan aku pilih sebagai seorang ibu..Bag dah berat setiap kali ke sekolah, kalau kasut sekolah pun jenis  yang berat dan anak pakai menyebabkan kaki melecet..ini akan mengganggu mood dia di sekolah kan? Korang memang kena rasa keringanan kasut Pallas Jazz 205-0186 dan minta anak cuba pakai kasut sekolah ni untuk merasai kelenturannya..

Mesti anak korang akan rasa keselesaan di tapak kaki kerana ianya dicipta untuk memelihara otot kaki anak ketika memakainya..Kasut sekolah Pallas Jazz 205-0186 memang dicipta untuk memelihara otot kaki anak supaya mereka dapat berjalan dengan keselesaan yang optimum..dapatkan sekarang ya..kak fink dah ada 2 jenis kasut dari Pallas Jazz dengan keistimewaan tersendiri..yang penting keselesaan anak ketika dia memakainya..



Sekali lagi kak fink letakkan di sini spesifikasi kasut Pallaz Jazz yang berkod 205-0186 ni:
- Velco strap design
- Cooling feet with the unique ventilation system designed; upper made by mesh combined with PVC
- Proven extra superlight weight "X-Light"
- Foam lining for extra comfort protection

Ni size yang ada untuk jenis kasut sekolah Pallas Jazz Single Velcro Strap kod 205-0186:


Website: www.pallazjazz.com.my                                   
Harga: RM39.99

suka sangat abg long tu sebab kasut sekolah dia tahun depan memang super ringan!




You Might Also Like

7 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. kasut mmg kena consider super ringan. terbaik!!

    ReplyDelete
  2. aaa kalau ikut hati nak je beli tapi abam syahmi tak minat kasut macam nie..uhukss..

    ReplyDelete
  3. seminggu dua lagi anak-anak dah nak bersekolah, so ibu-bapa memang busy cari barangan termasuk kasut kan

    ReplyDelete
  4. Sudah masuk tahun kedua anak-anak memakai kasut jenama Pallas ini. Amat berpuas hati dengan ketahanan dan kualitinya.

    ReplyDelete
  5. dari segi harga tidak begitu mengecewakan ..masih dalam kawalan bajet tu..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!