Followers

Video Hi-5 House of Dream: Anak anak enjoy dan tak puas dengan show Hi-5 di Istana Budaya

8:43:00 AM

Hari khamis lepas kak fink dan anak anak serta semua pemenang pemenang yang dipilih oleh pihak Enrich telah ke Istana Budaya untuk sama sama menyaksikan persembahan dari Hi-5 House of Dream..memang tak sabar rasanya anak anak nak tengok dan joget joget dalam tu..rasanya mama pun suka juga Hi-5..sebab tu mama pun excited menghitung hari untuk nak tengok Hi-5 depan mata..

Show kami pada pukul 2 petang..sempat la jumpa pemenang pemenang yang terpilih hari tu untuk bergambar sebelum kami masuk ke dalam..tak dapat kumpul semua masa ni hukhuk..tak pe lah..janji ada juga kenang kenangan dengan sebahagian pemenang hari tu kan..tak sempat makan tengah hari kiteorang hari tu hahahaha..nampak tak terujanya tu..sampai rasa kenyang je perut..


Abg long dengan kembar paling happy sebab dapat joget joget..abg ngah mahu tapi malu..dia nyanyi tapi bila kita suruh bangun tak nak hahahaaha..eleh control macho la ngah tu..sabar je la mama tau..padahal dekat rumah dah practise dulu sebelum nak pergi Istana Budaya..sampai masa dia duduk je atas kerusi macam tak de perasaan..


Stevie in action...banyak juga lagu yang diaorang nyanyi..dan setiap lagu tu akan bertukar tukar mimpinya..masa Stevie ni mimpi tentang jungle rasanya..semua tentang wild animals..ramai nyer budak budak tunggu dekat depan pentas tu ya..semua excited dapat tengok Hi-5 depan mata..anak anak aku duduk dekat kerusi jer sebab mama takut tak boleh control semua hukhuk..


Masa time Mary pula mimpi nak jadi pari pari..aloh comel sangat tau..budak budak perempuan memang suka la masa ni..eh jangan kata budak budak jer suka, mak budak pun suka ni camner hukhuk..setiap kali penari Hi-5 buat persembahan, mesti ramai budak budak depan pentas tu berjoget sama..comel jer anak anak teruja kan..



Ni time diaorang jadi cowboy..memang happening masa ni..aku kagum dengan tenaga semua penari Hi-5 ni..sebab semua lagu yang diaorang sampaikan..semuanya bertenaga..macam mana korang tengok diaorang happening dekat dalam televisyen tu..macam tu juga lah persembahan bertenaga mereka secara live pada hari tu..




Sempat juga adik aku rakam beberapa video masa persembahan Hi-5 House of Dream tu..boleh la kak fink kongsikan serba sedikit video yang diambil hari tu hihihi..memang seronok..anak anak tak puas nak tengok lagi..tak terasa 1 jam 30 minit masa dalam Istana Budaya tu..leka betul tengok diaorang buat persembahan..



Antara yang ada juga pada persembahan Hi-5 House of Dream adalah penampilan khas dari  chatz..eiii geram betul aku tengok chatz ni hehehe..kalau korang follow Hi-5 memang kenal dengan chatz ni kan..dia macam pencerita la masa persembahan tu..comel sangat chatz ni..dapat juga tengok depan depan..



Sepanjang persembahan berlangsung, ada waktu rehat selama 15 minit untuk penari penari Hi-5..penattt oii berjoget non stop dari mula persembahan tu kan..masa rehat 15 minit tu, aku sempat bawa hulubalang keluar sebab dah lapar sangat hahahahahaa..tu la tadi tak rasa lapar kan..sampai tak sempat nak ambil lunch..nasib baik dekat luar tu ada jual sandwich..terus beli sandwiches dan makan jer dekat luar pintu masuk tu untuk alas perut kami anak beranak..



Tapi kan aku tak sangka pula masa akhir persembahan tu, Stevie announce dia akan meninggalkan Hi-5 setelah 9 tahun bersama Hi-5..huwaaaa kakak so sad masa ni..why Stevie why? sebab aku dah biasa dengan Stevie..rasanya dari mula aku kenal Hi-5 memang aku dah biasa dengan persembahan dari Stevie hukhuk..ramai juga yang sedih masa ni..haihh ko tengok..mak yang over lagi..


All the best Stevie..harap harap Hi-5 dapat buat reunion balik dan panggil semua penari penari lama mereka..serious rindu nak tengok balik semua bergabung..thanks Ummie sudi jadi photographer saya pada hari tersebut hahahahaha..macam tetahu je kan tugas kakak dia sebagai blogger..kak fink puas hati tengok muka anak anak balik dengan penuh ceria..alhamdulillah pengalaman manis untuk cuti sekolah kali ni kan..ni pertama kali anak anak berpeluang dapat masuk Istana Budaya..mesti ni salah satu kenangan manis buat mereka..


Kak fink mohon maaf kalau ada terkurang sana sini pada semua pemenang yang datang hari tu..Dari segi seating memang di luar bidang kuasa kami sebagai bloggers..kami juga tak diberi keistimewaan  untuk pilih sendiri seat mana yang kami nak..semuanya dah ditetapkan dan hanya tahu kedudukan kerusi bila dah sampai di Istana Budaya..harap korang enjoy masa show tu ya..terima kasih sangat sebab sudi join contest anjuran Enrich by Malaysia Airlines..happy dapat jumpa korang..semua ramah ramah..


terima kasih Enrich kerana menaja tiket kami semua..
dapat anak anak tengok persembahan Hi-5 secara live..




You Might Also Like

6 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!