Followers

Teater Bikers Kental [Video] : Gandingan Awie dan Zizan Razak jadikan satu panggung di Istana Budaya berdekah dekah!

10:59:00 AM

Hari tu kak fink berpeluang menonton teater Bikers Kental di Istana Budaya bersama bloggers dan media yang lain..memang tak sabar nak tengok teater ni sebab ada Zizan Razak dan Awie..confirm berderai air mata menahan lawak ni..tapi tak nak lah expect lebih kan sebab tak tengok lagi..thanks pada adik kehpam pojie sudi invite kak kehpam iyer tengok malam tu..yayy dapat jumpa budak budak giler ni..meriah betul..ramai juga artis yang turut serta..


Kasi posing sikit tepi motor besar ekekeke..excited sampai tudung tak de hala dah kenapa ni kak fink oiii hahhahahaha..nak duduk pakai skirt pulak malam tu..tak pe, kakak posing tepi jer lah..ramai juga bikers yang datang untuk support teater ni..belum start lagi dah berderum derum istana budaya dekat luar..bertambah tambah meriahnya..


Teater ni mengisahkan Bidin Al Zaifar (Zizan Razak) yang merupakan seorang pekerja bengkel motor berkuasa tinggi yang terjumpa sejumlah wang yang besar dalam sebuah kereta..Bidin mengambil wang tu dan membeli sebuah motor berkuasa tinggi untuk sama sama dalam riding trip ke Thailand yang diketuai oleh Edie (Awie) dan bikers yang lain..


Di sini lah Bidin terpikat dan jatuh cinta pandang pertama bersama gadis siam yang bernama Saiya Sukaporn hahahhahaha..nama tak boleh blah betul..ada elemen muzikal dan lawak sepanjang teater ni berlangsung..memang kelakar oii..tergedik gedik betul la si Zizan tu..eh Awie tu pun boleh tahan lawak ok..gandingan diaorang berdua memang menjadi la..


Saiya Sukaporn tu berkerja di kelab I Take Care U Dance Club..kelab ni kepunyaan ketua samseng yang bernama Kutat Meliwat hahahahaha..adoiii nama Kutat Meliwat tu jer dah buat orang terbahak bahak...Bidin memang berusaha keras nak memenangi hati Saiya sampai dia tak perasan sebenarnya dia dah terperangakap dengan sindiket yang menggunakan gadis siam tempatan untuk menjerat bikers yang datang bagi meraih simpati dan mendapatkan sejumlah wang untuk melepaskan mangsa dari genggaman sindiket..


Maka terjebaklah Bidin dengan perangkap tersebut..Edie yang merupakan kawan baik kepada Bidin telah memajak motor kesayangannya untuk memberikan duit tersebut kepada Bidin supaya Bidin dapat menebus Saiya..kegiatan ni terbongkar bila melihat Saiya bercengkerama bersama riders lain..tapi masa ni dah terlambat, Bidin telah ditangkap oleh geng samseng tadi..dan masa ni lah muncul bikers pink yang dikenali sebagai Nora Zain dan juga pasukan SWAT..masa ni stail ooo pasukan SWAT tu masuk..nak tahu apa kesudahan nasib Bidin dan Edie? korang kena la tengok!


Kak fink bagi 4.5 daripada 5 bintang untuk Teater Bikers Kental ni..kalau korang stress..sila pergi tengok..mesti terubat stress korang tu..korang memang tak kan berhenti gelak ya..Zizan tu dari mula sampai habis show memang lawak dan gedik sesajer..dia memang spontan..Awie pun kelakar..siap ada nyanyi nyanyi dengan penonton..untunglah saper duduk kerusi tepi hukhuk..gamat panggung! Meh nak belanja sikit video antara babak yang ada dalam Teater Bikers Kental..




Thank you adik kaw Pojie sudi ajak kak fink kehpam iyer tengok teater sama sama malam tu..siap terduduk dengan tulang rusuk bergetar dia yang cantik itu hahahahaha..auwww sangatt...Tenkiu Projek Travel..nanti kalau ada teater lagi jangan lupa ajak eh..kak fink suka! korang yang nak tengok, ada masa lagi tau..sampai 31 Januari 2016 ni di Istana Budaya..details seperti di bawah ya:


Teater Bikers Kental
Tarikh: 23 - 31 Januari 2016
Tiket: RM45, RM65, RM95, RM125, RM155. RM185 dan RM305
Pembelian tiket: www.redtix.airasia.com

tak boleh move on dengan lagu siam Kalok Kalok tu..adoi teringat hahaha..
lagi lagi perempuan yang joget lagu tu dekat tiang..terus berderai ketawa!



You Might Also Like

7 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. bestnyaaaa meriah gittewww...mesti kak fink dok joget2 kat dapur ni heheheh

    ReplyDelete
  2. Happenning giler korang layan teater yer! Haha..

    ReplyDelete
  3. amboihhh cantik gambo2 akk kak :D tegar walau di laser! HAHAHHAA btw mmg best gandingan ZIZAN dan AWIE sgt sgt menjadi, wajib tonton!!! lg2 siapa yg rasa nk dgr Awie nyanyi live harr boleh la pergi kan sedap giler kot (Awie's die hard fan is here! lol) best lepak sekali akk kehpam ida n k.rara happening, till then ok :)

    ReplyDelete
  4. Kalau dengan Zizan memang tak kering gusi gelak Fink..
    Lama dah akak tak tengok teater..

    ReplyDelete
  5. huhuh jeles nya tak dapat join tengok Bikers Kental..huwaa nampak best huhu

    ReplyDelete
  6. alamak.. salah jejak pulak sini.. nyesal jejak, tiba2 jeles sebab tak p tengok kat IB :(

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!