Followers

The Coffe Bean & Tea Leaf: Menu Krismas Eksklusif dan Hidangan GingerBread Man oleh Chef Johnny Loh bersama Bloggers

2:14:00 PM

Weekend kak fink minggu lepas memang menyeronokkan..dari Slide The City hiburkan keluarga..kak fink terus laju laju ke The Coffee Bean & Tea Leaf di TTDI Damansara untuk sama sama belajar nak buat GingerBread Man bersama Chef Johnny Loh..eh first time ni nak cuba..dah la memang aku ni hantu kopi..dapat pergi tempat kopi harus lahhhh suka..jom kak fink share sekitar event berlangsung..


Sampai sampai jer hari tu..aku order Toffee Nut Ice Blended..sedappppnyerrrr...seriously aku tak ambil masa yang lama pun nak habiskan air tu hahahaha..memang sedappp! eh ni baru first round..belum second round coffee..yang second round aku pilih Double Choc Peppermint Ice Blended.. pun sedap juga..rasa mint masa kita minum tu..memang segar terus lepas rasa Double Choc Peppermint tu..memang melegakan tekak..


Baking class bersama Chef Johnny Loh telahpun bermula..dibantu oleh blogger kak ayu untuk buat Gingerbread Man..ingatkan kak ayu sorang je boleh cuba buat Gingerbread man ni tapi semua bloggers diberi peluang untuk deco deco..masa ni memang fun sangat..tak sangka kreatif juga diaorang...tapi aku punyer kenapa ntah macam Gingerbread man version halloween hahahahaha..terlebih kreatif agaknya..


Ini lah doh yang dihasilkan oleh kak ayu..wahh hebat..first time cuba dah jadi kan kak hahahahaha.. lepas ni boleh buka cafe kak..selepas dibentuk menjadi Gingerbread man, kami dah boleh start deko ikut cara masing masing..masa ni lah boleh start tunjuk skill masing masing..kreatif ke tidak..tapi ramai juga bloggers yang hadir hari tu semua pun kreatif kreatif..


Taraaaaa..ni lah hasil Gingerbread man kak fink..tenkiu adik kepam ayer Sizzling Suzai sudi ajak kakak kepam iyer kopi sama sama..dengan suzai ni kalau tak gelak memang tak sah..mungkin kiteorang jenis kelam kabut tu sama jer..so kalau jumpa ada jer nak digelakkan..fashion bloggers ni uols..saper nak kenal kenal pi lah terjah blog suzai hahahaha..eh kenal kenal jer..nak lebih kenal jumpa mama eton dulu..tetiba!


Meh sini kak fink perkenalkan menu menu esklusif yang disajikan sempena krismas yang berlandaskan idea keriangan..so bila korang lepak lepak kopi kopi di The Coffee Bean & Tea Leaf boleh la order..menu menu ni berbeza dari musim lain kerana ia ditambah dengan aroma tradisional dari negara negara eropah tau..bukan makanan ni jer tapi air pun korang boleh cuba menu baru seperti Toffee Nut Ice Blended dan Double Choc Peppermint Ice Blended yang kak fink cuba di atas..Red Velvet Hot Cocoa pun ada juga..so korang boleh cuba..air tu warna merah tapi rasa dia chocolate..

Christmas Suprise Sampler

Christmas Cookies dan Jolly Breadman

Sugar N' Chai Cheesecake

German Stollen

Classic Christmas Log (palinggggggggggg kak fink suka!)


Thank you The Coffee Bean & Tea Leaf for having us..dapat bawa balik Gingerbread man yang kami buat..yayyyy..kak fink siap bawa balik untuk hulubalang cuba..yang Classic Christmas Log tu memang sedap..kena dengan tekak aku..tak loya sangat masa makan..korang cuba la nanti ya..cookies tu pun sedap juga..aku suka yang Chocolate Almond..banyak betul almond dalam cookies tu..

Disamping tu, setiap pembelian Tag Hadiah yang ada di The Coffee Bean & Tea Leaf, hasil jualannya akan didermakan kepada Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia..Systemic Lupus Erythematosus ni merupakan penyakit auto imun kronik yang tidak boleh diubati, di mana badan menghasilkan jumlah antibodi yang banyak sehingga memberi tindakbalas kepada tisu seseorang..


Antara bloggers yang hadir memeriahkan event di The Coffee Bean & Tea Leaf hari tu..ramai kan..meriah betul..thank you Chef Johnny sudi ajarkan kami buat Gingerbread man..sabar je chef ajak kitaorang yang amatur ni huhuhu..siap ada pertandingan tau hari tu..tapi disebabkan aku punyer macam Halloween Gingerbread Man..memang tak menang lah hahahahaha..takut pula chef nak pilih..untuk lebih lanjut tentatng promosi dan aktivti aktiviti lain dari The Coffee Bean & Tea Leaf korang boleh klik link di bawah ni:

Instagram: @coffeebeanmy

sampai sekarang terbayang bayang air Toffe Nut dan Double Choc Peppermint 
menepati citarasa untuk orang orang yang gilakan kopi macam kak fink ni..




You Might Also Like

6 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Best best. Dapat decorate gingerbread man sambil makan Kek Kek Christmas. :)

    ReplyDelete
  2. alalalalallalallalllalallalallalaaaaaaaaaaaaaaaaaaa syaaaaaaaaayang akk kepam selalu!!! jmp lg tau HAHAHHAA jenis kelibut bersama AHAHHAHAHHAAH

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!