Followers

Waste To Energy: Kebaikan Loji Waste to Energy berbanding Tapak Pelupusan Sampah yang dahulu

8:00:00 AM

Kalau sebelum ni kak fink dah kongsikan dengan korang cara kita asingkan sampah dari rumah supaya dari sampah tu kita mampu untuk lakukan kitar semula kan..inilah tanggungjawab kita untuk anak cucu kita pada masa akan datang..segalanya harus bermula dari rumah..tapi pernah tak korang terfikir dari sampah yang kita buat tu, mampu kita hasilkan tenaga daripadanya?

gambar ehsan google

Waste to Energy ni merupakan satu loji yang menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam yang merawat segala sisa yang dibuang tadi untuk menghasilkan tenaga seperti elektrik, haba dan bahan api kenderaan seperti diesel..ok tak pe, kalau korang tak faham atau masih pening pening..meh kak fink kongsikan satu video yang menjelaskan sejelas jelasnya tentang Waste to Energy ni..



Dah banyak negara yang mengamalkan Waste to Energy ni..antaranya di Osaka, Tokyo, Jerman, Denmark, Singapura dan juga Austria..kalau dilihat negara negara ni mereka membina loji Waste to Energy ni di tengah tengah bandar..bila tengok balik gambar, eh macam tak percaya tu sebenarnya loji Waste to Energy kan..ingatkan bangunan biasa jer..paling banyak adalah di Jepun..



Ini pula antara kebaikan Loji Waste to Energy berbanding dengan Tapak Pelupusan Sampah:
  • Loji merupakan kaedah rawatan bukan sekadar tapak pelupusan sampah yang terakhir
  • Dapat mengurangkan pencemaran bau
  • Mampu mengurangkan sisa yang akan dihantar ke tapak pelupusan sehingga 85% dan membantu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan yang sedia ada selain mengurangkan persaingan guna tanah
  • Proses penguraian melalui proses rawatan adalah lebih cepat 
  • Air larut resap yang dihasilkan lebih sedikit berbanding dengan tapak pelupusan sampah
  • Tiada penghasilan gas metana yang boleh menyumbang kepada pemanasan global
  • Kadar penghasilan Renewable Energy lebih tinggi dan janaan sisa boleh diperolehi lebih cepat
  • Bekas tapak boleh diguna semula untuk pelbagai tujuan

Di bawah ni ada 4 Loji Termal yang ada di Malaysia yang mampu menampung sampah mengikut kapasiti setiap loji pada setiap hari..setakat ni paling besar adalah di Pulang Langkawi yang mampu menampung sebanyak 100 tan sehari..diikuti dengan Cameron Highland sebanyak 40 tan sehari..seterusnya Pulang Pangkor pula mampu menampung sebanyak 20 tan sehari dan yang terakhir adalah di Pulau Tioman yang mampu menampung sebanyak 15 tan sehari..


Antara lokasi cadangan tapak projek bagi pembinaan loji Waste to Energy iaitu antaranya di Taman Beringin Kuala Lumpur, Bukit Payung Johor dan Sungai Udang Melaka..kenapa tempat tempat ni di pilih? Ini kerana kajian kesesuaian telah dibuat dari segi keluasan tapak serta kaedah dan teknik yang sesuai untuk menyediakan tapak bagi membina loji tersebut..




Kalau negara luar mampu membina Loji Waste to Energy ini untuk kebaikan dan kegunaan masyarakat setempat, Malaysia juga mampu kan..yang penting ianya tidak membahayakan kesihatan penduduk setempat di kawasan loji tersebut dibina. Pastinya akan ada piawaian dan akta yang perlu dipatuhi untuk menjayakan misi Waste to Energy..


Memandangkan peningkatan sisa pepejal yang kian naik secara mendadak, maka nya perlu ada satu loji yang dibina untuk merawat sisa sisa pepejal ni dan ditukar menjadi bahan tenaga yang selamat untuk masyarakat setempat mendapat faedah daripadanya..moga setiap langkah yang diambil, kesemuanya akan mendapat manfaatnya..bukan sahaja untuk pada masa kini tapi juga manfaat itu dapat diteruskan pada masa akan datang..yang penting sistem pelupusan sampah menjadi lebih sistematik, bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar..

bila tengok video di atas tu, baru jelas apa itu Waste to Energy yang sebenarnya..



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!