Followers

Zakat lebih mudah secara Online dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP)

6:00:00 AM

Hari ni kak fink nak share dengan korang tentang zakat..eh sebenarnya juga perkongsian untuk diri sendiri juga..apa tu zakat sebenarnya? zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu kepada asnaf yang berhak dengan syarat tertentu..dan ianya terbahagi kepada dua iaitu:
1. Zakat Fitrah
2. Zakat Harta:
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Emas & Perak
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Pertanian
  • Zakat Ternakan 
  • Zakat Wang Simpanan
خُذْ مِنْ أَمْوَلِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُ هُمْ وَ تُزَ كِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيهِمْ إنَّ صَلَوتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمُ.
“Ambillah  sebahagian harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak buruk) dan doalah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha mendengar lagi maha mengetahui. 
(at-Taubah: 103)

Ke mana wang wang zakat ni diagihkan? ada 8 asnaf zakat yang akan disalurkan bantuan zakat ni..golongan ini terdiri daripada:
  • Asnaf Fakir
  • Asnaf Miskin
  • Asnaf Amil
  • Asnaf Muallaf
  • Asnaf Riqab
  • Asnaf Gharimin
  • Asnaf Fisabilillah
  • Asnaf Ibnu Sabil
Dekat bawah ni kak fink kongsikan jenis jenis skim bantuan zakat yang ditawarkan oleh Pusat Pungutan Zakat untuk korang rujuk dengan lebih jelas..ada dalam 28 jenis skim yang diberikan untuk mereka yang memerlukan:





Bagaimana kita nak bayar dan buat semakan zakat? jangan risau..sekarang ni dah mudah dah korang..pelbagai kemudahahan telah disediakan seiring dengan kecanggihan yang ada pada zaman modern ni..sekarang ni semua klik klik jer korang dah boleh dapat info kan..antaranya bayaran dan semakan zakat boleh dilakukan melalui:

1. Website: www.zakat.com.my


2. Aplikasi iZakat di Play Store


3. Kaunter kaunter PPZ MAIWP
  • Wisma PPZ Taman Shamelin
  • Bangunan Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2, Kampung Bharu
  • Masjid Negara, Jalan Perdana Kuala Lumpur
  • Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
  • Presint 9 Putrajaya
  • Presint Diplomatik, Putrajaya
  • Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail
  • Masjid Abdul Rahman B Auf Jalan Puchong
  • Masjid Imam Al Ghazali Kepong
  • UTC Pudu Sentral
  • Labuan Time Square

 4. Pembayaran online melalui perbankan internet yang dilantik:
  •  www.maybank2u.com.my
  • www.rhb.com.my
  • www.bankislam.com.my
  • www.cimbclicks.com.my
  • www.ambg.com.my
  • www.hsbc.com.my
  • www.publicbank.com.my
  • www.standardchartered.com.my
  • www.irakyat.com.my
  • www.ocbc.com.my
  • www.affinonline.com.my
  • www.hlisbc.com.my
  • www.kfh.com.my
 5. Skim Thohir
  • pemotongan zakat secara bulanan yang diselaraskan dengan potongan cukai berjadual (PCB) yang akan dipaparkan di slip gaji pada setiap bulan.
6. Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ MAIWP
  • terdapat 2 buah van yang bergerak sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk korang buat semakan dan bayaran zakat.

Untuk pengetahuan semua, pihak PPZ MAIWP dan juga Baitumal MAIWP telah sedaya upaya menggalas amanah yang diberi dalam menerima wang zakat dan mengagihkannya kepada pihak yang layak menerimanya mengikut prosedur yang sistematik dan memastikan wang zakat yang diamanahkan tidak disalah gunakan...selain itu, sebenarnya pihak PPZ MAIWP hanya bertanggungjawab mengutip zakat untuk sekitar Wilayah Persekutuan sahaja bukan untuk seluruh Malaysia seperti yang kebanyakkan orang faham..


Sekarang ni tengah berlangsung Kempen Zakat Online sempena Maulidur Rasul sehingga lah 31 Disember 2015 yang berakhir pada jam 9 malam.. dalam pada korang berzakat, ada hadiah ditawarkan..kiranya macam saguhati atau cenderahati untuk korang yang sokong kempen ni..tinggal lebih kurang seminggu jer lagi untuk tamat nya kempen Zakat Online ni..


untuk lebih lanjut korang boleh rujuk link yang kak fink dah senaraikan di bawah ni ya:
Website Pusat Pungutan Zakat: www.zakat.com.my
Website MAIWP (Agihan Zakat) : www.maiwp.gov.my

Facebook PPZ MAIWP: www.facebook.com/myzakat
Facebook Baitumal MAIWP: www.facebook.com/baitulmal.wp

Pusat Panggilan PPZ MAIWP: 1-300-88-5757
Pusat Panggilan Baitulmal MAIWP: 1-800-88-5222

jom kita sokong kempen zakat secara online..memudahkan semua pihak ;)



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!