Followers

Dtox Car Service Wangsa Walk: Servis pada harga serendah RM88, bersih dan cepat!

1:40:00 PM

Hari ni kak fink nak share dekat mana nak servis kereta dengan harga yang berpatutan..aku tunjuk husband harga ni dekat dia..dia cakap murah..dalam keadaan ekonomi yang agak menyakitkan ni semua benda mahal kan..semua benda menyakitkan hati bab nak keluarkan duit..betul tak? haihh termasuklah bab nak servis kereta..servis kereta bukan boleh puluh puluh ringgit tapi nak juga ratus ratus kan..


Dan hari tu kak fink berpeluang servis kereta di Dtox Car Service..yang bestnyer yang ni aku cuba di cawangan terbarunya di Wangsa Walk..yer betul betul dalam shopping mall tu..dekat luar tu jer..berdepan kawasan parking tu..yang cawangan Wangsa Walk ni bukan drive-thru concept macam di Petaling Jaya..yang ni korang kena turun dari kereta dan servis macam biasa ok..


DTox Car Service ada 2 cawangan..satu lagi di Petaling Jaya..yang tu memang drive-thru jer..ambil masa hanya lebih kurang 10-15 minit untuk 1 kereta..yang dekat Wangsa Walk ni pun tak lama, ambil masa dalam 20-30 minit jer..serius aku suka..dah la tempat bersih..kalau korang tak nak tunggu dekat situ, letak jer kereta dan boleh masuk dalam shopping and coffee..gituuu...selesa sangat kan..


Bermula dari pakej yang berharga RM88, RM168 dan RM268..pilih je korang nak yang mana..macam aku hari tu, aku pilih yang RM168 dan add on RM30 untuk servis tambahan yang lain..tak nak tambah pun tak pe, ikut bajet korang ya..tapi macam aku hari tu aku tambah yang RM30..dah alang alang nak servis..buat la semua sekali..senang kan!


Oh ya pakej di atas ni dah termasuk Labour charge tau..dan dekat sini korang boleh pilih 3 jenis minyak..ada Shell, Liqui Moly dan Castrol..kalau tak tahu nak pilih yang mana..bagitahu jer pada staff dia..nanti staff dia akan tanya biasanya guna minyak mana? dah berapa lama guna kereta tu? so dari situ diaorang akan suggestkan mana yang terbaik untuk kereta korang..macam aku, aku refer husband aku jer hahahahaha..dia yang lebih lebihnya..kami pilih minyak Liqui Moly..sama jer harga ya..tak de tambahan harga untuk ketiga tiga minyak tu..


Aku suka sangat staff dia buat kerja..pertama sebab staff tu mesra alam hahahaha..tak sempat tanya nama dia..tapi dia memang baik..layan jer segala pertanyaan aku hari tu..maklum orang perempuan macam aku ni, pandai bawa kereta jer..masalah kereta tak nak amik tahu hahahahahaha..eh ke korang bagus..aku je jenis malas fikir kot sebab tahu husband ada kan..biar dia fikir hahahahaha tapi sesejak dia kerja jauh ni, kenalah fikir juga..at least yang basic kita tahu kan..



Major service pun ada ya..ikut model kereta korang jenis model yang mana sebab harga tak sama..sama juga untuk Major Service ni, Labour Charge dah termasuk sekali..kalau ditanya pengalaman aku yang dah buat servis di Dtox Car Service, aku memang puas hati dari segi layanan, kebersihan, harga dan juga waktu servis tu sendiri..korang kalau nak cuba, pergilah di mana mana cawangan mereka sama ada di Wangsa Walk ataupun Petaling Jaya..

Dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga 7 malam untuk hari bekerja..manakala pada hari Sabtu dan Ahad dibuka pada jam 8 pagi hingga 6 petang..so tak perlu cuti untuk nak servis kereta lepas ni hehehehe..senang kan..sebab aku paham ada sesetengah orang nak servis kereta terpaksa amik cuti sebab kedai tak buka sangat terutamanya pada hari Ahad..kalau buka pun mesti separuh hari jer kan..segala details korang boleh refer link di bawah ni ya:


Website: www.dtox.com.my

Alamat Cawangan Petaling Jaya:
No.2 Lorong 8/1D, Jalan Sultan, Seksyen 8 Petaling Jaya

Alamat Cawangan Wangsa Walk:
Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Telefon: 018-628 3869

Waktu urusniaga:
Isnin - Jumaat: 9 pagi - 7 malam
Sabtu Ahad: 8 pagi - 6 petang

lepas ni akan repeat servis di Dtox lagi sekali..boss and staff peramah sangat!
aku nak request staff yang sama yang servis hari tu hahahaha..baik sangat dia..

You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. ingat kita je kene detox! kete pon!! okay nnati pergiii. rm88 je.. pergi time gaji laa HHAHAHHHA

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!