Followers

Festival Konsert Video Games Live (VGL) di Stadium Negara pada 27 Februari 2016..Jom Pergi!

3:59:00 PM

Korang peminat video games tak? Pernah dengar tentang Festival Konsert Video Games Live (VGL)? Video Games Live ni adalah satu siri konsert yang dicipta dan dihasilkan oleh Tammy Tallarico dan Jack Wall..Konsert ini terdiri daripada segmen muzik permainan video yang dilakukan oleh orkestra dengan rakaman video seiring dengan pencahayaan lampu dan kesan bunyi sebagai satu interaktif segmen untuk pengunjung yang hadir nanti..


Festival konsert VGL ini akan di adakan di Malaysia iaitu bertempat di Stadium Negara pada 27 Februari 2016..Festival konsert VGL ini mempunyai muzik daripada permainan video dari semua era. Antaranya permainan video Final Fantasy, World of Warcraft, Sonic the Hedgehog, The Legend of Zelda, Kingdom Hearts, dan Metal Gear Solid..


Untuk pengetahuan korang, Festival ni bermula pada jam 12 tengah hari lagi..konsert je start pukul 8 malam tau..tapi korang boleh datang awal untuk enjoy makanan yang ada di food trucks yang di sediakan..ada macam macam..ada menu western, mexican, itallian, barbecued meats, juices, bubble tea, ice cream dan semuaaa yang korang teringinnnnn tu..masuk percuma je untuk menikmati makanan ni semua..waroeng penyet pun ada tauuuu!



Selain tu juga ada Flea Market yang menjual macam macam seperti aksesori dan permainan.. ada clowns dan face painting untuk anak anak korang join dan enjoy di sana ya..sebenarnya banyakkkk sangat nak cakap..ada cosplay, ada pacman..ada mainan video yang disediakan..untuk pencinta gitar, korang boleh cuba Guitar Hero..boleh cuba skill petik gitar korang nanti..


Untuk yang nak beli tiket bagi menyaksikan konsert Video Games Live, senang jer..korang tak perlu beratur dan menunggu lama untuk mendapatkan tiket..11 pass 11 membuat semudah mungkin dengan pembelian tiket secara online..selain tu ada satu feauture dari 11 pass 11 yang korang boleh hadiahkan pass atau tiket yang dibeli tadi kepada pemegang berdaftar 11 pass 11 juga tanpa sebarang bayaran!



Korang boleh beli tiket secara online selewatnya khamis 25 februari 2016 ni di www.11pass11.com ataupun nak beli di kaunter yang disediakan pada hari festival nanti iaitu pada 27 februari 2016..tapi secara tunai je ya kalau beli di Stadium Negara..Untuk sesiapa yang nak join VGL After Party pun boleh tapi hanya untuk 18 tahun ke atas sahaja..kanak kanak tak dibenarkan..yang konsert VGL tu budak budak boleh masuk..kak fink pun bawa abg long dan abg ngah hihi..jumpa sanaaaa tauuu..



Nah kak fink kongsikan sedutan video Video Games Live tahun 2015 untuk korang yang tak berapa faham apa sebenarnya VGL ni..mana tahu ada kaki games dekat sini kan..boleh lah korang berpeluang main games yang korang suka sebelum konsert bermula di khemah khemah yang disediakan dan lihat sendiri secara langsung depan mata permainan video yang korang main selama ni..


Lokasi: Stadium Negara Kuala Lumpur
Tarikh: 27 Februari 2016 (Sabtu)
Waktu Festival: 12 Tengahari
Waktu Konsert: 8 malam


Abg long dan Abg Ngah dah tak sabar nak tengok permainan video secara live
jumpa sana.....cepat tau beli tiket..sampai esok je untuk E-Ticket!


You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!