Followers

[Video] Chiba Sweet Potato: Keledek yang manis, enak dan lembut dari Jepun

8:28:00 AM

Saper dekat sini suka makan keledek? Favourite food aku juga keledek ni..terutamanya kalau keledek tu manis dan lembut kan..tak boleh stop untuk kunyah..Dan baru baru ni kak fink berkesempatan cuba keledek Chiba Sweet Potato dari Jepun..Kawan kawan ramai cakap sedap keledek ni..So kena lah cuba kan..Terus aku ke Bangsar Village berhadapan dengan Village Grocer ada satu kiosk Chiba Sweet Potato di situ..All the way from Japan ya..


Masa aku sampai sini..terus aku tanya promoter tu kenapa letak nama keledek ni Chiba Sweet Potato? Rupanya Chiba tu salah satu daerah yang ada di Jepun yang menanam sweet potato ni..Sebab tu lah nama keledek ni Chiba Sweet Potato..Macam maskot yang diberi nama Chiba-Kun ni juga di inspirasi daripada gambaran daerah Chiba itu sendiri..Sama kan?


Untuk pengetahuan korang, rasa Chiba Sweet Potato ni memang sangat manis..cuma perlu bakar atau steam dan dah boleh di makan..Tapi mengikut promoternya, kalau nak lagi sedap..korang bakar je sweet potato tu..Sebab bakar lebih sedap berbanding steam..Kalau korang beli nanti nampak bintik bintik hitam di kulit Chiba Sweet Potato tu jangan pelik pula tau..


Tanda hitam tu bermaksud keledek tu manis..Sweet like honey gituuu..Ni tips untuk memilih Chiba Sweet Potato..Kulit keledek tu sendiri korang boleh makan tanpa perlu dibuang..Ok meh kak fink kongsikan cara penyedian Chiba Sweet Potato:

1. Basuh keledek dan balutkan dengan aluminium foil
2. Bakar pada suhu 200'C dalam jangka masa 40-50 minit
3. Cucuk kan isi keledek tadi terlebih dahulu
4. Sekiranya dah lembut, korang dah boleh menikmati kemanisan Chiba Sweet Potato tu


Memang ada beza dengan keledek keluaran negara kita..Dari segi manis tu korang kena cuba..Untuk aku, keledek ni memang dah kaya dengan serat kan..So kalau bosan bosan tak tahu nak makan apa selain nasi..kita bakar jer Chiba Sweet Potato..Makan dengan Ice Cream memang gabungan yang hebat ni..Tak percaya? Cepat cari dan cuba ok..Ini pun dah mampu buat perut korang kenyang..Harga pun tak mahal..Belas belas ringgit jer..satu pek tu bersamaan dengan berat 1 kilogram.


Isi Chiba Sweet Potato ni memang kuning betul..Meh kak fink kongsikan video berkenaan dengan Chiba Sweet Potato ni..Lepas tengok video ni mesti korang pun rasa nak makan juga..sebab memang sedap..Memang tak cukup makan 1 jer..Mesti nak makan dan makan lagi..Aku tengok video ni pun rasa nak beli lagi hahahaha..



Korang boleh dapatkan Chiba Sweet Potato ni di Village Grocer dalam Bangsar Village 1..So far dekat situ jer yang aku tahu dekat mana boleh beli Chiba Sweet Potato ni..Tak pasti tempat lain ada ke tak..Selamat mencuba korang..InsyaAllah puas hati..Sesuai sangat untuk dijadikan kudapan dan snek yang mengenyangkan..Benda sedap kenalah dikongsi kan..


Chiba Sweet Potato juga amat sesuai untuk kecantikan kita ya
sebab ianya mempunyai vitamin, potassium dan serat yang diperlukan badan ;)



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. tak kuatnya kite tengok Sweet Potato tu kak. hehe

    ReplyDelete
  2. Huaaaa fav ena sweet potato niii... Must cuba tru test suatu hari nanti

    ReplyDelete
  3. Memang sedap..selalu bakar kentang kuning tu..lembut je

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!