Followers

Peaceyall.FM: Majlis sidang akhbar Dato Ac Mizal untuk Karnival Peaceyall, Aplikasi DAC Peaceyall dan Skoolastik daripada Kartunis Ubi

9:38:00 AM

Kak fink berbesar hati dapat turut serta dalam majlis sidang akhbar yang dianjurkan oleh Dato Ac Mizal di Hotel Pullman Putrajaya baru baru ni..sidang akhbar kali ni memang berbeza dengan sidang akhbar yang pernah kak fink pergi sebelum ni sebab asyik la gelak sepanjang duduk di sana..Dato Ac Mizal tu spontan sampai korang tak kan jangka apa yang dia nak cakap..asal dia buka mulut jer..mesti semua yang ada dekat situ gelak..padahal dia tak plan pun..muka selamba tapi kelakar hahaha..


Santai sangat sampai terconfuse ni sidang akhbar ke ataupun sesi berjumpa peminat hahahaha..sidang akhbar ni diadakan untuk 3 projek di bawah kelolaan Dato Ac Mizal sendiri iaitu:
1. Majlis sidang akhbar dan Pelancaran "Karnival PeaceYall"
2. Majlis pelancaran permainan applikasi "DAC PeaceYall" oleh Dato Ac Mizal
3. Pelancaran Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi


Ok kak fink kongsi dengan korang satu satu ya..baru jelas gitu kan..macam yang sedia maklum, Dato Ac Mizal merupakan pemilik kepada radio online berkonsepkan radio interaktif pertama di Malaysia iaitu Peaceyall.FM..satu satunya artis yang buat konsep radio interaktif ni..sebab sekarang ni ramai orang menghabiskan masa dengan social media kan..sambil sambil update facebook dah boleh dengar lagu pilihan..itu bezanya Peaceyall.FM..tak perlu radio..tak de frekuensi untuk korang cari siaran..so jangan tanya apa nombor frekuensi dia..masuk website jer!


1. Majlis sidang akhbar dan Pelancaran "Karnival PeaceYall"
Bersempena itu juga, Dato Ac Mizal akan mengadakan satu karnival secara besar besaran untuk  mempromosikan dan meraikan peminat peminat setia yang sentiasa menyokong stesen Peaceyall.FM diseluruh Malaysia..Karnival Peaceyall ini akan bermula di Melaka pada 2 hingga 3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh Melaka..hohemjii kampung kak fink tuuuu korang..hello orang Melakaaaaaaa..korang dah ready ke? Mark your calendar ok!


Kemudian karnival ini akan diteruskan ke Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di Kuala Lumpur..Yang buat aku tertarik masa sidang media ni kan..Dato Ac Mizal cakap, di Peaceyall.FM kita pasang lagu yang pendengar minta..yang pendengar suka..bukan lagu yang kita suka..bukan syok syok sendiri..pendengar request, kita pasang..atototo tenkiuuu Dato Ac sebab memahami hati pendengar macam kak fink ni..korang nak dengar juga? klik Peaceyall.FM

Itu cara Peaceyall.FM menghargai pendengar dan peminat mereka..dan bersempena karnival ini juga,  Dato Ac Mizal akan membawa lebih dari 150 orang usahawan yang juga terdiri daripada artis dan selebriti untuk sama sama memeriahkan karnival dengan jualan produk mereka pada harga yang berpatutan...Amacammmm? Suka ke tidak? Ok sabar tau..April dah tak lama jer lagi ni..


Dengan kerjasama daripada OMGFest Adventures pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di sana nanti..Banyak sebenarnya kalau nak bagitahu korang tapi kak fink kongsikan sikit..Bagi korang teruja teruja dulu..antaranya adalah:
1. Ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM
2. Permainan kanak kanak
3. Persembahan menarik daripada VJ dan selebriti..Dato' Ac pun perform
4. Lucky Draw lebih daripada RM10,000!
5. Kemuncaknya haruslah ada konsert



Untuk sesiapa yang berminat nak jadi antara usahawan usahawan di Karnival Peaceyall ni..boleh hubungi:
1. Talian: +6011-2626 1656 (Daz) ataupun +6019-279 6275 (Lieza)
2. Email: karnivalpeaceyall@gmail.com
3. Website: Peaceyall.FM atau OMGFest2014

2. Majlis pelancaran permainan applikasi "DAC PeaceYall" oleh Dato Ac Mizal
Ok itu tentang Karnival Peaceyall..sekarang ni kak fink nak kongsikan berita baik untuk korang yang memang kaki games ataupun yang suka menang hadiah tu..pernah dengar tentang aplikasi permainan yang dinamakan "DAC Peaceyall"? Kalau tak tahu, meh sini nak share dengan korang semua sekarang..

Bezanya applikasi ni bukan setakat boleh main game tapi mampu juga menang hadiah misteri dari Dato Ac Mizal, boleh terus dengar lagu di Peaceyall.FM, boleh dapatkan produk produk keluaran Dato Ac Mizal antaranya perfume terbaru beliau DAC dan DER dan juga boleh mengetahui aktiviti serta perkembangan terkini tentang Dato Ac Mizal..


Kak fink tunjukkan step by step ya:
1. Google Play Store: Search DAC Peaceyall
2. Dia akan keluar gambar di bawah ni dan klik INSTALL


3. Mula dengan tekan butang PLAY!


Kak fink tak sabar nak tahu hadiah misteriiiiiii tuuuu...apa agaknya Dato Ac Mizal nak bagi..adakah kereta? adakah pakej percutian? adakah tiket untuk setiap rancangan yang dihoskan Dato Ac? adakah majlis majlis eksklusif anjuran Dato Ac atau adakah tajaan minyak wangi selama setahun tanpa skip hahahahahahaha..Nak tahu? Cecepat download DAC Peaceyall..Main dengan penuh rasa tak sabar nak menang hadiah misteri dari Dato Ac ok..Kak fink dah start main dah tapi asal asyik tak cukup nyawa ni..hahahaha hadoi..korang join lah main sekali..mana tau korang pemenang hadiah misteri itu


3. Pelancaran Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi
Dan yang ketiganya adalah Majlis Perlancaran Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi..Kalau korang ni peminat komik Ujang satu ketika dahulu yang mempunyai ribuannnnnnnnnnn pengikutnya.. Antaranya termasuklah aku yang memang suka baca komik Ujang..Zaman dulu, komik adalah peneman setia ketika duduk di asrama ya..spesis suka baca ulang ulang tanpa jemu tu aku..

Kali ni Kartunis Ubi yang popular dengan komik Budak Hostel, Aku, Dia dan Wolkswagen kembali dengan karya terbaru beliau iaitu "Skoolastik"..Legend ni oiii..Korang kena dapatkan satu naskah, buat hilang rindu orang cakap..Bukan senang Kartunis Ubi nak buat come-back camni kan..Komik ni ada 100 muka surat dan mengambil masa selama 8 tahun untuk dihasilkan dengan penuh teliti agar dapat menepati citarasa pembaca dulu dan juga sekarang..


Apa yang aku boleh kongsikan..rugi kalau tak beli..sebab kak fink dah ada 1 komik Skoolastik daripada Kartunis Ubi..Komik ni menceritakan kisah 3 orang rakan karib iaitu Khari, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah..Komik ni penuh dengan kisah lucu, nasihat dan tauladan serta pelbagai cabaran yang terpaksa mereka lalui..Yang pastinya korang akan berdekah dekah dan tidak kering gusi nanti!


Harga: RM19.90
Belian secara online: www.kedai.kartunisubi.com
Kedai buku seluruh Malaysia: Jualan bermula 20 Februari 2016
Instagram: @kartunisubi

So korang tunggu apa lagi..segala info kak fink dah kongsikan secara terperinci dekat atas..Karnival Peaceyall, Applikasi DAC Peaceyall dan juga Komik Skoolastik dari Kartunis Ubi pun dah diterangkan macam mana nak beli..bila tarikh karnival..apa nama apps..Semua dah! Korang tinggal nak mark your calendar untuk Karnival Peaceyall, Download DAC Peaceyall di Google Play Store dan menang hadiah misteri dari Dato Ac Mizal dan juga beli komik Skoolastik untuk lepaskan rindu dengan karya Kartunis Ubi..

thanks halim jemput kak fink join sidang media hari tu..
thanks Dato sebab peramah dan sporting..tak sabar nak pergi karnivalllll..yayyy!




You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Macamana la cara nak dengar radio peaceyall.fm ni..ada baper kali try..tak dapat pun...

    ReplyDelete
  2. Ada no siaran channel dia tak? Nak dengar kat dalam kereta senang kalau ada no frequency dia.

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Macam best jeee.. Nak dengar jugakk... Wahh makin hebakkk dato Ac Mizal ni

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!