Followers

Green 24 Challenge: Tak sangka menang Grand Prize anjuran Projek Travel di Baskin Robbins!

9:55:00 AM

Korang ingat lagi tak kak fink ada buat entry tentang Green 24 Challenge baru ni..ok tak pe, saper yang tak tahu lagi..boleh klik entry Green 24 Challenge ni ya..seriously anak anak aku memang suka aktiviti luar ngemas ngemas camni..walaupun semua lelaki tapi aku tak de masalah nak paksa paksa diaorang berkemas apatah lagi menyepahkan rumah hahahahaha..itu lagi diaorang expert..tak perlu ajar..bab terbalikkan rumah memang handal 4 hulubalang ni..tapi kalau aktiviti outdoor memang diaorang suka..penat dah jadi isu nombor dua..janji seronok dapat bebas camtu..


Tapi tak sangka idea dan inisiatif kami terpilih untuk aktiviti Green 24 Challenge sebagai TOP 5 pada mulanya..dan semua pemenang dijemput untuk menghadiri satu majlis meraikan pemenang bersama team Projek Travel di Baskin Robbins Times Square dengan tema hijau malam tu..meh kak fink perkenalkan semua admin admin Projek Travel..dari kiri Pojie, Nuar, Khai, Madi..aiyok tak nampak muka Madi..matiklahh kena kecam nanti hahahahahahahaha..Mek Onie dan Dik Bee..


Tidak lupakan admin yang busy sangat amik video malam tu..abam potia..eh saper amik gambar saper ni..kofkofkof..dan yang comel tu ialah Poya..time nak amik gambar la telinga tu gatal ya poya hahahahhahaha...sabar je la..tapi gambar ni cute, maka nya akak kena upload juga di sini..sesado betul admin admin Projek Travel ni kan..eh terjilat pulak hahahahahaha..taip sambil gelak gelak..


Antara pemenang TOP 5 yang hadir pada malam tu...Neyra dan juga Rfan..asal nampak gambar ni macam happy family sangat korang ni..abg long tu dah tersalah mak pak ke apa ni nak hahahahahahaha..abg long memang jenis cepat mesra dengan orang..nak nak pula Rfan malam tu melayan je dia..lagi la berkepit duduk sebelah orang tu tak bergerak gerak..thanks Rfan melayan anak akak yang hati tisu tu..


Bebudak ni tengok ice cream cake dari Baskin Robbins dah tak sabar dah nak makan..haihh..kembar pun sama tak nak makan bersuap..kalau boleh nak makan sendiri..terlebih gula diaorang ni..nasib la malam kan..balik tu masuk jer kereta terus tido..kalau siang mesti melompat lompat agaknya bila dah makan manis manis ni hahahaha..



Tapi paling paling paling tak sangkaaaaaaaaa malam tu..bila Projek Travel announce nama pemenang grand prize tu aku..hohemmmjiiii...aku join memang niat untuk seronok dengan anak anak..sampai hari ni rasa terharu sebab tak sangka korang pilih kak fink sebagai pemenang utama..thanks korang..terkejut sampai terbagi ucapan pulak malam tu..kalau cemas dah datang..dia memang nak bercakap jer...hahahahahahaha


Aku memang cash RM100 + VIP pass TGV dari khai + jemputan makan malam ke anniversarry Projek Travel sabtu ni..alahh suwitt sangat tau..penuh kejutan betul malam tu..moga murah rezeki lagi korang..thanks sudi jemput makan makan Baskin Robbins malam tu..menang hadiah pulak..dapat tengok wayang lagi..eh dapat pergi dinner Projek Travel lagi..eh apa ni banyak sangat..kakak so touching! nah aku kongsikan video yang dirakam oleh abam Potia yang pemalu itu hahahaha..jemput tengok ya..boleh tengok muka terkejut aku dalam tu..


Instagram: @projektravel

terima kasih lagi sekali Projek Travel..korang cepat cepat follow diaorang..
mana tahu lepas ni rezeki korang pulak kan..




You Might Also Like

7 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. wow... best entry ni... sempoi... best baca... anyway thanks dan tahniah...

    psssssstttt... ensemnyer potia tu... kim salam kat dia ok... ekekekek

    ReplyDelete
  2. ehh kim salam kat khai..anak hikannn~ kekekeke...sweet sgt budak nyer! hahaha...

    ReplyDelete
  3. bestnya..tahniah kak fin :)

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!