Followers

Pizza Hut Cheesy Crown Blogger Party: Happening dan penuh dengan suasana Di Raja

2:55:00 PM

Hi korang..hari tu kak fink berpeluang join dan memeriahkan sekali lagi Blogger Party anjuran Pizza Hut Malaysia..eh memang aku akan sentiasa join party dari Pizza Hut..fun giler ok party diaorang..PR semua sporting..bloggers yang datang pun sporting..gelak sesajer..tenkiu Pizza Hut jemput kak fink..kali ni party untuk pizza terbaru dari Pizza Hut iaitu Pizza Cheesy Crown..


Yang bestnyer kan..party kali ni kami berpeluang jadi raja dan permaisuri miahahaha..siap ada props bagai ni..alololo dah la meja makan pun dihias penuh dengan props seperti santapan diraja..boleh fefeeling raja malam tu..bila lagi nak rasa kan..abg long bukan main seronok sebab dapat ikut mama join party ni..sebelum ni aku tak pernah pun bawa dia..


Mak pun tak lepas peluang pakai baju raja tu hahahaha..siap crown lagi..hadooo? tapi baju tak leh kancing hahahahahaha..eh oncittt sangat ke perut kita wak..haihhh tak pe la jangan paksa kak fink..kang koyak baju orang..dah boleh sarung tu pun dah seribu syukur ya LOLLL...janji boleh pakai crown sambil posing dengan Pizza Cheesy Crown..


Taraaaaaa..ini lah Pizza Cheesy Crown yang baru tu..sedapppppp...ni jujur...kalau korang peminat cheese..korang kena cubaaa! sebab pizza ni kaya dengan parmesan dan cheddar..dah la ada isi ketam yang gemok atas tu..memang cukup sifat Pizza Cheesy Crown untuk orang orang yang suka cheese..aku dah repeat 2 kali makan pizza ni..


Masa Blogger Party tu...bukan saja pizza yang disajikan tapi juga menu menu lain dari Pizza Hut turut dihidangkan..ya Allah kenyang betul time balik tu..bestnya kalau join party dari Pizza Hut ni diaorang tak kedekut hahahahahaha..makan lah selagi ko mampu..air pun aku tak mampu nak sedut dah ok sebab terlampau kenyang..



Thanks sangat untuk adik ni yang sudi melayan kiteorang hari tu..baik hati sangat dia..eh siap tolong suapkan kembar hahahahahaha..nanti naik gaji eh dik..kalau korang nak tahu, Pizza Cheesy Crown ni bentuk LOVE..sweet sangat kan..so kalau saper saper nak celebrate birthday ke..anniversary ke dalam waktu terdekat ni boleh order Pizza Cheesy Crown..


Makan pun tetap dengan crown di kepala..hahahaha ikut tema sangat ni kan..props ni memang Pizza Hut bagi masa dekat pintu masuk tu lagi..sesuai sangat dengan slogan Pizza Cheesy Crown iaitu  "Umpama Mahkota Keemasan, Poket Berkeju Jadikan Pilihan"..ada 12 poket keemasan tau yang diisi dengan Keju Mozarella dan Cheddar dan dilitupi fondue Alfredo..ditambah dengan isi ayam, hirisan lada benggala, bawang, nenas dan sos pedas + masam..tu yang sampai 2 kali aku repeat tu huahuahua


Untuk pengetahuan korang, tepi tepi Pizza Chessy Crown tu memang cheese..nanti aku share next entry masa abg long makan kemain tarik cheese diaaaa..memang lembutttt jer pizza dia..untuk hidangan Ala' Carte harganya cuma RM32.20 dan hidangan kombo pula pada serendah RM39.90..korang boleh dapatkan promosi ni sehingga 29 Februari je tau..so tunggu apa lagi tuuuu..


Rezeki betul malam tu sebab aku menang tempat pertama untuk cari barang paling cepat..tempat kedua untuk instagram terbaik..nak tau gambar apa yang menang tu? kak fink ada kongsikan sekitar Blogger Party di Instagram kak fink @diya.nadia ..korang pergi la stalk hahahhahaha..dan saguhati makan mushroom soup paling cepat..

Eh lawan dengan budak budak lelaki memang la aku tak gigih..amik la korang menang..perut dah kenyang..kena makan mushroom soup lelaju acahner? kembang kembang tekak nak habiskan sup itu hahahahaha..ok la kalah je la..eh tapi kalah pun dapat juga hadiah saguhati..semua sekali bawa balik 4 sampul dari Pizza Hut..dapat juga set mangkuk yang cantik ni..atotototo mekasih Pizza Hut..penat aku gelak malam tu..happy sangat..


Instagram: @pizzahutmalaysia
Twitter: @pizzahutmsia
Pizza Hut Delivery: 1300-88-2525

dapatkan Pizza Cheesy Crown di Pizza Hut yang berdekatan ya..
aku nak repeat kali yang ketiga nanti..



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. rasanya2 lunch ni iols nak ke pijja hut lah hahaha. mentanglah pijja hut kat depan opis ni je hahahaha. nampak sedap dan menyelerakannnn

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!