Followers

Tips Kecantikan: Pencuci muka untuk mereka yang mengalami kulit Ekzema dan Ekstra Sensitif

8:30:00 AM

Siapa sini kulit memang jenis kulit terlalu sensitif? Entry kali ni memang khas untuk mereka mereka yang mengalami masalah ekzema ataupun kulit yang terlampau sensitif sehingga risau nak pilih pencuci muka..Yer la takut tersalah pilih nanti kulit akan jadi mengelupas ataupun gatal gatal kan? Kali ni korang tak perlu risau dah ok sebab produk ni baby atau budak budak pun boleh guna..


Sebab apa kak fink cakap baby dan budak budak pun boleh guna? Sebab ianya 99% bahannya adalah dari bahan semulajadi..Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya yang mempunyai kulit ekstra sensitif ataupun ekzema..Kalau selama ni ada yang pening nak cari pencuci muka untuk anak anak..Sekarang ni korang dah boleh Paula Choice: Earth Sourced Perfectly Natural Cleansing Gel..


Cleanser ni tak de warna..Jernih jer..Untuk mereka yang alah pada bau memang sangat sesuai untuk korang guna sebab ianya seolah olah korang cuci muka dengan air jer..Terlalu semulajadi dan selamat untuk korang guna..Kak fink selalu bagi abg long guna cleanser ni juga lepas dia balik dari sekolah..Mana tak nya, kalau balik dari sekolah tu muka memang berminyak minyak..Senang cleanser boleh kongsi dengan mama kan..Jimat kos hahahaha..


Selain tu, cleanser ni sesuai sangat untuk korang buat sebagai make up remover..Tekstur cleanser ni yang seperti gel tu la yang membuatkan ianya senang untuk dijadikan make up remover..Macam kak fink guna, just picit sedikit ke tangan dan terus cuci make up tadi dengan menggosokkannya rata rata ke seluruh wajah..

Masa korang cuci tu, Paula Choice: Earth Sourced Perfectly Natural Cleansing Gel ni tak mengeluarkan buih yang banyak..So jangan pelik pulak tau..Walaupun tak berbuih banyak namun ianya mampu membersihkan make up korang secara mendalam terus ke kulit..Lepas tu korang akan rasa lembutttt jer kulit wajah..Macam pakai pelembab gitu..

Harga untuk 200ml Paula Choice: Earth Sourced Perfectly Natural Cleansing Gel ni adalah RM138 sebotol tapi untuk pembaca blog pinky momma, korang boleh dapatkan diskaun sebanyak RM20 dengan memasukkan kod "PinkyMomma20" ..Tiada had pembelian tau tapi boleh guna sekali je ya..Sah sehingga 31 Disember 2016..


Website: www.wortheecosmetics.com
Harga: RM138.00
Kod Diskaun: PinkyMomma20 (off RM20.00)
Expire: 31 Disember 2016
selamat mencuba semua..beli dan kongsi bersama anak anak ya..
jangan risau sebab 99% adalah daripada bahan semulajadi!



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!