Followers

Air Asia Green 24 Challenge: Misi menghijaukan bumi dan membersihkan alam sekitar bersama anak anak kecil

8:24:00 PM

Hari tu kan kak fink bersama sama 4 orang anak kecil kak fink sama sama menjayakan misi Green 24 Challenge anjuran Air Asia..walapun ada anak yang masih kecil, itu tak menghalang kak fink untuk sama sama melakukan aktiviti menghijaukan bumi..selalu orang akan cakap..eh susah la kak..anak kecik lagi..tak! jangan fikir susah..kalau kita tak boleh nak buat sesuatu yang besar, kita mulakan dengan sesuatu yang kecil dulu..selagi kita tak bertindak, selagi tu kita tak kan tahu kemampuan kita..


Kalau orang lain panjat gunung, redah sungai untuk bersihkan persekitaran..kak fink amik inisiatif yang bermula dari rumah..kebersihan harus bermula dari rumah..kalau rumah kita bersih baru hidup keluarga kita pun sihat..dengan kudrat dan tenaga yang ada pada kak fink dan semangat anak anak..kami mulakan kitar semula dari rumah..kak fink sediakan 3 kotak untuk anak anak asingkan sampah..


Kenapa perlu asingkan? nampak macam kecil kan tapi kalau korang nak tahu..pengasingan sampah dari rumah mampu menjayakan misi Waste to Energy! yer betul..dari sampah tu kita mampu tukarkan nya kepada bahan haba, diesel dan kegunaan yang boleh diguna semula daripada sampah..negara negara maju seperti Jepun terutamanya yang mengamalkan sistem Waste to Energy ni..jadi kenapa kita tak boleh kan..kita pun mampu..semuanya bermula dari rumah..langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah asingkan sampah! semudah itu jer..


Kotak ni kak fink kategorikan pada kertas, plastik dan kaca..senang untuk anak anak masukkan sampah yang mereka kutip ni nanti mengikut kotak yang dah dilabelkan..bila pekerja sampah datang, terus kita boleh berikan kotak mengikut kategori tersebut..mudahkan? dalam masa yang sama..mereka pun dapat menambah wang tambahan hasil penjualaan botol, kaca dan kertas kertas yang dikumpulkan tadi..seronok tau bila dapat tolong orang macam ni..

Kemudian kak fink teruskan misi dengan membersihkan kawasan depan rumah sendiri dan sederet jalan kejiranan di sini..dalam 1 kilometer panjang jalan di sini yang kami bersihkan anak beranak..seronok budak budak ni dapat menyapu dan kutip sampah sampah yang ada di tepi jalan..walaupun berpeluh peluh tapi tak menghalang anak anak buat sesuatu yang baik untuk tolong orang sambil gelak gelak adik beradik..korang akan rasa bangga bila tengok anak anak korang yang kecil ni juga mampu tunjukkan nilai murni pada kawan kawan yang lain..


Masa sapu tu sampai kena tegur dengan jiran jiran..bila ada yang tegur dengan kata kata positif..lagi la bertambah semangat anak anak kak fink..ada juga jiran yang tolong kutipkan sekali sampah yang disapu untuk dimasukkan dalam plastik..terima kasih jiran sebab bagi kerjasama..serius memang seronok tau korang aktiviti ni..walaupun diaorang kecil, itu tak membataskan usaha kami untuk menyumbang sesuatu kan..

Dalam 1 jam, anak anak bawa balik sampah seorang satu plastik..masa ni kak fink ajar cara nak asingkan sampah tadi dan buang dalam kotak yang telah dilabelkan..ada juga jiran jiran yang bawa tin tin dan botol botol kosong untuk dimasukkan sekali dalam kotak tu..haih terharu sangat ramai bagi support camni..tak sangka ada yang sudi support kami!


Selain tu, kak fink memang suka menanam pokok pokok di depan rumah..bukan hanya sekadar untuk menghijaukan halaman tapi juga pokok yang ditanam boleh diguna untuk masakan..jimat kan? itu lah pentingnya kita berbudi pada tanah..kita akan dapat balik pulangannya..korang pun boleh tanam dalam pasu pasu kecil seperti daun bawang, daun kunyit..semua tu boleh digunakan dalam masakan..


Anak anak bila diberi peluang bermain dengan tanah sambil tolong mama..memang lah tak lepaskan peluang..tak tahu nak cakap camner tapi aktiviti luar camni memang anak anak aku suka! tak perlu paksa..sebab semua rela hati akan amik bahagian masing masing..sorang gemburkan tanah..sorang sediakan pasu..sorang lagi tolong siram bila dah siap ditanam..kembar tu paling excited nak tolong juga..diaorang bahagian gembur gemburkan tanah hihi..dah macam picnic pula..


Sebagai seorang ibu, secara individunya..bila membeli barang barang dapur di pasaraya..apa yang kak fink boleh buat adalah membawa sekali recycle bag..tak kisah lah size kecik atau besar..bawa jer ok..kita mampu kurangkan penggunaan plastik..bukan sahaja pada hari sabtu tapi hari hari lain pun korang boleh praktikkan..see? macam yang aku cakap..semuanya perlu bermula dari rumah..kita yang perlu tunjukkan contoh ni pada anak anak..


Kak fink harap kak fink dapat beri sedikit sebanyak idea untuk korang buat aktiviti macam ni seminggu sekali bersama anak anak..mak mak yang ada anak kecil pun boleh ya..kalau kak fink boleh, korang pun mesti boleh kan..kita jaga kawasan yang kecil dulu sebelum kita pergi ke kawasan yang besar..semuanya perlu dipupuk dari rumah..persekitaran rumah kita sendiri harus bersih..bila rumah bersih, kita dapat membasmi penyakit penyakit seperti denggi, taun dan sebagainya..

Jom kita sama sama sumbangkan sesuatu untuk alam sekitar kita..cuba bayangkan kalau semua menjaga dan memelihara alam sekitar..dari sekecil kecil kerja yang kita lakukan tapi bila dilakukan oleh semuaaaa pihak..ia akan memberikan satu hasil yang besar dan boleh dibanggakan..kita lah yang menjadi teladan untuk anak anak dan generasi masa depan ;)

segalanya harus bermula di rumah..big clap untuk anak anak mama!
come on mommies..we can do it..ajak anak anak join ok..



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!