Followers

Presiden Baru Shaklee Malaysia Helen Lam bermula Januari 2016

2:56:00 PM

Rasanya semua orang dah kenal dengan produk jenama Shaklee..dulu masa lepas bersalin pun kak fink sendiri amalkan produk Shaklee untuk penyusuan dan juga kesihatan dalaman selepas melahirkan anak secara pembedahan..memang puas hati dengan produk Shaklee..tak perlu dinafikan lagi, produk daripada jenama Shaklee antara produk yang terbaik di pasaran..

Baru baru ni Shaklee telah membuat perlantikan baru untuk jawatan Presiden Shaklee di Malaysia bermula Januari 2016 iaitu Helen Lam..Helen merupakan seorang yang bergerak aktif dalam bidang jualan langsung selama 20 tahun  dalam bahagian pemasaran dan jualan di syarikat multinasional..sepajang penglibatan beliau, Helen telah berkarier secara meluas di seluruh Asia Tenggara untuk kedua dua pasaran bakal dan sedia ada..


Menurut Roger Barnett, CEO kepada Shaklee Corporation..mereka amat bertuah dengan kehadiran Helen menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee untuk membantu rakyat Malaysia mempunyai kehidupan yang lebih baik dan sihat..menurutnya juga kehadiran Helen sebagai presiden Shaklee Malaysia akan lebih mengeratkan jalinan perniagaan dalam keluarga besar Shaklee..

Roger Barnett juga menambah "Bukan mudah mencari seorang pengurus eksekutif yang mempunyai latar belakang dan pencapaian di dalam industri ini dengan minat yang mendalam membantu memberi impak yang positif kepada kehidupan orang lain"..ini kerana Helen mempunyai rekod cemerlang dalam berganding erat bersama para pengedar bagi memacu pertumbuhan yang stabil dalam jangka masa panjang di dalam industri jualan langsung..

moga Shaklee terus maju jaya dengan kehadiran presiden baru!



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!