Followers

Bersarapan dan Memasak dengan Susu Dutch Lady bersama Aaron Aziz dan Diyana Halik..Bestttt oooo!

10:07:00 AM

So far kan, event Dutch Lady tak pernah lagi tak pergi..Mesti pergiiiiii...Kak fink memang suka join event bersama Dutch Lady..Kali ni bersama Dutch Lady Pure Farm..Kalau Dutch Lady Pure Farm ni, dutanya adalah Aaron Aziz and family..Haruslah Aaron Aziz ada ok..Kali ni pula ada sesi memasak bersama Aaron dan Diyana..Kakak terus tak sabar!


Kami di jamu dengan pelbagai jenis menu sarapan pagi pada hari tu bertemakan susu..Of course lah dari Dutch Lady! Bertempat di KDU Glemarie yang merupakan salah satu institusi yang terkenal dengan kehebatan kulinarinya kan..Ok mari kita makan..Bila dah banyak sangat  menu sampai tak tahu nak start yang mana satu..


Setiap hidangan pada hari tersebut..Diletakkan sekali nama menu dan berapa kandungan kalsium yang terdapat di dalamnya..So kita tahu lah berapa kalsium yang kita dah ambil waktu sarapan tu..Mula mula kiteorang ingat kalori hahahaha..Takut pulak tengok jumlah kalori..Tapi bila tengok balik..oooo kalsiumm..Ok jom makan..Kalsium baik untuk tubuh badan kita hahahaha..

Rice Pudding with Milk

Fried Bee Hoon with Milky Egg Wrap

Sausage and Potato Casserole

Nasi Lemak with Cucuber, Sambal, Egg and Anchovies

Curry Laksa

Fish Soup with Spinach

Carrot Soup


Air minuman kami hari tu semuaaaa dari susu..Sedappppppppp..Kak fink memang hantu susu sikit..Pagi pagi dah kena Chocolate Smoothies tu hahahaha...Tak cukup secawan..Padahal dah minum susu segelas dah sebelum minum smoothies tu..Yang cincau tu tak sempat minum sebab takut full sangat..Penuh dengan kalsium betul pagi tu badan kak fink hikhik..


Antara sarapan yang kak fink ambil..Eh ni baru first round hahahahaha..Paling suka dan sedap pada tekak kak fink adalah menu Sausage and Potato Casserole..Sebab dia creamy tapi tak meloyakan..Memang sedap..Hebat hebat rupanya chef dekat KDU ni...Kadang kadang tak sangka eh menu tu sesuai dan sedap bila digabungkan dengan susu..


Majlis dimulakan dengan sesi perkongsian daripada duta Dutch Lady Pure Farm, Aaron Aziz dan Diyana Halik dan juga Prof. Poh Bee Koon daripada Fakulti Sains Kesihatan UKM..Menurut Prof. Poh Bee Koon, dengan meminum segelas susu atau 250ml susu ketika sarapan pagi, kita akan mendapat peningkatan sekurang kurangnya 275mg kalsium dan nutrien penting untuk badan kita..Ini penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat..Jantung, otot dan saraf juga dapat berfungsi dengan baik sekiranya kalsium dalam badan mencukupi..


Aku suka couple ni..Sebab diaorang suka menyakat..Bak kata Diyana, diaorang satu family memang breakfast dengan sekotak susu Dutch Lady..Siap bekalkan anak seorang sekotak untuk memastikan kalsium yang diperlukan anak mencukupi untuk setiap hari.. Untuk Aaron pun siap bekalkan susu tapi susu strawberry hahahahaha..How sweet..Tak sangka sado tapi minum susu warna pink..


Pada hari tersebut juga, Aaron Aziz dan Diyana menyediakan sendiri crepe dan milk shake air tangan mereka..Pandai abang misai tu flip crepe tu huhu.. Media yang datang hari tu pun berpeluang menyediakn crepe dan milk shake seperti Aaron dan Diyana..Paling kak fink suka time buat milk shake tu..Nanti kak fink share di bawah entry ya..



Media yang datang hari tu dipecahkan kepada dua kumpulan dan kak fink dalam kumpulan No. 1.. Kiteorang kena masak Crepe dulu..Lepas dah tengok Aaron dan Diyana buat rasa yakin la nak buat hahahahaha..Lagipun cara nak buat crepe ni macam kita nak buat lempeng juga cuma kena nipiskan jer dan tambah dengan kulit limau tu..


Sebelum masak sila pakai apron yang comel itu dulu hahahaha..Pose sikit sementara nak tunggu dapur tu panas..First time masak muka happy sangat camtu..Aku pun tak paham kenapa aku happy sangat tu..Terlebih kalsium di awal pagi agaknya hahahahaha..Group paling bising masa nak masak ya..Biasalah masak tak perlu stress stress..Kena banyak senyum baru hasilnya sedapppp..


Crepe kami dah siappppppp...Nak resepi ke? Hahahahahaha..Ok lah meh kak fink kongsikan resepi crepe yang kami buat hari tu..Senang jer korang..Telor 3 biji..Tepung..Susu Dutch Lady..Butter dan Kulit Limau yang disagat..Korang hanya perlu Campurkan tepung tadi bersama dengan susu, butter yang dicairkan, telor dan kulit limau tadi..Letak sedikit garam..Kemudian panaskan pan dan letak senipis yang mungkin bancuhan tadi..Memang kena nipis nipis, barulah jadi crepe..Kalau tebal nanti terjadi lempeng pulak..


Selesai jer makan crepe kami..Terus ke bilik yang seterusnya iaitu penyediaan Milk Shake pula..Yang seronoknya, kiteorang dibenarkan meletakkan apa sahaja bahan yang disediakan untuk menghasilkan milk shake sendiri..Caramel ada..Ice cream ada..Kacang ada..eh banyak sangat bahan..Yang penting kena ada susu Dutch Lady Pure Farm..Baru jadi milk shake tu ya..Masa ni memang rasa nak letak semua hahahaha..Kalau dekat luar ni, boleh charge RM20 segelas tu huhuhu..


My sister dan merangkap blogger juga tengah serius dengan penghasilan milk shake nya hahahahaha.. Kemain dia letak macam macam dalam tu..Kenyang betul kiteorang masa ni sebab tak tahu lah berapa kali minum susu huhuhu..Susu kan mengenyangkan..Yang penting kalsium kiteorang bertambah mihihi..


And taraaaaa! Siap dah milk shake ummi..Dia tak nak letak whipped cream..Tapi aku punyer kemain tinggi whipped cream hahahahaha..Terperanjat chef dekat sebelah tengok..Boleh guna semua bahan kan chef? Tak baik membazir hahahahahaa..Milk shake ni senang jer ..Letak susu..Letak ice cream vanilla atau coklat ataupun kedua duanya sekali..Nak letak kacang ke..Serbuk kopi ke..Caramel ke..Terpulang..Ikut selera masing masin ok..


thanks Dutch Lady for having me..seronok sangat dapat main masak masak..
lepas ni boleh buat resepi crepe dan milk shake tu untuk anak anak..




You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. bestnye kak finkk.. sy pun suka sgt minum susu dutch lady ni.. syok dpt pegi event cam ni kan.. hihi

    ReplyDelete
  2. hensemnya abang Aaron berkumis...hhehehe

    ReplyDelete
  3. Nak join jugakkk. Ena memang suka air dutch lady

    ReplyDelete
  4. sedapnya . susu dutch lady mmg sedap kan. one of my fav drink masa kekecik. tapi dah beranak pinak ni asyik minum air orang tua je ; teh tarik =p

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!