Followers

[VIDEO] Bricks Family Restaurant di Hotel Legoland: Hidangan Buffet Breakfast, Lunch & Dinner yang rambang mata!

12:23:00 PM

Ok kalau semalam kak fink dah kongsikan dengan korang segala aktiviti yang menyeronokkan bila korang stay di Hotel Legoland kan..hari ni kak fink nak kongsikan tempat makan untuk menjamu selera di dalam Hotel Legoland..tak perlu keluar dah..kak fink 3 hari tu tak keluar pergi mana pun...duduk dalam hotel, enjoy di theme park dan berendam rendam di water park jer..kereta tu memang terletak di parking tak bergerak gerak..betapa jimat minyak hahahahaha..


Daripada breakfast, lunch dan dinner korang boleh pilih Bricks Family Restaurant dekat level Ground Floor..satu tingkat dengan lobi ya..di sini mereka amalkan konsep buffet..so hari ni kak fink nak kongsikan dari segi harga dan pilihan makanan yang disajikan untuk breakfast, lunch dan dinner yang terdapat di Bricks Family Restaurant.

Breakfast:
Ok kita mulakan dengan breakfast ya..seawal pukul 7 pagi hingga 10 pagi, korang dah boleh turun ke Ground Floor untuk menikmati breakfast di situ..kalau korang booked dengan Hotel Legoland, breakfast dah termasuk sekali ya..breakfast dia banyak sangat pilihan makanan dan juga minuman..pilih jer nak breakfast ala western, melayu, cina, india semua ada..ruang breakfast bukan hanya di dalam jer..di bahagian luar pun ada tau..sila intai ruangan luar juga ok..


Gerammmm je aku tengok yogurt dan bermacam macam jenis roti tu..kalau breakfast aku memang suka intai bahagian pastry ni..tak suka yang berat berat sangat..cinnamon rolls dia sedapppp..tak manis sangat dan rasa rangup jer pastry dia..alahai teringat ingat balik dah rasa dia tu..abg long pula memang hantu cereal..dia terjah situ dulu..pastu tak tahu nak ambil yang mana sebab banyak sangat pilihan hahahaha..



Segala jenis salad pun ada korang..cakap je nak letak dengan sos apa..semua ada..nak salad buah ada..nak salad dari dedaun pun ada..nak letak chicken slice pun ada..buah buahan segar pun ada untuk yang tak nak breakfast berat berat..dekat buffet ni juga ada disediakan hidangan untuk yang vegetarian sama ada breakfast, lunch ataupun dinner..


Amboi penuh nampak pinggan tu bang hahahahaha..siap stop pikir nak makan apa lagi ke tu?..oo suap anak yer..pahammmm hahahahaha..tapi untung la badan besar tu jer..makan la banyak mana pun tetap lah besar tu jer..kalau lah isteri pun boleh camtu kan..nak juga makan bersungguh sungguh tapi badan tak naik huhuhu..


Apa yang bestnya Hotel Legoland ni, di mana mana pun korang akan rasa Kids Friendly..termasuklah di Bricks Family Restaurant ni juga..pinggan plastik ada untuk kegunaan anak anak korang nanti..bukan je pinggan tapi cawan dan sudu plastik pun ada ya..parents tak perlu risau bila anak nak  makan tu kan..dah la colorful comel comel macam ni..aku pun guna yang plastik sebab nak kan warna pink tu hahahahaha..obses sangat kak fink dengan warna pink..



Sempat tengok adik ni sediakan pancake..peramah peramah staff di Hotel Legoland ni..servis memang mesra dan terbaik..ni memang jujur..macam aku minta ais sikit untuk nak sejuk kan Milo anak pun cepat jer diaorang hantar..korang cuba lah tinggal di Hotel Legoland ni..insyaAllah puas hati!


Ayam goreng rempahhhhhhh...mula mula tak perasan tau ayam goreng rempah ni tapi bila tengok meja sebelah ambil sepinggan untuk makan ayam jer..eh ada ke? Dekat mana pula ni hahahaha..Rupanya dekat tempat nasi lemak..perghhh aku amik juga seketol walaupun dah kenyang..Sebab seksi sangat ayam tu bila dah digoreng dengan rempah..sedappp oiii..


Ni favourite kembar..muffin dia ada 2 perasa..pandan dan vanila..lembut gebu jer..kalau nak makan banyak kek lagi tunggu buffet untuk dinner sebab lebih banyak pilihan..siap dengan cheese cake lagi tau..ada juga bubur untuk anak anak kecil makan..siap ada macam macam rencah yang korang boleh pilih untuk sedapkan lagi bubur tu macam ikan masin, telur masin, ketam masin, sotong masin, udang masin dan juga jeruk masin hahahahaha..ada banyakkk lagi..tapi tak de lah masin sangat..rasa dia just nice untuk dimakan dengan bubur tu nanti..


Untuk sesiapa yang nak minum air panas boleh terus ke mesin ni..senang jer nak guna..cuma perlu pilih air kopi atau milo..suami kak fink suka ambil kan air milo untuk kembar dekat sini..kalau korang pilih milo, tak perlu tambah gula atau creamer lagi dah..sebab memang dah cukup rasa..tapi kalau kopi kena ambil gula dan creamer sikit ya..


Selain dari air panas, ada juga jus atau susu segar yang korang nak minum..masa hari yang aku breakfast ni, ada jus kiwi dan jus mangga..nak air sejuk pun ada..pilih jer lah mana korang nak minum..kalau nak air panas, dia ada 2 tempat yang korang boleh ambil tapi kalau jus..sila tuju bahagian depan ni..sebab jus hanya di 1 tempat ni jer..


Harga Buffet Sarapan Pagi [Dewasa]: RM59 nett per pax
Harga Buffet Sarapan Pagi [Kanak Kanak]: RM30 nett per pax
Kanak kanak bawah 3 tahun: Percuma


Lunch:
Ok tadi untuk breakfast..yang ni kak fink nak kongsikan untuk lunch pulak ya..bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 3 petang..lunch di sini mereka amalkan semi-buffet..macam mana semi-buffet tu? Untuk hidangan utama korang kena pilih dari menu yang akan diberikan nanti..tapi yang lain lain ada di ruangan buffet macam buah buahan, nasi goreng, candy, chocolate dan makanan ringan yang lain ada di buffet..sebab tu yang hidangan berat korang kena order ya..


Macam kak fink cakap di atas, konsep Kids Friendly ni ada di mana mana dalam Hotel Legoland ni..anak anak akan diberikan kertas dan crayon untuk diaorang mewarna..kertas tu memang dah ada atas meja..just minta dekat staff nak crayon ok..nanti diaorang akan bagi..senang la korang nak makan hahahaha..yer faham parents nak menikmati hidangan makanan dengan tenangkan..



Dalam menu tu, ada 2 menu ya..satu untuk kanak kanak dan satu lagi menu untuk dewasa..yang ni set untuk kanak kanak tapi ya Allah besar ke tak hidangan tu??? Besar okkkk...memang size dewasa makan pun boleh ni..Abg long pilih Baked Spagetti Cheese..sedapppp! Abg ngah pula pilih set Sausage..pun banyakkkkk...siap kongsi kongsi dengan kembar makan..



Lamb Chop pula pilihan Encit papa..Dia cakap nanti nak makan lamb chop dengan nasi goreng la..sekali datangggg makan Lamb Chop jer hahahahaha..kenyang tak bangggg? Tu la tadi nak makan itu ini sekali set masing masing dah sampai atas meja baru tahu tahap kekenyangannya..Kak fink pilih Nasi Ayam sebab nak suap kembar sekali..Overall set hidangan utama dia memang terbaik..sedap sedap chef sini masak..



Harga Buffet Makan Tengahari [Dewasa]: RM56 per pax
Harga Buffet Makan Tengahari [Kanak kanak]: RM33 per pax
Kanak Kanak bawah 3 Tahun: Percuma


Dinner:
Dinner di Bricks Family Restaurant palinggggg kak fink tunggu..bermula dari jam 6 petang sehingga 10 malam ya..Sepanjang 2 malam di sana memang aku paling suka dinner di sini..Ada aktiviti tau untuk anak anak cuba dalam ni..kalau malam minggu paling meriah dekat sini sebab ada princess akan pusing pusing ke setiap meja..huwaaa seronok sangat..siap dapat belon lagi..


Ni antara menu yang ada untuk dinner di sana..Sebenarnya banyak lagi huhuhu..Berbaloi dengan harga yang korang bayar..pilihan banyak..rasa pun sedap..aku rasa kalau korang tanya sesiapa sahaja yang pernah makan Dinner Buffet di Bricks Family Restaurant mesti semua akan cakap sedap dan puas hatiiii!



Salmon ni sedap giler sebab dia tabur cheese atas tu..Malam kedua baru ada menu ni..Malam pertama tak de salmon ni..Aku makan dengan sos lada hitam sekali..perghh memang lemak lemak manis jer rasa dia..sedappppp..huwaaa tak de yang tak sedap dekat sini..ni jujur ni..sebab tu kak fink memang tunggu dinner buffet di Bricks Family Restaurant, Hotel Legoland..tak sabar nak malam kekdahnyer..


Ni makanan yang di bakar di bahagian luar ya..ada barbeque dekat luar tu..ada satay..semua menu  membakar ada di luar..pilih jer korang nak makan apa..ayam bakar..daging bakar semua ada..kalau korang ambil dinner buffet di sini jangan lepas kan peluang ambil udang dia..satay dia..kuah satayyyy tu memang sedap..satay dua dua malam aku pergi memang ada..sama dengan udang juga..otak otak pun ada korang..ya Allah apa hal semua sedap sedap ni..puas hati sangat!



Favourite spottttt!!! Cakes dan segala pencuci mulut yang menarik sangat untuk dimakan...ada mashmallow with chocolate hukhuk..anak anak memang sukaaaa dekat area sini..sila makan cheese cake dia..terbaikkkk sangat..lembut dan gebu jer..ada gula gula..ada ice cream..banyak sangat sampai korang akan rasa nak start camner pun tak tahu hahahahaha..rambang mata!





Percubaan nak tiru lego ke tu? hahahahaha..orang suruh makan, lain pulak keje dia..tapi memang terlalu cute dekorasi dalam Bricks Family Restaurant ni..Kalau boleh semua tempat rasa nak ambil gambar..Setiap malam dekat Bricks Family Restaurant ni, anak anak boleh cuba buat hidangan diaorag sendiri tau..menarik kan..macam macam aktiviti disediakan untuk anak anak..


Abg long dah tak sabar nak buat pizza hasil air tangan sendiri..Seriously dia memang suka aktiviti memasak macam ni..tak perlu paksa ya..dia rela hati pergi sendiri nak join..korang nanti bawa lah anak anak cuba juga..tapi setiap malam tak sama aktiviti..kebetulan hari yang aku pergi tu, kids boleh cuba buat pizza dan cup cakes..malam kedua pula deko muffin..Ni kak fink kongsikan video untuk korang tengok abg long buat pizza..semua bahan dia nak letak hahahahahaha..Thanks adik sudi melayan abg long tu..


Gambar malam kedua..dia kalau dah dapat buat aktiviti macam ni..memang tak heran dah orang dekat sebelah dia..serius betul nak siapkan hidangan..Bangga mama tengok abg long walaupun kecik lagi tapi dah ada minat nak buat benda benda camni..Harap dah besar nanti pun rajin yer abg long..senang mama tak payah masak sangat hahahaha..turn abg long pulak kan..



Siap tarik abg ngah untuk cuba juga hahahaha..pasrah je abg ngah buat tu..abg ngah jenis tak minat sangat tapi dia seronok nak buat bila tengok cake abg long berwarna warni hahahaha..terus duduk situ buat sama sama..Abg long la mentornya..picit ni ngah..letak ni ngah..mengikut jer orang tu pun..Sibling bonding time ;)


Lagi satu yang cool kak fink rasa..bila korang dinner di Bricks Family Restaurant, lepas bagi anak makan request dengan staff nak crayon ok..bagilah dia mewarna seluruh meja tu hahahaha..besar kertas yang diletakkan atas meja..puas hati kembar menconteng haaa..sikit pun tak buat perangai dekat baby chair tu.. sorry mama tak sempat basuhkan mulut masa ni..Tapi kembar tak kisah pun..seronok dapat warna kan meja..Ada video sempat kak fink rakamkan hari tu..


Ni malam minggu, ada princess akan datang ke meja korang untuk borak borak..tegur tegur macam yang kak fink cakap dekat atas tadi..sukaaaaa ok abg long tu..korang tengok senyuman kepit dia pun dah tahu betapa dia suka kan hahahaha..mengader sangat nak ambil gambar dengan princess..princess ni pandai buat belon juga ya..ni lah princess yang sama untuk Bedtime story telling tu..


Harga Buffet Makan Malam [Dewasa]: RM103 nett per pax
Harga Buffet Makan Malam [Kanak kanak]: RM56 nett per pax
Kanak kanak bawah 3 tahun: Percuma

Overall memang puas hati dengan makanan di Buffet Bricks Family Restaurant sama ada Breakfast, Lunch mahupun Dinner..Kak fink letakkan sekali lagi harga harga untuk rujukan korang..Kena cuba tau..terutamanya dinner..siap ada aktiviti untuk anak anak buat dalam tu..bukan senang nak jumpa hotel yang beri peluang untuk anak deko cupcakes atau buat pizza hasil air tangan sendiri kan..hanya di Hotel Legoland semua tu boleh..

Harga Buffet Sarapan Pagi [Dewasa]: RM59 nett per pax
 Harga Buffet Sarapan Pagi [Kanak Kanak]: RM30 nett per pax
Waktu Breakfast: 7.00 pagi - 10.00 pagi

Harga Buffet Makan Tengahari [Dewasa]: RM56 nett per pax
Harga Buffet Makan Tengahari [Kanak kanak]: RM33 nett per pax
Waktu Breakfast: 12.00 tengah hari -3 petang

Harga Buffet Makan Malam [Dewasa]: RM103 nett per pax
Harga Buffet Makan Malam [Kanak kanak]: RM56 nett per pax
Waktu Breakfast: 6.00 petang - 10.00 malam


  Website: www.legoland.my
Alamat Hotel Legoland: 
No.1, Jalan Medini Utara 3, Bandar Medini Iskandar, Johor Malaysia
Telefon: 07-597 8888 [9 pagi - 7 malam]

KLIK Previous links:

amacam? details tak perkongsian kak fink segalanya tentang Legoland?
lepas ni kak fink kongsikan Theme Park dan Water Park ok


You Might Also Like

6 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. wahhh..mcm best je...seronok tgok anak2 happy kan :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum diya...mmg sedap2 makanan kat sini...kalau diya cuba order tenderloin die mmg power rasanya...sedap sangat teringat2 akak masa mkn kat situ dulu...:)

    ReplyDelete
  3. meriahnya...colorful mcm hotel juga menunya

    ReplyDelete
  4. Ya Allah!! MEriah sangatttt. Cantik hotelnya. Makanannya pun pergghhhhh

    ReplyDelete
  5. Mewah giler makanan dia!!! Paling best sbb kids friendly..berbaloi-baloi..

    ReplyDelete
  6. kak kalau mcm ni kan, sy x kisah event naik 3kg. hahahaha

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!