Followers

[VIDEO] Hotel Legoland 3 hari 2 Malam: Bilik Kingdom dan segala aktiviti yang korang boleh lakukan dari pagi hingga malam hanya di dalam hotel!

10:57:00 AM

Alhamdulillah minggu lepas kak fink berpeluang untuk stay di Hotel Legoland selama 3 hari 2 malam..bermula hari khamis sehinggalah hari sabtu..anak anak orang yang paling happy bila cakap nak check-in Hotel Legoland..aku rasa macam wishlist setiap kanak kanak kalau dapat ke sini kan..eh tapi sebenarnya ni pun salah satu wishlist aku juga hahahaha..sebab aku suka tempat yang dikelilingi dengan benda yang comel comel camni..gerammnya..


Untuk sesiapa yang book Hotel Legoland, masa sampai tu, korang terus boleh park di bawah hotel ya sebab complimentary parking..jangan terkejut pula kalau nampak sign per entry RM50 tu hahahaha..free ya..aku suka park dekat B2 sebab dekat dengan pintu  keluar ke theme park dan water park..setiap kali kalau korang nak keluar dari Hotel Legoland, sila ke reception area untuk cop kad parking dulu dan masuk nanti amik jer tiket baru..simple as that..


Ni di ruangan depan pintu masuk hotel..disediakan kerusi kerusi comel warna warni ni untuk korang lepak sementara nak tunggu kereta korang sampai..boleh duduk sini dulu..tarikan di Hotel Legoland adalah warna yang digunakan di dalam hotel ni..semuanya colorful..memang ceria..sebab tu aku cakap anak anak confirm suka kalau dapat duduk di Hotel Legoland..


Korang boleh check-in pada jam 4 petang..urusan untuk check-in bilik tak lama pun..just tunjuk kad pengenalan dan staff dah boleh check status secara online..lepas tu korang akan dapat 2 access card  ke bilik..untuk pengetahuan korang, untuk ke bilik hotel, korang perlu scan access card tadi dalam lif tu..barulah korang dibenarkan naik ke tingkat bilik ya..so sila bawa access card ke mana mana walaupun hanya ke lobi jer..kalau tak, nak naik tak boleh hahahahaha..ini safety yang di amalkan oleh Hotel Legoland..orang luar tak dapat nak masuk mana mana tingkat Hotel Legoland sesuka hati..


Bilik kak fink di tingkat 3 bertemakan Kingdom..wahhh jadi tuan puteri sangat selama 3 hari 2 malam hari tu hihihi..keluar je lif, terus rasa suasana Kingdom tu tau..disambut dengan pengawal lego di depan pintu..alohh comel sangat ni..kalau kata bilik korang tema Pirate atau Adventure..ianya akan ikut konsep seperti yang dipilih..so masa nak book bilik tu, pilih dulu tema apa yang korang suka ok..


And taraaaaaaa..our Kingdom room..katil king tu besar dan selesa..ya Allah tak tahu nak cakap camner tapi bilik Kingdom di Hotel Legoland ni memang selesa..sesuai sangat untuk korang yang ada 2 atau 3 ataupun 4 orang anak tu..memang selesa sangat..TV ada 2 ya..satu dalam bilik ni..satu lagi di ruangan anak anak..so tak berebut TV la nanti..


Once korang dah check-in, sila tengok di TV tu akan keluar nama guest di situ..nak password wi-fi pun akan dipaparkan di TV tu nanti..ada sebanyak 24 channel TV yang diberikan oleh pihak Legoland..antaranya ada HBO, Starworld, ESPN, Nickelodeon, Disney Channel, Cartoon Network dan banyak lagi..tengok jer nak cerita apa..tapi aku syak korang mesti tak tengok TV pun nanti sebab aktiviti di dalam hotel jer akan buat korang leka dan seronok nak join daripada tengok TV jer kan hahhahahaaha..trustttt me!


Ni katil untuk anak anak..selesaaaaa...abg long tido atas..abg ngah tido tengah tengah tu..kembar tido bawah sekali..boleh tarik keluar ya..ada tilam..anak anak lepak sini jer..boleh main sambil sambil tengok TV..mama papa boleh berehat dengan aman di ruangan sebelah hahahahaha..betul betul boleh honeymoon camni..



Setiap bilik akan disediakan 1 kotak lego untuk anak anak main..Dekat sini jer anak anak dah seronok..belum masuk water park dan theme park lagi tau..diaorang sampai sampai jer terus main lego..di mana mana ada lego..TV dah tak pandang dah hahahahaha..alhamdulillah suka tengok anak anak happy sepanjang penginapan di Hotel Legoland..


Dan yang lagi best di dalam bilik..anak anak korang boleh dapat hadiah dari kotak harta karun tu...ni kira macam suprise untuk anak anak laaa..tapi sebelum kotak harta karun tu terbuka..korang kena selesaikan dulu kuiz yang diberi di kertas yang macam abg long pegang tu..Kena jawab soalan dia dan tulis dikertas..dari jawapan tu lah korang akan dapat buka kotak harta karun tadi..jangan risau clue ada je dalam bilik tu juga hihi..jawapan tak sama setiap bilik ya..fun sangat aktiviti ni..


Abg long dah berjaya selesaikannnnn...dan ini lah yang ada dalam kotak harta karun tadi hikhik..Suka dia dapat barang barang lego..thanks Legoland..memang satu pilihan tepat la kiranya kalau korang pilih untuk stay di Hotel Legoland..banyak sangat keseronokkan daripada aktiviti dan suprise yang disediakan untuk tetamu..


Lagi satu aku suka bilik di sini, ruang tingkap yang luasssss dan besarrrr ni..boleh tengok luar..tak rasa terkepung dalam bilik..nak nak waktu malam..cantik jer nampak lampu lampu dari depan tu..bilik aku ni mengadap pintu masuk Hotel Legoland..time pagi camni pun nampak cantik jer..rasa segar..memang port wajib untuk aku berdiri di situ setiap pagi dan malam..


Dalam tandas bilik ni ada 2 sinki tau..satu untuk dewasa dan 1 lagi untuk budak budak..yang sinki budak budak tu rendah jer..first time pergi hotel yang ada kemudahan sinki untuk budak budak camni..so senang la diaorang nak basuh tangan ke..nak gosok gigi ke..tak perlu panggil mamaaaaa tolong buka kan air..semua boleh buat sendiri..memang kids friendly Hotel Legoland ni..



Ok tak perlu bawa segala toiletries dari rumah..kata nak bercuti kan..bawa baju jer..yang lain dah disediakan oleh pihak Hotel Legoland..untuk kids sekali..satu bilik akan dapat untuk 2 Adults dan 2 Kids..siap lotion sekali dia bagi..nak apa lagi? dah la packaging pun comel..hahahaha gerammm jer tengok masa ni..


Complimentary coffee maker juga ada di dalam bilik..biskutt dalam paper bag tu sedapppppp gilerrrr..kalau kata tak cukup korang boleh beli di depan Bricks Family Restaurant tu tau..memang sedap..tebal pulak tu..dalam bilik ni juga dilengkapi dengan mini-fridge untuk korang sejukkan  mineral water tu..mana tahu balik theme and water park nanti haus kan..minum air sejuk la sedap  hahhahaha..hair dryer pun ada dont worry!


Kalau korang keluar jer lif di Ground Floor, korang boleh tengok ada satu bahagian untuk anak anak joget di sini..tapi kadang kadang tu mak pak pun berjoget juga hahahahahaha..well i faham..parents memang akan selalu lebih excited dari anak..itu normal ok hahahahaha..abg long dengan abg ngah tu mula mula pemalu ya Rabbi tapi bila dah start joget, tak tau la berapa banyak lagu dah diaorang berjoget..sampai aku pula kena panggil..dah la abg long..mama nak pergi berjalan ni..hahahahaha jom tengok video diaorang menari jom!


Sementara nak tunggu waterpark dibuka..korang boleh bawa anak anak mandi di swimming pool yang terletak di tingkat 5..tak perlu bawa towel sebab towel di berikan nanti..dari lif terus pusing kiri ya..masa ni pagi lagi..tak de orang..suka la budak budak ni..kitaorang breakfast awal, so lepas breakfast jer terus pergi swimming pool..dibuka dari pukul 8 pagi hingga 8 malam ya..


Abg long tu tugas dia control adik adik kembar hahahaha..thanks abg long..selalu jadi assistant mama dekat mana mana pun..Kolam budak ni tak de la dalam sangat..Diletak juga lego lego tu..sibuk la abg ngah tu nak buat bentuk dari lego..bukan dia sibuk nak mandi ya..tapi sibuk nak main lego dalam air  hahahaha..lego dan abg ngah berpisah tiada..



Dulu bahagian lobi Hotel Legoland ni orang luar pun boleh masuk tau..tapi sekarang BIG NO hahahahaha..dah tak boleh masuk ya..hanya mereka yang stay di Hotel Legoland jer boleh main main di lobi ni..sebab untuk ke lobi semua kena scan dengan access card yang diberi..tak lah sesak macam dulu lobi ni..sesiapa yang tinggal di sini, korang boleh lepaskan anak main tanpa ragu ragu..ada seats tepi tu untuk parents duduk..



Tadi tu lobi di depan reception area pun dah banyak lego kan..ni di depan Bricks Family Restaurant..abg ngah kalau dah dapat main lego..ko panggil pun dia buat tak paham jer hahahaha..Bab mereka bentuk ni memang abg ngah kreatif sikit..Main lah nak..seronok sangat kan..tak tanya pun mama bila kita nak berjalan..behave sangat dia dekat sana hahahahaha..suka mama tengok..


Kembar pulak main dekat dalam ni sebab lego dekat sini lembut lembut sikit..sesuai la untuk umur umur kembar ni main..tak tajam..siap tersentil lidah dah kenapa nak hahahahahaa..dekat sini korang boleh tengok parents pun sama sama main lego dengan anak..bonding time yang berkualiti di Hotel Legoland..suka tengok..memang betul betul percutian idaman orang cakap..



Bila korang check-in Hotel Legoland sila ambil gambar aktiviti yang dilakukan sepanjang hotel dan simpan dalam phone ya..so korang tahu la waktu waktu yang boleh bawa anak anak untuk join sekali..jangan tido awal pleaseeee..sebab malam pun ada aktiviti best tau..kak fink sempat rekod kalau korang tak percaya..tengok video dekat bawah ok..


Ni antara aktiviti yang diadakan pada waktu malam..masa ni dalam pukul 8.45 malam..bed time storytelling oleh princess yang cantik itu hihihi..ada prince yang kacak sekali..bukan sesi bercerita jer tapi ada juga dancing timeeee...masa ni bukan anak anak jer seronok tapi parents pun menari sama sama..semua sporting! memang meriah la!



Tengok abg long yang baju biru tu..suka dia dapat main sama sama dengan princess dan dragon tu hahahaha..korang pun boleh amik gambar di akhir persembahan tu nanti dengan diaorang..tapi kena beratur ya..jangan rebut rebut..bila staff cakap sila beratur untuk amik gambar so semua kena beratur..tapi semua bagus bagus hari tu..semua dengar cakap..eh bukan senang nak handle kids yang ramai ya hahahaha..sebab bila diaorang dah excited kadang kadang susah nak control..tapi staff di sana berjaya control keadaan..good job!


Tak pernah jemu dengan dekorasi Hotel Legoland..bukan hotel jer tapi water park..theme park semua nya tak pernah jemu..sebab utamanya adalah dekorasi yang yang terdapat di persekitaran Legoland ni..terlalu comel..terlalu berwarna warni..nasib la duduk KL..kalau duduk johor mesti rasa nak pergi selalu bawa anak happy happy dekat sini hahahahaha..



Overall kak fink memang puas hati sangat sangat sepanjang 3 hari 2 malam di sini..staff dari reception, restaurant dan room servis sangat mesra dan berikan servis yang cepat..hari tu masa minta diaorang iron pun cepat je sampai..iron and iron board korang kena request dengan room servis ya..thanks semua untuk layanan yang sangat sangat ohsem ni..will come back again..


Korang yang belum pernah stay lagi di Hotel Legoland, harap dengan perkongsian gambar dan video dari kak fink ni akan buat korang teruja untuk stay di Hotel Legoland..secara jujurnya..ni lah tempat yang paling dekat dengan jiwa kanak kanak..korang tak kan menyesal..memang segalanya bestttt...oooh ada lagi nak share dari segi foods di Hotel Legoland..tunggu next entry ya..banyakkkkkk sangat gambar makanan menggoda i tell you..



Untuk pemegang kad tahunan, ada promo sebanyak 25% untuk setiap tempahan bilik di Hotel Legoland..limited time only guys..siap Kid-Eat-Free lagi ok..tak nakkk ke?? Dan juga ada promosi bila korang beli combo tickets (water park + theme park) dan dapatkan hari kedua masuk secara PERCUMAAAAA!!! tunggu apa lagi..book your room now guys! Nak pergi bercuti kena pandai merancang kan..Yang penting, perancangan awal lebih baik daripada last minute plan..Harga pun lebih murah..



Alamat Hotel Legoland: 
No.1, Jalan Medini Utara 3, Bandar Medini Iskandar, Johor Malaysia
Telefon: 07-597 8888 [9 pagi - 7 malam]
Check-in Time: 4 petang
Check-out Time: 11 pagi

KLIK Previous Entry:
Part 1: The Lego Movie 4D A New Adventure
lepas ni boleh cuba bilik tema Pirates pula kan..saper nak kongsi pengalaman?
tunggu next entry mengenai Buffet Breakfast, Lunch & Dinner di Hotel Legoland




You Might Also Like

9 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. cantik hotel ni.. kalau mcm ni mmg berbaloi byr mahal tp puas hati sbb mcm2 aktiviti boleh buat.. ok, boleh dirancang utk cuti hujung tahun ni...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum diya...bestkan puas hati bila menginap ke sini...:)

    ReplyDelete
  3. Memang best..dapat pergi sekali je

    ReplyDelete
  4. Cantiknya bilik & dekorasi dlm bilik tu, mcm dh masuk alam lego plak rasa, b4 this pi x sempat nk menginap jalan2 je

    Jom Terjah! >> Review Produk Kecantikan & Kesihatan Antarabangsa Terbaik Keluaran RF3 World FirMax3 Malaysia :)

    ReplyDelete
  5. Ya Allah bestnya kak.. bila lah boleh sampai ni.. adehhh

    ReplyDelete
  6. cantiknya..no wonder anak2 teruja..kakak dania dah besar la..dah macam anak dara..walau baru umur 12 tahun...well dah janji ngan dia nak bawak dia masuk logoland ni lepas UPSR nanti...

    ReplyDelete
  7. Teruja baca cite akak. Tak sabar nak bawa budak2 p.. Kena tido 2malam br puas kan. Tp nak bawa parents xtau diaorg ok ke nak tido lama kt sana.

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!