Followers

Legoland: Kanak Kanak masuk PERCUMA dengan kostume Star Wars sempena Star Wars Day sepanjang Mei di Legoland

3:54:00 PM

Jumaat lepas kak fink sekali lagi berkesempatan untuk sama sama dengan pihak Legoland dan The Lego Group untuk satu sidang akhbar sempena Lego Star Wars Day yang akan diadakan secara besar besaran berbanding sebelum ini di Legoland..Ini adalah kerjasama di antara The Lego Group dan Legoland Malaysia Resort sepanjang bulan Mei yang akan datang..Sesuatu yang meriah akan berlaku pada bulan depan!


Mesti ramai peminat Star Wars dekat sini kan..Kempen ini menyasarkan peminat peminat Lego yang bukan hanya berada di Malaysia tetapi juga di negara negara seperti Hong Kong, Indonesia, Singapura dan juga Taiwan..Bermula 21 April sehingga 8 Mei ini, ibu bapa dan anak anak boleh menyertai contest "Build Your Own Dream Lego Star Wars" dan muat naik ke facebook. Jangan lupa untuk tag facebook Legoland Malaysia Resorts dengan hashtag #MasterYourForce dan #LegoStarWarsDay..Ada hadiah menarik menanti para pemenang tau!



Mesti korang tak sabar nak tahu apa yang bakal berlaku dan aktiviti sepanjang Mei ini di Legoland Malaysia Resort kan? Haaa meh sini kak fink nak kongsikan keseronokan sepanjang Mei ini di sana..Bermula dari 2 Mei, akan ada satu temubual bersama Lego US Master Builders iaitu Daniel Steininger dan Christopher Steininger yang didatangkan khas dari US ke Legoland Malaysia Resort..


Mereka akan membina iconic spaceship dengan menggunakan 200,000 lego bricks..So kalau korang nak tengok secara in person, datang beramai ramai ke Legoland bermula 30 April sehingga 2 Mei ok..3 hari ni tolong lock your date sekiranya korang memang peminat Star Wars..Yang bestnya korang bukan sekadar boleh tengok je US Master Builder ni pasang 200,000 bricks ni tapi juga boleh tolong sekali..Bukan tolong buat tapi tolong cadangkan bricks ni nak dipasang di mana..Gituuu..Sama sama memeriahkan suasana ketika proses pemasangan dijalankan..


kredit Youtube: AkuBiomed

3 Mei pula akan di adakan media event sempena meletakkan last bricks Lego Millenium Falcon seperti gambar di bawah ini..Besar sangat saiz Lego Millenium Falcon yang akan dipasang oleh US Master Builder tu nanti..Untuk pengunjung yang datang pada hari tersebut, korang berpeluang memasang mini limited edition Millenium Falcon dan juga boleh membawa baliknya sebagai kenangan..Make sure korang datang awal pagi ke Legoland tau..


Manakala pada 7 Mei ini akan akan diadakan pembinaan Lego The Tie Fighters dan juga Imperial March by 501st Legion..Kalau korang nak tengok perarakan depan mata yang diketuai oleh askar askar Stormtroopers dan Darth Vader serta banyak lagi karektor dalam Star Wars, block tarikh 7 dan 8 Mei ni untuk ke Legoland Malaysia Resort! Kak fink dah boleh bayangkan kemeriahan 2 hari tu..


8 Mei pula akan diadakan majlis penyampaian hadiah untuk peserta yang memasuki pertandingan My Own Creation (MOC) untuk watak Star Wars yang dipasang menggunakan Lego. Pertandingan ini  disertai oleh negara seperti Hong Kong, Indonesia, Singapura, Taiwan dan semestinya dari Malaysia..Sebanyak 99 models daripada pertandingan MOC yang terpilih akan dipamerkan di Legoland Malaysia Resort sepanjang Mei 2016..


Masa Press Conference tu pun kami juga berpeluang membina LEGO First Order Special Forces TIE Fighter..Terketar ketar tangan kak fink kejar masa nak siapkan lego tu hahahaha..Eh tapi sangat fun..Selama ni tengok anak anak pasang jer kan..Tetiba kena pasang sendiri, baru tahu betapa hebatnya abg long dan abg ngah pasang lego hahahahaha..Tak mudah ya..Sebab tu korang kena datang tengok sendiri Lego US Master Builders tu pasang sendiri lego bricks sebanyak 200,000 di depan mata nanti


Sememangnya pada 7 dan 8 Mei tu, Legoland Resort Malaysia akan lebih meriah dengan kehadiran peminat peminat Star Wars dan juga aktiviti yang diadakan di sana..Sila bawa satu keluarga untuk 2 hari ni..Kalau korang nak jumpa Darth Vader dan penampilan khas watak watak dalam Star Wars, ini lah masanya! Kita enjoy sama sama sekeluarga dalam Legoland ya..Star Wars Day ni akan berlangsung sepanjang Mei ni tau..


  Online Ticket: www.legoland.my
Opening hours Water Park: 10.00 pagi - 6.00 petang [hotel guest 9.30 pagi]

dress up kan anak korang dengan kostum watak watak yang ada dalam Star Wars
anak anak korang akan dapat masuk ke Legoland secara percuma pada 7 dan 8 Mei ini



You Might Also Like

7 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Lan pun dah makin teruja dgn Star Wars... Dulu tak pun...

    ReplyDelete
  2. wahhhh seronok nyaaa.sekarang lego ni bukan dah jadi mainan budak dah,yang tua pun sama naik kan...

    ReplyDelete
  3. Sudah bersedia nak sambut LEGO Star Wars day? :)

    ReplyDelete
  4. best ni tapi tu la, 7-8 mei da ada program :(
    memang lom pernah jejak kaki ke legoland...

    ReplyDelete
  5. Bestnya...ala x dapat nak g...dah ada agenda lain

    ReplyDelete
  6. menarik bab free tu. pasti ramai yg dtg

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!