­
Pinky Momma

Followers

Pakej Perkahwinan Felda D'saji: Kolaborasi Yayasan Jabal Nur dan Felda D'saji di Dewan D'Mahligai Kompleks YJN

10:52:00 AM

Minggu lepas kak fink dijemput oleh Projek Travel dan Felda D'Saji untuk sama sama dalam satu sidang media sempena kolaborasi Yayasan Jabal Nur (YJN) dan Felda D'Saji yang diadakan Dewan D'Mahligai Kompleks YJN..Ini merupakan tempat perkahwinan yang ke 12 diuruskan oleh pihak Felda D'Saji secara eksklusif yang  terletak di kawasan Puncak Jalil..

Pada majlis ini, Felda D'Saji yang merupakan syarikat perniagaan berteraskan katering, restoran dan hospitaliti telah menjemput pemegang saham, pelanggan korporat, bakal pelanggan dan rakan rakan media untuk menyaksikan perjanjian kolaborasi diantara Felda D'Saji Sdn Bhd dan Yayasan Jabal Nur untuk membangunkan Dewan D'Mahligai Kompleks YJN untuk menjadi venue pilihan perkahwinan di kawasan sekitarnya..


Dewan D'mahligai Kompleks YJN ni mempunyai kapasiti sebanyak 400 orang pada satu masa majlis diadakan..Dilengkapi dengan dewan berhawa dingin, tempat letak kereta percuma dengan pengawal keselamatan, 2 lif serta akses tangga hadapan berbumbung untuk menurunkan dan mengambil penumpang, bilik persalinan dan bilik menunggu VIP serta tandas dan surau untuk kegunaan tetamu..


Kompleks YJN ini juga menyediakan 80 bilik hotel yang boleh disewa oleh tetamu yang datang dari jauh..Ini memang memudahkan pelanggan yang ingin menempah pakej katering dan dewan untuk majlis perkahwinan mereka..Semua dalam satu bangunan kan..Kalau kata ada jemputan dari jauh pun tak perlu risau, turun je dari hotel dah boleh ke dewan untuk menghadiri majlis tersebut..

Harga pengenalan pakej perkahwinan yang dilancarkan adalah bermula serendah RM25.00 seorang..Memang berpatutan sangat dengan kemudahan yang disediakan di Kompleks YJN ni..Selain pakej perkahwinan, Dewan D'Mahligai juga boleh digunakan untuk pelancaran produk, seminar, mesyuarat dan juga majlis majlis korporat yang lain..Tak semestinya untuk perkahwinan ya..Ni antara menu yang disediakan oleh pihak D'Saji untuk santapan beradap di meja pengantin:

Ayam percik

Nasi Minyak

Buttered Prawn

Siakap Harum Wangi Bunga Kantan

Aiskrim Tapai dan Buah buahan


Cantikkan hiasan di meja pengantin dan pelamin yang disediakan oleh pihak Felda D'saji..Untuk bakal bakal pengantin tak perlu pening pening kepala nak cari satu tempat yang semuaaaanyaaaa ada dan selesa untuk tetamu tetamu yang dijemput nanti..Dekat sini semua ada..Tinggal nak pilih pakej  yang mana jer..Lagipun harganya mampu poket ya..


Antara lokasi lokasi Felda D'saji adalah seperti berikut ya:
1. Dewan Perdana Felda di Jalan Semarak KL
2. Dewan Merak Kayangan di Jalan Perumahan Gurney KL
3. Felda Villa di Jalan Maktab
4. Casa Heloconia di Jalan Maktab
5. Dewan Gemilang Yayasan Felda Di Kelana Jaya
6. Dewan Bankuet Menara Felda di Persiaran KLCC
7. Dewan Besar Tun Rahah Di Jalan Bukit Bintang
8. Orchard Villa di Desa Makmur Gombak
9. D'Saji KL Titiwangsa di Tasik Titiwangsa
10. Asmara Penchala di Kampung Sg Penchala
11. Kajang Perdana Avenue

Boleh lah korang pilih lokasi mana  yang berdekatan dengan korang ya..Tapi yang paling baru adalah di Dewan D'Mahligai Komplesk YJN ni..Penduduk sekitar Bukit Jalil, Sri Petaling dan Bandar Kinrara boleh lah jengah jengah Dewan D'Mahligai untuk melaksanakan majlis perkahwinan yang meriah dan diingati ataupun juga majlis majlis lain..Ni kak fink kongsikan video sekitar majlis sidang media hari tu..Cantik Dewan D'Mahligai ni..Besar dan selesa..


Kredit: Potia dan Projek Travel


Hidangan kami pada hari tersebut..Serius cakap hidangan dari Felda D'saji memang tak pernah mengecewakan..Bukan sekali kak fink cuba tapi dah banyak kali..Setiap menu yang disajikan tu memang terasa sedapnya tu..Dari hidangan utama sampai lah ke pencuci mulut, InsyaAllah korang akan berpuas hati..



Untuk lebih lanjut korang boleh berhubung dengan nombor di bawah ya:
Emilia: 017-419 9948
En.Sa'arizal: 013-999 8046
Pejabat: 03-2698 830

Alamat Felda D'saji Kompleks YJN:
Dewan D'Mahligai, Kompleks YJN
No.1 Jalan Jalil Perwira 2 off Jalan 3/155
Bukit Jalil, Kuala Lumpur

selamat mencuba menu menu Felda D'saji yang sedap sedap itu..
bakal bakal pengantin tu boleh lah survey tempat di sana ya..



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Wah menarik..tp akak nyer wedding next buat ala kadar je..second marriage kan...

    ReplyDelete
  2. Dengan pakej semurah ini dapat makan sedap-sedap mcm ni mase kawin? Terus ras anak kawin lagi sekali dgn org yang sama! Eh..best nyer..untung bakal-bakal pengantin zaman ni tau ;)

    ReplyDelete
  3. Tudiaa makanannyaaa.. Mabelessa. Lapar tengok ayam selonggok tu ekekeke

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!