Followers

Kelainan Dewan Lake Cempaka Villa, Felda D' Saji

5:18:00 PM

Pernah tak dengar tentang Lake Cempaka Villa? Kak fink pun pertama kali juga jejakkan kaki ke sini. Lokasi Lake Cempaka Villa ni betul betul di Tasik Cempaka Bangi tu. Belakang Mc Donald Bangi jer. Rupa nya kawasan ni dah diambil alih oleh Felda D'Saji Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik Koperasi Permodalan Felda..

Untuk bakal bakal pengantin yang masih mencari lokasi untuk diadakan majlis perkahwinan, korang boleh lah riki riki tempat ni sebagai salah satu lokasi kenduri nanti..Meh kak fink tunjukkan gambaran di dalam Lake Cempaka Villa ni. Untuk pengetahuan semua, ni adalah venue ke 14 yang dikendalikan oleh Felda D'Saji..


Antara salah satu corak pelamin yang boleh dipilih jika korang ingin mengadakan majlis perkahwinan di Lake Cempaka Villa ni..Tempat ni baru jer dibangunkan semula bermula bulan Julai yang lepas oleh Felda D'Saji dan kerjasama dengan Syarikat Ixora serta Mahjlis Daerah Hulu Langat tau..


Meja beradap untuk pasangan pengantin ni diletakkan bersebelahan jer dengan pelamin tadi..Bilik ni berhawa dingin. Di bahagian luar bilik ni juga boleh diletakkan meja dan kerusi tapi tidak berhawa dingin. Tapi jangan risau, ada kipas besar di sediakan untuk keselesaan para tetamu yang hadir nanti..Korang boleh tengok kawasan ni dulu sekiranya berminat ok..



Pintu masuk ke bilik yang diletakkan pelamin tadi dihiaskan dengan pintu gerbang yang dihiasi dengan bunga bunga cantik menanti pengantin..Sweet la design dia. Kak fink suka! Simple tapi cantik..Yang nak buat kenduri kahwin ataupun sebarang majlis tapi nak lain dari yang lain, boleh lah cuba di Lake Cempaka Villa ni..Harga pun murah dan berpatutan..


Mampu menampung seramai 2000 tetamu secara buffet selama 4 jam dan mempunyai 350 tempat duduk, pastinya dapat memberi keselesaaan kepada para tetamu yang dijemput. Tempat letak kereta pun mencukupi dan dilengkapi dengan kemudahan kemudahan asas seperti tandas dan surau di sini..Konsepnya adalah konsep terbuka teres dan mempunyai bilik berhawa dingin seperti yang kak fink kongsikan di atas tadi..


Ni lah pemandangan di Lake Cempaka Villa..Berhadapan dengan tasik gituuu..Mana lah tahu impian korang nak buat kenduri dekat tasik kan? Haaa di Bangi jer lokasinya..Tak risau lah kalau hujan nanti sebab tempat ni berbumbung..Selain tu, Lake Cempaka Villa juga menawarkan khidmat Restoran 'Authentic Malay' untuk makan tengah hari dari hari Isnin hingga Khamis dan BBQ Steamboat pada sebelah malamnya..



Ni lah kawasan luar bilik yang ada pelamin tadi. Kawasan ni kiranya ruang tengah Lake Cempaka Villa. Di kawasan ni juga boleh diletakkan kerusi dan meja untuk tetamu nanti. Kak fink sempat hadir memeriahkan Majlis Perlancaran Lake Cempaka Villa yang dirasmikan oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada 9 Ogos 2017 yang lalu..Terima Kasih Felda D' Saji sudi jemput..


Sekarang ni ada promosi tau, Felda D'Saji menawarkan Pakej Perkahwinan di Lake Cempaka Villa dengan harga bermula dengan RM28.00+ sehingga hujung tahun 2017 ni..Manakala untuk mereka yang berminat untuk mencuba buffet 'Authentic Malay', harganya bermula dengan RM29.00+ dan Ala Carte serendah RM8.00 sahaja..Semuanya sah sehingga penghujung tahun 2017 ni ya..So grab cepat cepat sementara masih ada promosi..


Alamat: Lake Cempaka Villa, Taman Tasik Cempaka, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
Waze / Google Map: Lake Cempaka Villa

Telefon: 019-277 7792 [Bella]
Email: nornabilah.ms@felda.net.my

Tahniah Felda D'Saji di atas perlancaran venue ke 14 ni



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Skarang byk btul pilihan tmpt utk bakal pengantin kn

    ReplyDelete
  2. ya Allah.. serious cantik design tu.. nak simpan la gambar ni.. hehehe.. mana tahu nak buat pelamin tu nanti :D

    ReplyDelete
  3. Menarik laa tempat dia. Kemudahan pun banyak

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!