Followers

Anchor Food Proffesionals Menyediakan Pelbagai Jenis Pizza Menerusi PizzArt

8:00:00 AM

Mesti korang biasa nampak jenama Anchor ni di pasaraya pasaraya terutamanya di bahagian yang menyediakan keju dan juga butter kan. Anchor Food Professionals telah mengadakan satu kempen PizzArt bersama beberapa restoran di mana semua masyarakat Malaysia pasti menyukainya iaitu Pizza..

Pelbagai bentuk dan citarasa Pizza menanti korang di beberapa restoran yang terlibat bermula bulan Mei sehingga pertengahan November 2017 ni..Untuk pengetahuan semua, bahan bahan yang ada dalam Pizza ni adalah seperti Shreded Cheese, Anchor Unsalted Butter. Anchor Colby Cheese, Anchor Cheddar Cheese dan Mainland Edam Cheese..


Ni pizza yang paling kak fink sukaaaaa sangat sepanjang perjalanan kami minggu lepas mengikuti PizzArt Food Trail..Korang boleh dapatkan pizza pizza yang kak fink nak kongsikan di bawah ni di Restoran U Pizzeria yang terletak di USJ 21.. Ok ok tak nak buat korang tertunggu tunggu, ni terpalingggg suka..Perkenalkan Pizza Adjaruli Khachapuri..Serius sangat sangat banyak cheese nya!


Sesiapa yang peminat keju tu, korang memang kena cuba. Pasti tak kan menyesal sebab cheessyyyyy sangat pizza ni..Keju tu korang boleh boleh tarik sepanjang yang mungkin..Di makan panas panas memang tak kan pandang kiri kanan dah..Masa taip entry ni pun terbayang bayang sedapnya pizza ni..Kena cuba tau..



Pizza kedua yang kami cuba di U Pizzeria adalah Pot Pie Pizza..Yang ni pun banyak juga cheese nya tapi ada campuran macam sos bolognese tu..Ni pengalaman pertama kak fink cuba pizza pizza di U Pizzeria, eh tak sangka ada juga restoran pizza lain yang sedap. Ramai antara kita tak tahu kan? So lepas ni boleh lah korang cuba pizza pizza yang terdapat di U Pizzeria pula..


Jangan lupa cuba Pizza Adjaruli Khachapuri dan Pot Pie..Kak fink kongsikan alamat dan maklumat lanjut mengenai restoran ini untuk korang kunjungi nanti ya..

Alamat: No. 23, Jalan USJ 21/11, Subang Jaya, 47620 UEP Subang Jaya, Selangor
Telefon: 03-801 18888


Pizza ketiga yang kak fink nak kongsikan dengan korang adalah Mini Muffin Pizza..Pizza ni boleh didapati di Movida yer..Ada 3 jenis Mini Muffin Pizza untuk korang cuba..Memang satu set ni diaorang akan hidangkan sekali 3 mini pizza ni..Ketiga tiga nya mempunya rasa yang berbeza..Yang pasti pizza ni memang banyak limpahan cheese tu ya..Tebal betul cheese dia..Sedappp!

- Smoked Duck and Peach
- Chicken Pepperoni and Jalapeno
- Turkey Ham and Chives


Dan yang keempat adalah Salted Egg Pizza Bombs dari Movida juga..Pizza Bombs ni kena makan panas panas baru terasa Egg Yolk yang ada di dalamnya tu cair..Kalau makan dah sejuk tak rasa isi dalam yang masih cair tu..Ada rasa daun kari bersama keju dalam Pizza Bombs ni..Dihidangkan bersama sos tu memang gabungan yang sempurna untuk korang cuba..


Untuk kedua dua hidangan pizza dari Movida ni harganya cuma RM15.80 untuk satu set hidangan..Yang memang suka cuba pizza lain dari yang kita pernah makan ni, boleh lah cuba pizza yang kak fink kongsikan di atas ni ya..Mana tahu korang suka juga..Untuk peminat peminat keju, memang kena cuba!


Dengan setiap pembelian mana mana pizza yang kak fink dah kongsikan di atas tadi, korang akan dapat fridge magnet berbentuk pizza ni. Comel sangat..Jangan lupa kumpul semua ok..Sementara stok masih ada.. Ada 6 corak menarik menanti untuk dibawa pulang bersama..Kak fink dah dapat satu hikhik..Rasa macam nak kumpul semua..

Alamat: 
Unit C-03 & C-03A, Block C, Sunway Giza Mall, No. 2 Jalan PJU 5/14, PJU 5,
Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

Telefon: 03-6141 8022

Alamat:
Lot G2 & G3, Ground Floor, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5,
Bandar Puchong Jaya, Puchong

Telefon: 03-8079 1988


Korang boleh dapat maklumat lanjut lagi tentang kempen PizzArt ni di website Anchor Food Proffesionals ni..Kak fink rasa nak repeat lagi lah makan Pizza di U Pizzeria tu..Adoi teringat pula dekat pizza Adjaruli Khacapuri tu lah..Sedap yang amat..


selamat mencuba korang!



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!