­
Pinky Momma

Followers

Pelajari Menu Kreatif Untuk Anak Di Sesi Mama Penyayang Dumex Dugro®

8:26:00 AM

Hari tu kan kami para para ibu ni sempat untuk join satu workshop bersama Chef dan juga Selebriti yang tidak asing asing lagi iaitu Yana Samsuddin dan juga Diana Amir. Dalam sesi yang diberi nama Sesi Mama Penyayang Dumex Dugro® ini kami berkongsi kisah perjalanan seoarang ibu dalam memberikan makanan yang cukup berkhasiat untuk memastikan tumbesaran mereka sempurna


Bagaimana penyusuan untuk anak anak mengikut peringkat umur anak penting. Kadang kadang ada anak anak yang cerewet kan dalam bab pemakanan ni. Ada yang tak nak makan sayur, ada yang tak nak makan nasi dan ada juga yang memilih untuk hanya minum susu sahaja. Anak korang macam mana? Ada tak masalah di atas? So dekat event ni lah kami berpeluang mengetahui segala pengetahuan tentang pemakanan berkhasiat untuk anak dan pelbagai parenting tips yang dikongsikan


Anak anak aku sendiri memang ada masalah nak makan sayur hukhuk. Tapi sebagai ibu, kita kenalah jadi lebih kreatif dalam menghidangkan makanan tersebut dengan cara yang menarik kan? Antara menggabungkan makanan yang mereka tak suka dengan makanan yang akan mereka suka. Kalau kita bagi semata mata sayur jer, mesti anak pun tak suka betul tak?


Di dalam sesi Mama2 Penyayang Dumex Dugro® hari tu, kami semua berpeluang belajar petua pemakanan dan keibubapaan dari penasihat Dumex Dugro® Careline dan sesi memasak khas bersama dengan para selebriti. Yang penting menu tu sihat. 

photo credit to: www.mamajue.com

Sebanyak 6 resipi akan diperkenalkan dalam acara ini, yang semuanya kaya dengan DHA, Omega 3, Omega 6, serat, vitamin dan mineral. Ini juga sesuai untuk pelan makanan 1 minggu untuk kanak-kanak. Memang bermanfaat sangat dan memberi idea terutamanya kepada ibu ibu bekerjaya yang sentiasa kesuntukan masa tu kan?


Mesti korang nak tengok menu apa yang kami sempat masak hari tu kan? Ok jom aku kongsikan menu pertama yang sedap lagi senang untuk korang semua boleh hidangkan pada anak anak. Sedapppp sangat sangat ok. Ni memang tak tipu tau. Kami telah dibahagikan mengikut kumpulan..

Resepi Pertama Quiche Ayam & Cendawan Enak

Mula mula apa yang korang perlu buat ialah meletakkan pastri ke dalam bekas yang telah disediakan. Haa senang jer. Padat padatkan je pastri tu. Cari dekat kedai kek mesti ada jual pastri ni..


Sementara tu, Kak Ayu dan Rara tengah beraksi untuk memasak inti dengan memasukkan ayam, cendawan, lobak merak..Haa ada sayur tau tapi mesti anak akan makan punya la. Sebab tak rasa pun sayur sayur tu tadi sebab dalam resepi ni, ada gabungan susu Dugro dan Keju. Memang yummy sangat tau..



Selesai je isi tadi masak, terus kami ramai ramai masukkan ke dalam cup yang dah diletakkan pastri tadi. Letakkan bancuhan susu Dugro dan Keju ke dalam cup tadi. Lepas tu dah boleh bakar. Senang tak? Memang tak ambil masa yang lama pun korang..Apa kata lepas ni, korang pula cuba dekat rumah. 


Resepi Kedua Kebab Ikan Comel

Yang ni lagi lah senang oii.. Pejam mata pun macam boleh buat ni ahahahaha..Resepi ni pun ada sayur tau tapi kiteorang presentation tu yang akan menarik minat anak untuk makan sebab dia dihidangkan dalam bentuk kebab. Yang ni nanti aku kongsikan dalam next entry eh. Yang pasti senang sangat untuk korang nak buat..Mana ada susah susah sekarang ni.


Alhamdulillah, hasil kerjasama berkumpulan kami cantik terhidang. Walaupun pertama kali cuba resepi ni, menjadi dengan cantiknya hasil hidangan tu kan hikhik. Sebab senang wak. Yang tak pandai masak pun mesti boleh buat ni. So korang mesti dah ada idea nak masak apa hujung minggu ni kan?


Bagi aku sesi ni memang mampu memberi idea kepada masakan seharian yang boleh aku hidangkan untuk anak anak yang tak suka makan sayur. Maklumlah hari hari fikir nak masak apa pun boleh tepu otak nak fikirkan. So di sini lah kami dapat bertukar pendapat cara bagaimana dengan menu yang cukup simple tapi kami dapat memberikan hidangan yang kreatif untuk perut anak..

Ooo ya, aku pun baru tahu ni, kalau korang ada kemusykilan tentang apa sahaja yang nak tanya tentang apa sahaja boleh juga korang salurkan pertanyaan tadi ke Dugro Careline 1800 38 1038 yang dibuka servis pertanyaan 24 jam setiap hari. Terima kasih Dugro kerana prihatin tentang ibu ibu ni. Yer la menjadi seorang ibu ni sebenarnya proses pembelajaran untuk kita kan?

nantikan resepi yang lain di post yang seterusnya ya..


You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. menarinyaaa nanti nak buat la tuk humaira.

    ReplyDelete
  2. Ni kalau buat dengan anak2 pasti deme teruja.. hehehe..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!