Followers

Mamee: Sesi temuramah santai bloggers bersama pihak Mamee di Mihas, KLCC

9:07:00 AM

Baru baru ni kak fink sempat ke MIHAS yang di adakan di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) untuk Pameran Halal Antarabangsa..Bermula dari 30 Mac sehinggalah 2 April 2016, MIHAS berjaya mengumpul ramai usahawan dan syarikat syarikat yang mengeluarkan produk Halal yang ada di pasaran sekarang..Antara yang ada di pameran ini adalah produk Mamee..


Kak fink dan dua lagi bloggers diberi kesempatan dalam satu acara temuramah yang santai bersama Pengurus Hal Ehwal Islam dan Perhubungan Kerajaan Mamee, Encik Ahmad Syukry Ibrahim..Di sini dapat lah kiteorang bertanyakan serba sedikit tentang produk Mamee secara lebih menyeluruh..Kalau korang nak tahu, Mamee hanya bermula dengan jualan produk snek yang dulunya dikenali dengan nama Lucky..


Tapi nama Lucky telah ditukarkan kepada Mamee kerana Mummy adalah salah satu perkataan awal yang disebut oleh anak anak..Tapi Mummy tersebut ditukar ejaannya menjadi lebih komersil iaitu Mamee yang korang kenal sekarang..Legend kan snek Mamee ni..Dari zaman kak fink kecik sampai lah anak anak sekarang masih bertahan! Dah 45 tahun produk Mamee berada di pasaran..Perghhh bukan senang nak bertahan ya..


Dari keluaran snek sahaja, sekarang ni Mamee dah keluarkan pelbagai jenis produk yang bukan sahaja makanan seperti snek, mee segera dan juga pop corn tetapi juga produk minuman seperti minuman kultur yang dikenali sebagai Nutrigen dan juga minuman herba Cool Tea..Haa tak percayakan Nutrigen tu salah satu keluaran Mamee..Ramai tak tahu tau..Siapa sangka Mamee mampu mengeluarkan produk air kultur dan air herba kan..


Kalau korang minum Cool Tea yang bewarna kuning memang terasa herbanya..Ada sedikit rasa pahit..Sesuai untuk sejukkan badan ya..Cuba lah..Kak fink dah rasa ketiga tiga warna untuk Cool Tea..Paling suka warna biru..Hijau adalah untuk teh hijau dan kuning adalah untuk teh bunga..Tapi teh bunga dia tak sama dengan teh bunga yang ada dipasaran..Tu korang kena rasa sendiri..

Selain tu, Encik Ahmad Syukry memaklumkan..Kesemua produk Mamee sejak dari dulu memang telah disahkan halal..Setiap produk yang ingin dikeluarkan telah melalui proses pengesahan halal dari Jakim dan mereka sentiasa menjaga nama baik mereka bersama Jakim..Termasuklah dari segi bahan bahan yang mereka gunakan daripada pembekal pembekal luar..Semuanya halal!


Untuk makluman korang, sekiranya korang melancong di luar negara, kalau korang terjumpa dengan produk Mamee..Jangan was was untuk beli kerana sebelum di eksport ke luar negara..Pengesahan halal dari Jakim memang dah diluluskan walaupun pembungkusan di luar negara tidak dipamerkan logo Halal..Itu hanya untuk mematuhi kehendak dari negara tersebut..Yer la masyarakat dekat sana bukan tau pun Jakim tu apa kan hukhuk..


Korang dah cuba belum Popcorn keluaran Mamee, Perfecto?..Serius korang kena cuba sebab cantik jer popcorn dia bulat bulat..Kak fink dah cuba Perfecto Vanilla..Rasa macam makan ice cream..Vanilla tu memang terasa sangat lah..Ni antara produk Mamee yang baru dan rasanya bakal menjadi killer product juga ni...Killer product Mamee sekarang ni, semestinya snek Mamee Monster  dan Mister Potato yang masih bertahan dan di tangga teratas permintaannya dari dulu sehingga  sekarang!


Dan kalau korang nak tahu juga, keluaran di setiap negara mempunyai rasa yang berbeza juga kerana pihak Mamee sentiasa memastikan citarasa di tempat tersebut mengikut citarasa penduduk di sana..Sekiranya di eksport ke Australia..Maka nya rasa tu tak kan sama dengan rasa yang ada di Malaysia..Pembungkusan pun tak sama dengan keluaran di Malaysia..


dengar kata Mamee Monster Pink akan dikeluarkan..wahh tak sabar!
thanks Mamee for having us..nanti kak fink kongsikan lagi aktiviti bersama Mamee ya..



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Dik Diya.event Mamee 9hb May nanti join tak? Iolss xde geng nie >_<

    ReplyDelete
  2. bestnya Diya pi event ni...peluang keemasan kan..akak suka gak mamee sebab memang membesar dengan jenama ni...

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!