Followers

Sunway Putra Hotel: Raikan Hari Ibu dengan percutian singkat dan layanan bak permasuri dengan harga yang berpatutan!

5:56:00 PM

Attention untuk ibu ibu yang tengah baca entry kak fink ni..Eh yang bukan ibu pun boleh..Mana tahu nanti nak buat surprise untuk ibu atau wife sendiri kan..Kak fink berpeluang menghadiri dan merasai sendiri layanan daripada Hotel 5 bintang iaitu di Sunway Putra Hotel sempena Mother's Day dengan tema My Mom My Superhero yang bakal diadakan pada 7 dan 8 Mei 2016 ni..


Kami check-in ke bilik Executive Suite yang berdepan dengan swimming pool...Alahhh rasa nak nangis kita wak..Terharu sangat..Bilik besarrr yang amat..Selesaaaaaa..Puas la budak budak tu berpusing pusing..Yer la suite kan haruslah besar..Yang buat lagi terharu view itu berdepan dengan swimming pool..Thankssssssssss Sunway Putra Hotel..


Ni view dari dalam bilik..Dalam bilik ni pun ada TV..So korang tak kan berebut dengan anak anak hahaha..Hanya perlu tarik comforter dan layan TV dari dalam bilik..Seriusss tenang je masa masuk ke Executive Suite ni..Disambut dengan angsa 2 ekor tu rasa sangat sweet pula..Dah la masa masuk tu ada roses dan buah buahan untuk kami makan..

Oh ya, kak fink juga berkongsi keseronokan hari ibu ini bersama dengan mak angkat kak fink..Mak kandung kita dah tak de ..Kalau arwah cik pah ada, mestilah dia orang yang paling happy bila dapat bercuti dengan layanan macam ni..Tapi tak pe, sekarang ni cik pah dah di suatu tempat yang lebih baik kan..InsyaAllah..


Bilik air dia pun cantik..Tak de bath tub tapi selesa..Sana sini ada roses hahahaha..Segala toiletries ada disediakan..Korang just datang bawa baju jer..Gituu kekdahnyer..Iron dan iron board juga disediakan dalam bilik..So senang tak perlu call house keeping untuk request iron ya..Semuanya ada di dalam bilik..Hair dryer pun sama juga..Bilik ni boleh request extra bed ya..


Apa yang bestnya bilik ni sana sini ada cermin..Kak fink paling suka area dining ni..Cantik sangat kan area sini..Jug kettle dan pelbagai pilihan 3 in 1 sachet ada disediakan..Huwaaa jatuh cinta dengan suite ni..Korang kena rasa tinggal di Sunway Putra Hotel ni sebab disamping bilik yang cantik, layanan dari staff semuanya baik baik..Semuanya mesra mesra jer..


Kak fink check-in pukul 7.30 malam hari tu sebab nak tunggu abg long balik sekolah..Sesampainya kami malam tu, terus check-in bilik dan bersiap untuk makan malam..Ingatkan makan di Coffee House tapi rupanya kami di bawa untuk makan malam eksklusif dan private di Restoran Jepun, Gen yang terletak di tingkat 10..Kita tak habis terharu tengok bilik..Ada pula makan malam secara private and exclusive daripada pihak Sunway Putra Hotel..


Tengok hulubalang semua dah siap siap di meja jepun tu hihihi..Apa yang kak fink boleh cakap, restoran ni selesa sangat..Bilik kami ni berdepan dengan taman ala jepun..Rasa tenang jer makan sambil tengok taman tu..Di restoran ni disediakan juga public area..Maknanya korang boleh duduk dekat meja dan kerusi seperti biasa cuma kami hari tu, diberi peluang dapat duduk dalam bilik ni..Lebih privacy gitu..



Cantikkan taman dia..Lapang jer..Tak sempat nak jalan jalan dekat luar hari tu sebab nak kena control kembar kan..Nanti ntah mana mana lah budak berdua tu pergi..Abg long tak risau sangat sebab dah besar..Dah pandai amik makanan sendiri..Kemain sangat dia  dapat makan makanan jepun malam tu..Ntah berapa kali bangun top up makanan dekat pinggan hahahaha..Hover anak mak..


Ni antara hidangan yang sempat kak fink rasa..Yang penting tempura tu memang wajib ambil ya..Bukan sekali tapi berkali kali bangun untuk ambil hahahahaha..Sedappppp! Kalau korang perasan dua dua pinggan tu memang ada jer tempura tu..Selain tu dapatlah rasa hidangan jepun yang tak pernah rasa sebelum ni..

Sushi pun banyak..Pilih jer nak makan jenis sushi yang mana..Peminat makanan jepun mesti rambang mata nak cuba hidangan yang disediakan..Dan antara yang paling sedap lagi adalah pencuci mulut dari Sunway Putra Hotel..Aku rasa pencuci mulut dari hotel ni memang antara yang terbaik yang pernah aku rasa di tempat lain..Korang kena cuba tau kalau datang ke sini..



Ni lah kedua dua staff Sunway Putra Hotel yang sangat sangat baik hati meraikan kami pada hari tu..Bukan rasa macam ibu dah hari tu tapi rasa macam VIP dah ni..Thanks untuk Marketing Executive, Azkia and her Assistant Director of Marketing and Communications, Ms Praveena Muniandi ..You guys are toooooo sweet and lovely..Layanan dari mereka buat kita rasa Sunway Putra Hotel ni seperti our family place..Sampai sekarang tak boleh move on..


Selesai jer makan malam..Kami terus rehat rehat di bilik sebab keesokkannya ada aktiviti yang akan kami lakukan..Seronok tau sambutan hari ibu di Sunway Putra Hotel ni..Ni baru introduction, ada lagi di bawah yang kak fink nak kongsikan dengan korang..Berbaloi la bawa yang ibu dan yang isteri untuk manjakan mereka sempena hari istimewa ni..


Aktiviti hari kedua kami hari tu seawal pagi dah turun ke swimming pool hihihi..Tak breakfast lagi ok..Tengok muka kembar tu memang muka baru bangun tido tu..Nasib la korang dapat mak rajin melayan pagi pagi berendam di swimming pool tu hahahahaha..Swimming pool di Sunway Putra Hotel ni terletak di tingkat 11..


Kids pool dia tak dalam sangat..Legaaaaa masa tengok tu sebab yer la kesian dekat kembar nanti tak sampai kaki kan..Masa ni tak de orang lagi..Plus tak panas untuk mandi..Kak fink cadangkan korang yang nak stay di Sunway Putra Hotel ni, pergi swimming pool pagi pagi ya sebab kalau dah pukul 10 pagi macam tu memang panas sikit..Matahari jatuh dekat kawasan ni..


Mandi sambil mengadap bangunan bangunan tinggi..Amboiii bandar sangat ni hahahahaha..Suka tengok view di area ni..Kembar bukan main happy lagi..Dekat area swimming pool ni juga ada disediakan satu kolam untuk jakuzzi..Cool kan..Nanti kak fink kongsikan di bawah ni ya..Sempat la abg long dan abg ngah tu mandi buih pagi pagi hahahaha..



Dah kepenatan..Sementara nak tunggu abg long dan abg ngah puas mandi, adik adik kembar rehat dulu lah..Like a boss sangat..Nasib baik diaorang tak buat perangai sepanjang percutian singkat kami di Sunway Putra Hotel ni..Seronok betul budak budak ni dapat peluang macam ni..Walaupun singkat tapi semua happy! Itu yang penting untuk seorang mama..



Taraaaaa...Ni lah kolam jakuzzi yang kak fink cakap tadi..Best tau..Jarang jarang hotel yang sediakan jakuzzi di kawasan swimming pool kan..Kalau nak tenang tenang berjakuzzi, pergi lah  pagi atau pun malam..Korang boleh take sweet time berendam dalam tu..Huwaaa nak repeat lagiiii..Seronok sangat dekat sini..


Abg long tu macam dia yang celebrate mother's day hahahaha..Dia yang terlebih lebih manjakan diri nampaknya..Banyak kali panggil naik bilik, tak nak ok..Mama dah kelaparan masa ni..Maklum, pergi sebelum breakfast kan..Nasib baik breakfast Sunway Putra Hotel ni sampai 10.30 pagi..So tak de la rushing kalau korang nak bawa anak anak mandi di swimming pool dulu ya..


Sebelum naik bilik, kita shower dulu..Shower ni terletak bersebelahan dengan kolam jakuzzi tadi..Towel tak perlu bawa..Macam hotel hotel lain juga, towel disediakan di depan pintu masuk swimming pool ni..Hanya perlu maklumkan nombor bilik jer ya..Lepas tu korang boleh berendam selama mana yang korang nak di situ..



Masuk jer bilik, kami terus siap siap dan turun ke Coffee House yang terletak di depan Autrium Lounge..Tingkat yang sama dengan lobi di tingkat 9..Breakfast di Sunway Putra Hotel ni serius banyak pilihan..Dah lah lepas breakfast, aktiviti kami adalah yoga bersama selebriti..Huwaaa kena control makan..Kalau tak nanti takut termuntah sebab full sangat perut..Tapi howwww? Makanan dia sedap sedap la awak hahahaha..


Abg long nampak cereal terus makan ni dulu hahahaha..Dia memang akan pergi cereal corner dulu kalau ada cereal untuk breakfast..Kak fink pula akan go for pastries..Jangan risau pastries corner dia sedappppp dan pelbagai pilihan..Siapa yang diet tu mesti gerammm jer tengok hidangan breakfast dari Sunway Putra Hotel..Skip 2 days untuk diet yer hahahaha..Rugi oii kalau diet..



Tengok atas mejaaaaa tuuu hahahahaha..Seronok semua dapat makan sedap sedap camni..Baru lepas swimming semua lapar kan, so mari makan dengan kenyang yer anak..Nanti tak kacau dah mama nak beryoga..Sepanjang di sana, agak senang juga lah kak fink nak control hulubalang..Maklumlah papa tak ikut kali ni..Hari ibu kan hihi..



Lepas breakfast tu, kami sempat lah pusing pusing sekitar hotel ni..Ada masa lagi sebelum yoga session start..Kita lepak lepak dulu lah di bahagian Autrium Lounge ni..Berdepan jer dengan Coffee House..Yang penting sesi bergambar harus ada..Baru boleh share dengan korang kecantikan Sunway Putra Hotel ni kan..



Kami start yoga pada pukul 11 pagi..Semua ibu ibu akan beryoga bersama Atilia Haron..Dia comel sangattttt...Yang bestnya kami  beryoga di tepi swimming pool..Tenang jer rasa dengar air dari kolam jakuzzi tu berbunyi bunyi..Nasib baik Atilia ajar yoga yang basic hahahaha..Kalau yang advance mesti ibu ibu semua tergeliat nak pusingkan badan..


Apa yang kak fink boleh cakap, sesi yoga bersama Atilia tersangattt la fun..Sedar sedar dah habis..Alaaaaa rasa tak puas dapat buat yoga dengan Atilia..Dia sangat peramah dan suka senyum..Kelakar pun ada sebab ibu ibu yang ada masa ni tak pernah beryoga, jadi step tu nampak agak kelakar..Korang bayangkanlah kak fink kena buat macam Atilia ni hahahahaha..Sakit perut gelak..How? My leg so big hahahahahaha..


Selesai jer sesi beryoga kami semua naik atas..Mandi dan rehat sementara tunggu waktu makan tengah hari..Sebenarnya dah boleh makan masa lepas kami yoga tu tapi perut still full with breakfast tadi..So decide naik atas dulu lah rehat dan sejuk sejukkan badan hihi..Lepas dah mandi dan wangi wangi baru kita turun balik..


Banyakkk sangat lauk sedap sedap awak..Lagi sekali ada masalah nak mulakan dengan yang mana dulu..Tapi hari tu kak fink mulakan dengan seafood dulu..Korang boleh makan dari pukul 1.00 petang sehingga 5.00 petang ya..Kak fink hari tu turun dalam pukul 2.30 petang..Still ada masa untuk makan dengan tenang..



Udang tu sedapppppppppppppp sangat tau korang .. Dah lah besar besar.. Fresh sangat..Sotong..Kambing..Ayam..Ikan tu semua marvellous..Kena cuba ok! Tapi untuk Hi-Tea  ni banyak lagi pencuci mulut..Di bawah ni kak fink kongsikan antara pencuci mulut yang ada sepanjang Hi-Tea di Sunway Putra Hotel..Kek dia semua sedap! Ice cream lagi lah sedap..


Kan kak fink dah cakap pencuci mulut untuk Hi-Tea semuanya menggoda goda untuk dimakan..Haihh nasib baik lah mampu mengawal nafsu sepanjang di sana hahaha..Kalau tak, mesti nak makan semua..Red velvet dan chese cake di Sunway Putra Hotel ni antara pencuci mulut yang sedap bagi kak fink sebab lembut dan tak manis sangat..




Abg ngah tu tak nak makan nasi langsung..Sampai sampai nampak ice cream! Terus nak makan ice cream jer..Ok kali ni mama bagi jer..Hari ibu kan tak baik marah marah hahahahaha..Makan lah abg ngah..As long abg ngah happy, mama pun happy..Memang percutian ni nak semua happy kan..Kak fink bersyukur semua ketawa..Semua senyum sepanjang 2  hari 1 malam di Sunway Putra Hotel ni..



Selesai jer makan, kami tak balik terus..Sebab kami check out pukul 4.00 petang hari tu..So ada masa untuk golek golek di dalam bilik lagi..Kalau boleh tak nak check out ahahahahaaha..Bilik Excutive Suite tu tersangatlah menenangkan kak fink sepanjang bermalam di sana..Kadang kadang perlu reward seperti ini sebagai ibu setelah berpenat lelah setiap hari kan..


Masa pukul 4.00 petang tu, masa nak check out kami dikejutkan dengan jambangan bunga ros untuk setiap ibu yang hadir..Alaaaaaa sweettt sangat Sunway Putra Hotel ni..Serius terkejut masa nampak staff mereka bawa bunga banyak banyak..Dah lama tak rasa orang bagi kita bunga awak hahaha..Tu yang terharu tak habis lagi tu..


Terima kasih Sunway Putra Hotel untuk semuanya..Jujur dari  hati kak fink, kak fink rasa sangat bersyukur dan bertuah dapat meraikan hari ibu di sini..Layanan VIP yang kami terima di sini sangat sangat di luar jangkaan..Semuanya indah! Sampai tak boleh move on..Sampai nak balik tu serius rasa berat hati..Dari staff, makanan, bilik, yoga dan kejutan..Semuanya perfect! Terlalu sempurna dan kak fink akan simpan kenangan ni sebagai kenangan termanis sebagai seorang ibu..


Kalau korang nak surprisekan ibu atau isteri tersayang sempena hari ibu bulan depan pada 7 dan 8 Mei 2016, korang boleh tengok poster yang kak fink kongsikan di bawah ni..Hanya perlu bayar RM488 nett untuk 2 dewasa dan 2 kanak kanak..Korang akan dapat:
  • Complimentry upgrade Deluxe Room
  • Breakfast di Coffee House
  • Hi-Tea di Coffee House
  • Surprise gift from Bonia
  • RM20 voucher from Tezzer Saloon 


Sunway Putra Hotel
Alamat: 100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur [Berdepan PWTC]
No. Telefon: 03-4040 9888


kadang kadang percutian yang singkat itu lah yang tinggalkan kenangan manis
jom kita reward ibu atau isteri sempena hari istimewa ini..




You Might Also Like

11 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Wah seronoknya Diya bawak mak pi sini eh..bertuah mak Diya...

    ReplyDelete
  2. Fuhh..syioknya sis..lama dah xtidoq hotel ni

    ReplyDelete
  3. Kalau buat suprise untuk mak mesti best ni...sejak hotel Sunway Putra ni dibuka, belum pernah jejakkan kaki lagi...hehe

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaaa! Cantiknya bilik, banyaknya makanan! Anak anak enjoy sakan tu, buat mak mak lagi happy dan puas hati kan. Terbaik lah!

    ReplyDelete
  5. Fuh letih jari nak scroll ke bawah. Yang penting anak-anak happy. :)

    ReplyDelete
  6. huiii Cantik & menarik pulak tu bilik.... mmg berbaloi =)

    ReplyDelete
  7. wah seronoknya. sesekali sambutan macam tu sonok jugak kan. bebudak pun dapat merasa. hehheee

    ReplyDelete
  8. wahhhhh...bestnye kak fink..untungnye..siap dpt bungaaa..best2..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!