Followers

Thomas & Friends: Ada 70 mini engines yang super CUTE untuk anak anak bergambar sempena Mini & Mighty Tour di One Utama

10:27:00 AM

Hari tu kak fink sempat bawa anak anak ke One Utama Shopping Centre untuk memeriahkan The Thomas Mini & Mighty Tour yang diadakan di LG Oval Concourse..Sebanyak 70 mini engines daripada rancangan popular Thomas & Friends dipamerkan di sini..Bermula dari 6 April sehingga 24 April, korang boleh bawa anak anak ke sini untuk bergambar dengan 70 mini engines yang super cute tu ok..


photo credit to: Facebook: www.facebook.com/sea.thomasandfriends

Abg ngah dari mula mula dah tak sabar nak bergambar dengan Thomas dulu..Sepanjang 6 sehingga  10 April hari tu banyak aktiviti untuk anak anak dapat bersama sama dengan Mini and Mighty Tour hari tu..Selain daripada 70 mini engines, anak anak korang berpeluang untuk Thomas Train Ride, Story-telling Adventures, Thomas Maze Challenges dan semestinya Meet and Greet bersama karektor karektor yang ada dalam Thomas & Friends seperti Rusty & Dusty dan Sir Topham Hat..


Untuk 11 - 24 April 2016, 70 mini engines tu telah diletakkan di One Utama Shopping Centre di bahagian High Street..So sempat lagi kalau korang nak bawa anak anak bergambar bersama sama dengan mini engines tu ya..Kak fink dah bawa anak anak ke sana memang meriah sangat..Sampai tak tahu nak mula dengan mini engines yang mana satu sebab semua comel comel..


Mana tak nya Thomas & Friends dah mencecah lebih daripada 70 tahun menjadi kesayangan dan tontonan kanak kanak dengan pengembaraan dan pengajaran dalam setiap cerita yang mereka kongsikan..Semoga dengan pameran melalui Mini & Mighty Tour ni mampu memberikan satu kenangan dan pengalaman yang indah untuk anak anak yang meminati Thomas & Friends.



Bukan setakat amik gambar jer hari tu, abg ngah siap main Thomas Maze Challenge ni lagi..Sampai terpening pening nak keluar camner hahahaha..Nasib baik ada mama yang tukang bagi arahan..Sebab dia tak tinggi kan, jadi tak nampak mana jalan yang block! Kak fink tak pasti maze ni ada lagi tak kalau lepas 11 April sebab hari tu masa kak fink pergi ada..




bukan senang nak jumpa Thomas & Friends banyak banyak macam ni kan..
weekend ni bawa anak ambil gambar di High Street One Utama ya!



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. wah seronoknya. boy memang suka kartun ni kan. mak dia pun kekadang ternganga depan tv, macam mana lah train boleh bercakap. ehheh

    ReplyDelete
  2. lama dah nory tak pergi One Utama, zaman couple dulu, tu lahh tempat dating..hahahhaa

    ReplyDelete
  3. sonok nye kalau kat umah ade seketul benda ni...

    ReplyDelete
  4. aktiviti macam ni la best sangat anak-anak pun tak buat perangai..hahaa..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!