Followers

Tips Kecantikan: Pembersih, Penyegar, Pelembab dan Krim Kecantikan SAFI Malaysia yang MAMPU POKET untuk dimiliki

12:05:00 PM

Korang guna pencuci muka apa sekarang ni..Hari ni kak fink nak kongsikan dengan korang pencuci muka daripada jenama SAFI yang diinspirasi dari ekstrak semula jadi seperti gamat, manggis, lidah buaya dan juga mentimun..Sekarang ni SAFI juga memperkenalkan formulasi baru dalam rangkaian pembersih wajah yang diperkaya dengan Habbatus Sauda..


Semua sedia maklum habbatus sauda mempunyai pelbagai kebaikan sekiranya diamalkan..Menurut Sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis Riwayat Bukhari & Muslim:
"Gunakanlah habbastu sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat daripada segala jenis macam penyakit kecuali maut"


Sekarang ni pembersih wajah SAFI didatangkan dengan 3 warna iaitu biru laut, ungu dan hijau yang mewakili konsep alam untuk menarik perhatian pengguna..

1. Pembersih muka sari mentimun & habbatus sauda SAFI (Hijau)
Pencuci muka ni mampu mengecilkan pori dan membersihkan kotoran yang dalam..Selain tu, ianya akan membuat kulit terasa lebih segar dan bersih. Dengan khasiat mentimun tu tadi, sel kulit maati akan muda tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan segara berganda! Sesuai untuk semua jenis kulit ya..
Harga 50g: RM6.10
Harga 100g: RM10.80


2. Pembersih muka sari susu manggis & habbatus sauda SAFI (Ungu)
Seperti semua maklum manggis merupakan ratu buah buahan..Rumusan khas sari susu manggis dapat mencerahkan kulit  dan lembab sepanjang hari..Kak fink paling sukaaa yang ni! Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya yang ada masalah kulit kering..Yang nak cerahkan kulit pun boleh guna yang ni ok..
Harga 50g: RM6.10
Harga 100g: RM10.80



3. Pembersih muka sari gamat & habbatus sauda SAFI (Biru)
Semua sedia maklum gamat memang banyak khasiat dan merupakan agen pemulihan dalam rawatan tradisional kan..Ianya mampu mengawal minyak dan jerawat disamping membersihkan kulit wajah dengan sempurna..Sesiapa yang alami masalah kulit berminyak dan berjerawat boleh cuba pembersih muka yang ni ya..
Harga 50g: RM6.10
Harga 100g: RM10.80


Ok tu semua produk SAFI untuk membersihkan wajah..Yang ni kak fink nak kongsikan produk dari SAFI untuk menyegarkan wajah pula yang diberi nama Penyegar sari mentimun & pokok lidah buaya bersama habbatus sauda SAFI.. Penyegar tanpa alkohol ni berkesan untuk mengecilkan pori dan menegangkan kulit wajah kita..Lepas cuci muka tu, terus sapukan penyegar ni pada keseluruhan wajah tau..
Harga 100ml: RM7.50


Dah pakai penyegar kena ada pelembab pulak..Kata nak cantik kan hahahaha..Kena la rajin sikit yer dak? Terdapat 2 jenis pelembab keluaran SAFI:


1. Pelembab muka sari gamat & habbatus sauda SAFI
Sebagai agen pemulihan yang mampu mengawal minyak, korang dapat rasakan kesegaran dan kulit pun bebas daripada jerawat..Sebab gamat ni tadi dia dapat control minyak yang ada dimuka..Sesiapa yang mempunyai kulit berminyak boleh amalkan ya..
Harga 80g: RM8.90


2. Pelembab muka sari pokok lidah buaya & habbatus sauda SAFI
Lidah buaya terkenal dengan agen penyejukan kan..Selain menyejukkan wajah, ianya mampu membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit..Kak fink suka pelembab yang ni sebab sentiasa memastikan kulit sentiasa lembab je di musim panas sekarang ni..
Harga 80g: RM8.90


Dan yang terakhir lepas dah pakai pelembab harus ada Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus sauda SAFI..Ianya adalah gabungan sari pokok lidah buaya dan habbatus sauda untuk menjadikan wajah lebih lembut, mulus dan berseri..Sesuai digunakan sebagai pelembab dan asas solekan..Barulah boleh keluar dengan penuh yakin..
Harga 16g: RM7.40


Produk SAFI boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama..Memang senang cari..Di mana mana ada produk SAFI ni..Untuk lebih lanjut, korang boleh layari:


Instagram: @safimalaysia

kak fink suka produk SAFI ni sebab harganya yang mampu poket..
semua orang mampu miliki kulit yang bersih dan segar kan..selamat mencuba!



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Akak kalau saya guna pencuci muke gamat tapi yg penyegar, krim kencantikan dgn pelembab hijau tu tak pe ke? Boleh campur ke?

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!