Followers

Auntie Anne's Pretzel: Freeeeee Pretzel Day yang meriah..Makan sampai kenyang!

10:39:00 AM

Hari tu kak fink berkesempatan untuk sama sama memeriahkan FREE Pretzel Day 2016 yang telah diadakan di Auntie Anne's Pretzel. Berjaya Time Square..Sanggup datang awal sebelum waktu makan tengah hari sebab kalau lunch hour nanti mesti ramai dan panjang nak beratur kan..Kami sampai sana dalam pukul 11.30 pagi..Sampai sampai jer terus ambil voucher daripada staff Auntie Annes dan terus beratur..Nasib baik lega lega lagi masa ni..


Ni la vouchers yang akan korang dapat untuk redeem FREE Pretzel tu nanti..Kak fink ambil 5 keping terus hahahaha..Eh bukan akan sorang tapi beratur untuk anak anak sekali..Kesian pula diaorang nak bawa diaorang beratur sekali kan..Aku suruh diaorang duduk je dekat meja yang disediakan..Panas panas lagi pretzel masa ni..Lembutttt...


Abg long tu tak tahu lah berapa kali beratur ntah hahahaha..Ooh ya korang boleh akan sebanyak kali asalkan korang rajin untuk beratur lagi..Sekali redeem boleh ambil seorang satu voucher jer...Kalau rasa nak makan pretzel lagi, kena minta staff Auntie Annes di situ dan beratur macam biasa..Macam kak fink cakap di atas, kiteorang pergi masa belum waktu makan tengah hari..Maka nya laluan untuk beratur tu lengang lagi..Tu yang abg long repeat sampai perut terik hahahahahaha..


Sempat juga tengok penyediaan Auntie Anne's Pretzel depan mata..Laju betul kakak ni pusing pusing..Terleka sekejap tengok dia pusing pusing pretzel tu..Nampak macam senang tapi tak pasti la senang ke tak kalau diri sendiri yang cuba kan..Free Pretzel Day ni bermula dari pukul 11 pagi sehingga 3 petang..


Kembar dapat makan..Dapat belon settle...Boleh jadi duta kecik Auntie Anne's tak hahahahahahaha.. Sedapnya dia makan tu..Suka tengok anak anak makan pretzel dengan penuh selera..Dia panas panas tu sedap makan sebab lembuttt yang amat..Kenyang terus tengah hari tu tak payah dah fikir nak makan nasi lagi..


Kami dapat rasa pelbagai jenis rasa Auntie Anne's Pretzel..Antaranya Original, Cinnamon Sugar, Almond, Sour Cream and Onion dan Parmesan Cheese..Paling suka antara banyak banyak tu kak fink pilih Sour Cream and Onion..Nyumsss sangatttt...Tak cukup satu hahahaha..Biasa makan Almond dan Cinnamon Sugar jer..Lepas ni dah ada rasa baru yang kak fink suka..



Ni geng geng riuh hari tu hahahahaha..Kemain sangat gambar ni boleh buat iklan ni hahahahaha..Madi tuuuu kemain natural sangat kenapa hahahahaha..Suka dapat lepak lepak dan makan makan dengan diaorang ni..Makan nyer sikit jer, gelak yang lebih nya..Thanks Madi dari Projek Travel sudi jemput akak join hari tu..Kenyang anak anak makan Auntie Anne's Pretzel..


Aktiviti hari tu bukan jer makan pretzel secara percuma tapi bila korang beli air ke apa apa ke dekat Auntie Anne tu, korang berpeluang untuk pusing roda ni..Yer la pretzel memang percuma..Tak kan dah makan tak nak minum kan..Alang alang tu beli air dan boleh pusing pusing..Confirm menang wei hahahaha sebab semua tu ada hadiahnya..Memang tak rugi pun kalau korang beli air jer..Air dapat..Hadiah pun dapat..Best kan..


Anak anak mama..Ke mana saja mama angkut hulubalang ni..Diaorang pun dah terbiasa..Kalau keluar mesti kena teman mama pergi makan makan atau pergi event hahahaha..Alhamdulillah semua happy dapat makan Auntie Anne's yang sedap tu..Petang tu baru masak ok sebab semua kekenyangan makan pretzel..Thanks Auntie Anne for having us..Thanks juga pada staff Auntie Anne yang sudi melayan kembar hari tu..Alaaa so sweettt sangat korang ni..Nanti jemput lagi tau..


Instagram: @auntieannesmy

tapi kak fink sedih sebab ini merupakan Free Pretzel Day yang terakhir..huwaaa!



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!