Althea Bake & Shop Party dan Ulang tahun yang ketiga The Butterfly Project Malaysia yang super cute dan banyak hadiah!
8:20:00 AM
Masa kak fink dapat jemputan untuk ke Althea Bake & Shop Party memang kak fink rasa tak sabarrrrrrrrrrrrr sangat tau..Party ni sempena meraikan ulang tahun ketiga The Butterfly Project Malaysia yang bertempat di Delectable Cafe, Glasshouse Seputeh..Tema untuk party ni adalah Pink! Hohemji...Ni mesti party yang sangat cute dan meriah dengan segala barang dari Althea! Make up uolssss...
Kami disambut dengan orang orang kuat dari Althea..Semua pun dengan tema pink and pastel yang menjadikan suasana lebih sweet and cute..Setiap butterfly bloggers diberikan kotak Althea yang berwarna pink..Dalam box tu ada apron, produk Althea dan juga barang barang yang akan digunakan untuk menghias BB Cushion Box nanti..
Our host on that day! Helloooooo Leonard! Yang baju oren tu lah Leonard..Dia memang peramah dan giler hahahaha..And of course Founder a.k.a Mamasan of The Butterfly Project Malaysia, Tammy Lim..Thankssss Tammy for having me..Tak sabar sangat masa ni nak start deco our BB Cushion Box..Sebelum ni tak pernah dan terfikir nak deco box tu menjadi sesuatu yang sangat comel..Korang sabar tau nanti kak fink kongsikan di bawah..
Semua happy dengan kotak pink dari Althea! Kak fink rasa teruja bila satu meja dengan mereka yang sangat sporting, happening, sweet and lovely! Walaupun kebanyakannya baru pertama kali jumpa tapi dia punya bising tu macam dah berpuluh kali jumpa..Loveeeee you buttterfly ladies..Thanks untuk gelak tawa hari tu..Tengok muka masing masing pun tahu semua orang happy kan..
Taraaaaaaaaaaaa! Korang nampak tak barang barang yang ada dalam box tu? Ke nampak semuanya warna pink hahahahaha...Kami diberikan apron yang sangat sangat comel..All decoration tools and of course produk kecantikan dari Althea ada dalam box tu..Ni baru sikit jer yang kami dapat..Ada lagi barang barang yang kami dapat dari Althea!
Sambil sambil deco tu, kami disajikan dengan semua menu tea time yang super sedap dan comel comel jer..Korang bebas nak makan sambil deco BB Cushion Box tu tadi..Tapi kak fink dah dapat deco sampai terlupa nak makan hahahahaha..Syiokkk oooo..Lepas habis deco tu baru terasa lapar nak makan..Betapa kakak so focus with my first decoration.
Kami diberikan kupon air untuk order apa apa jer air dari kaunter..And of course sebagai coffee lover, kak fink tak boleh cakap NO pada Ice Latte..Sedappppnyer Latte..Sebenarnya dah lama tak minum coffee ni tapi untuk hari tu kita jadikan cheat day la hahahaha..Latte dari Delectable Cafe ni sedappp..So memang kena minum!
Sebenarnya aku bukan lah orang yang pandai baking..Memang tak pandai langsung..Even nak picit nozzle tu pun kak fink tak reti..Tapi nasib baiklah ada 'baking guru' yang sudi ajar hari tu..Terus rasa tak sabar nak picit hahahahaha..Thankssss Sabbyyyyyy! Dan inilah hasilnya..Taraaaaa comel tak..Rasa nak makannnn je bila tengok hasil ni..
Dan ini lah hasil decoration semua dari meja kami..Alololo comel sangat ni..Semua pun rasa nak makan ni hahahaha..Tak sangka semua pandai baking kan..Nampak tak kak fink punya yang mana? Masa first time kiteorang tengok ni kan, semua rasa gerammmmmmm jerrr..Tak sabar nak makan kata nya..Padahal itu BB Cushion Box oii..Nak mekap pun lepas ni rasa laparrr!
Selesai jer deco our BB Cushion tu tadi, kami kena deco cookies pula mihihi..Dan ini lah hasil kreatif kak fink yang dibuat dengan penuh kasih sayang pada cookies..Rasa dah cantik sangat dah tu dapat sprinkle dengan bebola warna warni tu..Please cakap cantik sebab ini cubaan pertama kak fink nak tunjuk skill hahahaha..
Dan kami diberikan suprise untuk pilih hadiah kami dalam Suprise Dip session..Korang tak boleh tengok apa yang ada dalam kotak tu..Hanya boleh masukkan tangan dan ambil bungkusan yang telah disiapkan..Kakak nervous ok masa ni hahahaha..Tengok muka pun tahu betapa nervousnya kak fink tu..Hadiah hadiah yang ada dalam kotak tu adalah barangan make up dan skin care dari Althea... Thankssssssss Althea!
Tak berhenti di situ sahaja keseronokan kami sepanjang party tu..Kami diberikan shopping credit sebanyak RM150.00 untuk shopping apa sahajaaaaaa di website Althea selama 30 minit..Ko ghaser??? Free Shopping? Hohemjiiii rasa nak melompat lompat..Dalam kepala dah macam macam terfikir nak beli apa..Make up? Skin care? Body Care? Huwaaaa rambang mataaaa! Thanks again Altheaaa...Kenapa sweet sangat ni!
Tunggu tau nanti kak fink kongsikan barang apa yang kak fink pilih..Ngam ngam i habiskan RM150 tu hahahahaha..Shopping bukan satu masalah pada wanita kan..Senang jer..Bagi lah berapa pun, i mampu habiskan hahahahahaha..Korang kalau nak shopping barang barang kecantikan dari Korea cepat cepat log in ke www.althea.kr ..Jangan risau harga dia murah dan boleh buat korang repeat order lagi..Tak percaya? Cuba klik sekarang!
Dalam pada banyak banyak decoration yang ada hari tu..Decoration kak fink terpilih sebagai pemenang..Yayyyyy! Tak sangka pertama kali cuba deco dah menang ni hahaha..Tak sia sia kak fink fokus masa nak deco tu..So comel kan..Hadiahnya kak fink dapat Tightening Cooling Pack! Bestnya banyak betul hadiah hari tu..
Thanksssssssssss Mamasannnn Tammy Lim sudi jemput i..Rasa nak repeat lagi..Terlalu comel dan penuh dengan hadiah sepanjang party ni..Kak fink tak boleh move on niii...And of course special thanks untuk Althea untuk bersama sama kami dalam ulang tahun ketiga The Butterfly Project Malaysia ni..Kami pulang dengan hadiah yang penuh di tangan dan tak sabar nak tunggu hasil shopping dari Korea sampaiiii...
Website: www.althea.kr
Instagram: @altheakorea
FB Althea: www.facebook.com/altheakorea
FB The Butterfly Project Malaysia: www.facebook.com/butterflyprojectmalaysia
4 828 PinKy PinKo say Hi!
best nyer la haiiiii... ;)
ReplyDeletewow meriahnyaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteWahhhh happening, best kan...nice meet u sis, tak boleh move on lagi ni hihi...miss a lot :)
ReplyDeletecomelnyaaaaa lahai. selamat bershopping juga
ReplyDeletePlease have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!