Followers

Lux Mempersembahkan Koleksi Jovian Mandagie untuk Raya Zalora 2016

3:53:00 PM

Baru baru ni kak fink berpeluang menghadiri fashion show yang eksklusif daripada pereka tersohor, Jovian Mandagie sempena koleksi raya 2016 bertempat di GlassHouse Seputeh..Koleksi Jovian Mandagie untuk Zalora kali ini telah dibawa khas oleh Lux dengan menyampaikan 40 jenis baju kurung modern yang berinspirasi stail klasik salah satu kerabat diraja yang paling ikonik abad ini iaitu Grace Kelly..


Wangian berkekalan daripada Lux Magical Spell ada di mana mana sepanjang di sana..Segar je rasa..Di wash room pun ada diletakkan Lux Magical Spell ni..Korang dah cuba belum Lux Magical Spell? Kalau belum cuba, boleh cari sekarang ok sebab wangian ni memang tahan lama..Bau Lux Magical Spell ni memang "Strong" dan "BOLD"..Ianya tahan selama 8 jam!


Kami juga dihadiahkan dengan scarf leher daripada Jovian Mandagie yang dipersembahkan oleh Lux..Tetamu diberikan tutorial untuk menggayakan scarf tersebut..Warna tu yang buat kak fink suka sebab menampakkan sipemakai tampil lebih manis kan..Scarf tu pun wangi..Ada haruman Lux Magical Spell..Ada 4 jenis gaya scarf leher yang dipersembahkan..Yang membuatkannya lebih istimewa kerana ianya direka oleh Jovian Mandagie untuk Lux..


Yang membuatkan koleksi raya 2016 daripada Jovian Mandagie ini lebih istimewa adalah apabila setiap koleksinya akan ditambahkan dengan haruman Lux Magical Spell bagi menyerlahkan nada glamour dan keyakinan..Lux mahu setiap wanita mampu tampil lebih yakin dan cantik menawan walau di mana mereka berada..Maknanya kalau korang beli baju rekaan Jovian Mandagie untuk Zalora 2016 ni, baju yang korang dapat tu automatik wangiiii..Setiap koleksi Jovian Mandagie untuk Zalora didatangkan dan diserlahkan dengan haruman Lux Magical Spell..


Selepas tu, kami dipersembahkan dengan koleksi raya untuk Zalora pada tahun ini..Memang cantik cantik semuanya..Jom cuci mata dengan rekaan baju yang mempunyai sentuhan diraja melalui penggunaan warna yang kaya dan lembut..Ianya mempunyai ciri mewah pada keseluruhan koleksi pada tahun ini..Bermula dengan harga RM350 sehingga RM590, koleksi Jovian Mandagie untuk Zalora 2016 memang tidak mengecewakan..


Koleksi ini terdiri daripada pelbagai jenis fabrik yang bertekstur, kain krep mewah, chiffon, jaquard dan unsur unsur sutera imperial yang halus dengan manik kristal, batu permata, bugles, doh garam dan manik kaca..Ini merupakan tahun keempat Zalora bekerjasama dengan Jovian Mandagie untuk membawa fesyen raya terkini dan terbaik setiap pembeli mereka..Rata rata yang hadir hari tu, ramai yang tergoda dengan rekaan baju yang dipersembahkan..


Menurut Jovian, Grace Kelly sangat menarik perhatiannya untuk dijadikan tema pada tahun ini..Koleksi tahun ini adalah tentang kecantikan, kewanitaan dan kehidupan ikon fesyen yang terus dikenang sehingga kini..Setiap corak untuk koleksi raya 2016 ini adalah sesuai untuk semua wanita tanpa mengira peringkat umur..Ready to wear! Dah ada yang berkenan? Cepat cepat cari dekat Zalora ok..



Tahniah Jovian! Moga terus menghasilkan rekaan yang menambat hati para peminat fesyen tanah air..Korang boleh dapatkan rekaan Jovian Mandagie untuk Zalora Raya 2016 ini di website Zalora..Kak fink sediakan link di bawa ni supaya menyenangkan korang cuci cuci mata nanti..Thanks Lux for having us..Tersama pula tema baju dengan Lux Magical Spell tu..


happy shopping ladies..dah tak lama lagi nak raya!



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!