Followers

Buffet Ramadhan Sunway Putra Hotel: Konsep Hidangan dari Dapur Ummi dan Permainan Tradisional yang menggamit zaman kanak kanak

3:30:00 PM

Hari tu kak fink sempat bawa hulubalang rasa Preview Bufffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel..Tak sangka masa sampai dekat lobi tu, Marketing Executive Sunway Putra Hotel, Azkia kenalkan kak fink dengan Che Ta..Aloh cantiknyer dia..Megherlip gherlip baju Che Ta malam tu..Dapat la hulubalang bergambar kenang kenangaan dengan dia kan..Thanks Che Ta for your time..


Malam tu kami diperkenalkan dengan 5 chef hebat dari Sunway Putra Hotel yang akan terlibat dalam sajian Dari Dapur Ummi sempena Ramadahan pada bulan depan ni yang mempunyai resepi rahsia  dari air tangan ibu masing masing..Chef yang terlibat adalah Chef Rossham bin Rosli, Chef Samsuddin bin Ahmad, Chef Madhavan A/L Velayutham, Chef Shaari bin Ismail dan Chef Rukedi bin Yazid @ Aziz..


Chef Rossham bin Rosli merupakan Executive Chef Sunway Putra Hotel yang akan menyajikan sajian Nasi Ayam Kampung..Ermm bau ayam goreng tu wangiiii..Memang tergoda la..Anak anak yang suka makan Nasi Ayam tu mesti suka dengan Resepi Ibu Chef Rossham ni..Korang cuba la nanti ya..Dia siap goreng panas panas dekat situ..


Di bahagian pencuci mulut adalah resepi dari Ibu Chef Rukedi yang merupakan Pastry Chef di Sunway Putra Hotel..Chef Rukedi ni berasal dari Kelantan..So kalau korang suka makan benda yang manis manis pergi dekat bahagian Chef Rukedi ya..pelbagai manisan mulut ada di sini..Bulan puasa nanti mesti korang teringin kan lompat tikam kan..Haa cari jer dekat sini..Highlight dish tu uols..




Selain tu ada juga stall ataupun bahagian bahagian yang dibahagikan kepada Gulung Gulung, Rebus Rebus, Bakar Bakar, Celup Celup, Panggang Panggang, Goreng Goreng, Kukus Kukus dan juga Salad, Appetizers serta Starters..Kak fink suka konsep ni sebab senang kita nak tuju..Kalau rasa nak makan sup dengan pelbagai jenis sup seperti sup perut, sup lidah, sup gearbox tu, korang sila tuju ke bahagian Rebus Rebus macam gambar di bawah ni..


Gambar bawah ni di bahagian Celup Celup macam steamboat tu..Pilih jer nak seafood balls ke, sayur ke ataupun noodles..Korang boleh makan bersama Sup Tomyam, Sup Ayam, Sup Daging, Sup Soto dan juga Sup Dashi..Kalau nak dip dengan sos pun banyak pilihan sos yang disediakan..Antaranya Sos Cili, Sos Soya Manis, Sos Rendang, Sos Masala, Sos Bijan dan Kacang serta juga Sos Percik..


Yang ni sushi tau..Di bahagian Gulung Gulung..Apa yang menariknya bahagian sushi ni ada sushi yang digulungkan dengan ramuan tradisional..Macam aku bukan peminat sushi tapi sushi di buffet ramadhan Sunway Putra Hotel ni aku boleh makan sebab ada rasa melayu tu hahahahaha...Korang kena cuba! Lain dari yang lain..


Pelbagai pilihan air untuk korang hilangkan dahaga untuk berbuka nanti..Paling suka air epal hahahaha..Sejuk sejuk je masuk dekat tekak tu..Percayalah masa bulan puasa nanti, bahagian ni yang paling ramai orang tuju nanti..Sekarang korang tengok macam tak de apa ya..Eksyen korang kan..Kau tunggu ramadhannnn nanti hahahaha..


Yang nak maniskan mulut dengan Cendol dan Air Batu Campur di sini tempatnya..Buat sendiri jer..Nak letak apa dalam mangkuk tu nanti terserah korang..Ada pelbagai pilihan untuk korang meriahkan Air Batu Campur korang tu nanti..Tapi janganlah tamak, nama pun buffet kan..Ko amik sikit sikit sudah..Jangan membazir..



Untuk mereka yang rindukan masakan masakan air tangan ibu tu..Jangan risau sebab pelbagai jenis lauk dari resepi ibu ibu Chef dari Sunway Putra Hotel sedia menanti kedatangan korang..Sampai korang akan jadi tak tahu nak mulakan dengan yang mana nanti..Macam gambar di bawah ni dari Resepi Ibu Chef Samsuddin yang merupakan Executive Sous Chef di sana..Antara menunya adalah Peha Ayam Kicap Berempah, Ikan Patin Masa Tempoyak dengan Timun dan Perut Masak Lemak dan Rebung..Kak fink dah snap semuaaaa untuk korang pilih hahahaha..



Yang ni dari Resepi Ibu Chef Mathavan yang merupakan Chef De Cuisine di Sunway Putra Hotel..Antara yang istimewa adalah Kambing Paratel, Kati Ayam Mentega dan Sotong Masala..Kak fink paling suka Sotong Masala tu..Lembut dan tak liat..Macam rasa kari kari sikit..Kembar pun suka makan sotong tu..Sebab memang lembut..Nanti cari ok sotong masala tu..




Resepi Ibu Chef Shaari pula adalah menu yang diberi nama Ayam Masak Kari Hijau Utara, Daging Rendang Dendeng dan Udang Kalio dengan Pucuk Paku..Chef Shaari merupakan Malay Sous Chef di Sunway Putra Hotel..Pilihan kak fink haruslah Udang Kalio tu..Besar besar udang dia..Puas hati  makan..Kalau korang rasa tak nak makan nasi sebab takut terkenyang sangat..Ambil je la lauk lauk ni..Kena rasa semua baru puas hati..





Dan dari Resepi Ibu dari Chef Rossham pulak adalah Ikan Keli Masak Lemak Bunga Kantan, Daging Masak Lemak Cili Padi dan Ikan Tenggiri Goreng dengan Sambal Lemak Tempoyak..Untuk Chef Rosshakm, kak fink pilih Daging Masak Lemak Cili Padi sebab daging tu dia hiris nipis nipis..Mula mula tak nak makan tapi Eyra paksa aku makan..Pastu menyesal sebab ambil sikit jer hahahaha..Sedappppp oii..



Ada juga satay, nasi impit dan kuah kacang ya..Sebelah satay ni ada bahagian ikan bakar..Korang boleh pilih nak bakar ikan apa..Aku tak boleh nak makan dah hari tu..Tersemput semput dah makan sampai kekenyangan..Mana tak nya ada 100 pilihan juadah berbuka puasa yang disediakan daripada pihak Sunway Putra Hotel..



Yang tanya kambing panggang tak de kak fink..Giler tak de..Haaa abg long makan hari tu sepinggan sorang jer hahahaha..Sebab sos dia sedap..So korang yang peminat kambing tu jangan lupa beratur di bahagian kambing ni ya..Maklum kambing kan ramai peminat..So sila gigih beratur awal untuk rasa kambing panggang Sunway Putra Hotel ya..


Yang ni haruslah bahagian kesukaan anak anak..Hulubalang hari tu kalau boleh ice cream ni diaorang nak makan dulu..Tapi nasib baik mak dia dah tetapkan syarat, nak makan ice cream kena makan nasi ke atau apa apa je yang boleh mengenyangkan dulu..Baru semua boleh ambil ice cream dan makan..Ada 6 pilihan perisa ice cream untuk korang pilih..Kak fink pilih kopi dan keladi..Sedapppp!


Dan apa yang buat buffet ramadhan di Sunway Putra Hotel ni lain dari yang lain adalah permainan tradisional yang disediakan di ruangan Autrium Lounge..Memang betul betul korang akan rasa macam balik kampung..Dah la makan menu Dari Dapur Ummi..Ni pula mereka sediakan permainan kanak kanak kita dulu kan..Antaranya yang ada batu seremban, teng teng, lompat getah dan juga congkak..


Abg ngah tak pernah main teng teng..So masa ni la kak fink ajar dia main teng teng macam mana..Eh budak budak sekarang dah susah nak jumpa main mainan macam ni kan..Dah pandai main, seronok pulak terlompat lompat dekat situ hahahaha..Ni la mainan mama masa zaman kecik kecik dulu ngah..Best kan..Mana ada handphone ataupun tab huhu..


Lompat getah pun best kalau ada ramai yang nak main..Dulu kecik kecik terror oii main lompat getah ni..Maklum badan ringan jer kan..Sampai paras bahu pun ko rileks jer boleh lompat..Cuba test sekarang..Cannot go dik..Kakak lompat paras lutut jer la mampu..Tu pun rasa dah hebat sangat hahahahaha..Saper tak pernah main ni rugi..


Abg long orang paling fokus main congkak hahahaha..Sorang sorang pun jadi..Mula mula tak tahu nak main macam mana..Lepas mama ajar..Terus main tak toleh dah kiri kanan..Aku suruh dia tengok adik, dia pulak yang main..Alamak..Lepas tu balik tu cakap, mama esok kita datang lagi sini ya..Abg long nak main congkak hahahahaha..Abg long ingat hotel ni rumah kita ke nak...Sesuka hati je datang hari hari semata mata nak main congkak..Adoiii..


Yang sorang ni ambil mood kedesaan..Pakai topi..Orang buat hiasan jer..Dia pakai untuk ikut konsep..Tapi kalau memang korang rindukan kampung..Rindukan zaman korang kecik kecik, boleh lah datang berbuka di Sunway Putra Hotel ya..Semuanya memang berkonsepkan zaman dulu dulu...Makan rasa macam masakan ibu..Disediakan pulak mainan tradisional macam ni saper tak suka kan..


Thanks Sunway Putra Hotel for having us..Kami pulang dengan senyuman yang puas ahahahahaha..Siap masa makan tu ada nyanyian lagu raya lagi..Terus boleh ambil mood raya masa makan kan..Korang tunggu apa lagi..Segala details tentang buffet, kak fink sediakan di bawah ya..Lepas ni boleh pakat 1 family pergi berbuka dekat sana..


Buffet Ramadhan Sunway Putra Hotel:
6 Jun 2016 - 21 Jun 2016 (FULLY BOOKED)
22 Jun 2016 - 4 July 2016 (Available for Booking)
Waktu: 6.00 petang - 10.30 malam

Dewasa: RM138 Nett
Kanak Kanak: Diskaun 50% untuk kanak kanak berumur 12 tahun ke bawah. 
FREE: Kanak kanak yang berumur 4 tahun ke bawah

Tempat: Coffee House Sunway Putra Hotel (Tingkat 9)
Telefon: 03-4040 9888


Sunway Putra Hotel

selamat mencuba dan menjamu selera korang..

You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. bestnya dapat review dekat sini, menyelerakan sungguh :3

    http://neezaohneeza.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. wah menariknya kak fink. tapi kak Alycia ni jenis yg bukan mkn byk. mmg tak berbaloi makan buffet mcm ni.. tapi kalau org belanja dan free on je hehe...

    ReplyDelete
  3. huyo tak sabarnya nak tunggu bulan puasa. boleh merasa buffet ramadhan yang disediakan sunway putra hotel :D

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!